Sotong Bakar Ala Thai 🇹🇭

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#cppassport
Ni cerita semalam cuma tak sempat nak menaip resipi. Selera dua tiga hari ni asyik nak makan pedas, masam dan manis. Buat je la sotong bakar dan dipadankan dengan sos ala Thai. Mudah dan ringkas.

Sotong Bakar Ala Thai 🇹🇭

17 orang bercadang membuatnya

#cppassport
Ni cerita semalam cuma tak sempat nak menaip resipi. Selera dua tiga hari ni asyik nak makan pedas, masam dan manis. Buat je la sotong bakar dan dipadankan dengan sos ala Thai. Mudah dan ringkas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2bahagian sotong katak (anggaran +-1 kilo)
  2. 1sudu kecil serbuk kunyit
  3. 2 cubitgaram
  4. 1sudu besar sos tiram
  5. 2sudu besar minyak masak
  6. Sos Pencicah
  7. 3biji cili merah
  8. 11-13biji cili padi
  9. 1biji limau nipis (ambil jus)
  10. 2sudu besar air panas
  11. 2sudu besar sos ikan
  12. 3 ulasbawang putih
  13. 1sudu besar sos tiram
  14. 1biji tomato
  15. 3sudu besar gula
  16. 1/2sudu kecil garam
  17. 1-2tangkai daun ketumbar (dicincang)

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh sotong dan kelar sotong (jangan sampai putus). Perap dengan semua bahan lain selama 10-15 minit.

  2. 2

    Bakar sotong hingga masak. Senantiasa dibalik-balikkan kerana sotong katak ni isi nya tebal.

  3. 3

    Sementara itu, kisar semua bahan sos kecuali daun ketumbar, gula dan garam hingga halus. Masukkan tomato dan kisar sekejap, perasakan dengan gula dan garam secukupnya mengikut selera masing-masing. Masukkan daun ketumbar, gaul rata dan sebati. Curahkan ke atas sotong tadi yang telah diletakkan ke dalam pinggan. Boleh juga diasingkan sos nya dan dihidang berasingan. Sewaktu hendak dimakan boleh la dicicah dengan sos.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya