Bumbu putih serbaguna

nami
nami @namicook

Arwah mak saya berniaga makanan berpuluh tahun. Untuk cepatkan proses memasak, mak saya siapkan bumbu putih ni buat stok. Kebanyakan resepi arwah mak saya gunakan bumbu putih ni. Boleh digunakan untuk tumis sayur, masak ayam kicap, sambal udang, sambal tempe, mi goreng dan lain2. Kebanyakkan resepi yg sy akan kongsi selepas ini akan menggunakan bumbu putih ni. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 200 gbawang merah
  2. 100 gbawang putih
  3. 10biji buah keras
  4. 2 batangserai
  5. 2ruas halia (sebesar ibu jari)
  6. Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Buang kulit & cuci semua bahan di atas. Serai dihiris halus agar tidak berserat.

  2. 2

    Kisar semua bahan dengan minyak masak secukupnya. Kisar halus.

  3. 3

    Tumis hingga masak. Jangan garing. Sebab masa nk masak lauk pauk nanti perlu tumis lagi. Tambahkan minyak jika agak kering.

  4. 4

    Biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan dalam peti ais hingga 2 minggu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
nami
nami @namicook
pada
Saya tak pandai masak. Tiap kali nak masak, kena rujuk nota yg simpan dlm phone. Jadi untuk lebih mudah, sy abadikan resepi2 pilihan saya disini (yg saya rasa senang & sedap). Lebih mudah nk rujuk selalu 😁 bahan2 simple je & mudah untuk disediakan. Kebanyakkan resepi inspirasi dari arwah mak & carian di internet kemudian saya olah mengikut tekak saya 😊
Baca lagi

Komen (4)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni. tak semua tahu petua untuk memudahkan kerja memasak. tq dear. #love sangat2 💖

Resipi Sepertinya