Daging Paprik Ala Thai 🇹🇭

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Menu Thai yang tak pernah dilupai jika duduk makan di kedai Patani Thai dulu.Saya sangat suka menu2 masakan thai yang kebiasaannya memang sangat menyelerakan. Ia pedas, masam dan bau2 daun hetba yang wangi seperti daun limau purut, daun ketumbar. Sos ikan atau sos sotong wajib ada dalam masakan thai. Ia pengganti kepada garam.Memang tak boleh move on menikmati masakan Ala Thai begini. Sekarang ni dah tak boleh nak duduk makan dikedai makan kita masak sendiri je dirumah jika teringin nak makan masakan Thai yang marbeless
Ini. Jom tengok resepinya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 300 gramdaging -hiris nipis melintang
  2. 3 ulasbawang putih-cincang halus
  3. 2 ulasbawang merah -hiris nipis
  4. 1biji bawang besar-belah 4
  5. 4 helaidaun limau purut-dicarik2
  6. 1mangkuk kecil Bunga kobis
  7. 1/2biji lobak merah/carrot-hiris nipis
  8. 1pek putik jagung-6 batang-hiris serong
  9. 3biji kacang pjg
  10. Bahan tumis:
  11. 2 sudu Makanpes cili
  12. 2 sudu makansos tomato
  13. 1 sudu makansos tiram
  14. 1 sudu makansos 3 rasa mahsuri
  15. 1 cawanair
  16. 4sudu besar minyak untuk menumis
  17. 1 sudu makansos ikan(nampla)
  18. 1.sdt gula

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
    Masukkan pes cili. Tumis hingga pecah minyak.
    Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.

  2. 2

    Masukkan daging. Kacau rata.Masukkan daun limau purut, cili thai, sos ikan, gula.Masukkan air biar hingga mendidih dan biar sedikit pekat atau sehingga daging lembut.

  3. 3

    Masukkan semua bahan sayur. Kacau rata. Masak seketika sahaja hingga sayur masak.jangan terlampau lembik sayur nanti tak sedap.
    Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya