Sayur lemak

Nur Azizah
Nur Azizah @cook_28209217
Terengganu

My mother's recipe

Sayur lemak

100+ orang telah melihat resipi ini

My mother's recipe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10 Orang
  1. 3biji Bawang Merah
  2. 6-7ekor Ikan Selayang
  3. 1biji Kobis(saiz sederhana)
  4. 1biji Lobak Merah
  5. 3pokok Sawi
  6. 3biji Lada Besar
  7. 3biji Bawang Holland(dihiris wedges)
  8. 1 kotakkecil Santan KARA
  9. Air
  10. Garam
  11. Gula

Cara Memasak

  1. 1

    Rebuskan ikan selayang bersama sedikit garam. Dan ambil isi ikan sahaja. Air rebusan ikan jangan buang.

  2. 2

    Kemudian, kisarkan isi ikan dan bawang merah bersama dengan air rebusan ikan tadi sehingga halus.

  3. 3

    Seterusnya, panaskan periuk dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Biarkan lebih kurang 2 minit.

  4. 4

    Masukkan sayur-sayur seperti kobis, sawi, lobak merah, lada besar, bawang holland dan sebagainya yang bersesuaian.

  5. 5

    Masak seketika sehingga sayur sedikit layu. Kemudian masukkan air mengikut kuantiti kuah yang kita inginkan.

  6. 6

    Tunggu sehingga sedikit menggelegak dan masukkan santan, garam dan gula. Seimbangkan rasa.

  7. 7

    Sentiasa kacau sehingga kuah dah totally menggelegak, so kuah kita dah siap!

  8. 8

    #Untuk mengelakkan kuah cepat basi, pastikan kuah menggelegak dengan api yang kecil.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azizah
Nur Azizah @cook_28209217
pada
Terengganu

Komen

Resipi Sepertinya