Sotong Bakar Bersambal

Mama.Dhira
Mama.Dhira @mamadhira

Asyik masak sotong Mayonis, kalini nak tukar selera pulak 😁😁😁

Sotong Bakar Bersambal

Asyik masak sotong Mayonis, kalini nak tukar selera pulak 😁😁😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 Jam
3 - 4 orang
  1. Secawan air asam jawa
  2. Cili panjang 3 4 biji
  3. Serbuk cili sesudu setengah
  4. Bawang bakong (2 biji)
  5. Daunkunyit (hiris halus)
  6. Setengah biji bawang bombay
  7. Garam
  8. Gula apong sesudu
  9. Gula putih 2 sudu
  10. Daunpisang untuk balut sotong
  11. Sotong secukupnya
  12. 3 ulasBawang putih
  13. cawanMinyak masak stgh
  14. 2sudu sos tiram

Cara Memasak

1 Jam
  1. 1

    Mula2, blend bawang putih, bawang bakong, bawang bombay dan cili bersama dgn stgh cawan minyak masak.

  2. 2

    Kemudian sediakan kuali, masukkan bahan yang telah di kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak, masukkan serbuk cili

  3. 3

    Masukkan sos tiram 2 sudu, gula apong, gula pasir, dan garam secubit dan air asam jawa

  4. 4

    Gaul rata sehingga sebati dan pecah minyak. Setelah masak angkat adunan

  5. 5

    Dalam pan yang lain, masukkan daun pisang yang telah dicuci bersih

  6. 6

    Panaskan pan, dan letak sotong yang telah di bersih dan dipotong ke atas daun pisang

  7. 7

    Masukkan sambal yang telah dimasak tadi

  8. 8

    Bakar sehingga masak, naik bau, garing..dan tabur daun kunyit yang telah dihiris.

  9. 9

    Angkatkan sotong yang masak dan perah sebiji limau kasturi. Sedia untuk di hidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mama.Dhira
Mama.Dhira @mamadhira
pada
Seorang Ibu bekerjaya yang suka memasak 💕Sahaja aku berkongsi resepi kerana Allah S. W. T. 🌹
Baca lagi

Komen (5)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Fav sangat kalau menu sotong. Tq share resepi.. Terliur tengok. 😋😋👍
#love

Resipi Sepertinya