👩‍🍳Kailan Ikan Masin ala Thai 🇹🇭

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Kailan dikenali sebagai brokoli Cina. Berdaun tebal, berkilat dan warna hijau dan batang tebal . Rasanya adalah sangat serupa seperti brokoli, tetapi lebih pahit daripada Brokoli.Brokoli dan kailan tergolong dalam spesies yang sama.
Oleh kerana kailan bersifat pahit, untuk kurangkan rasa pahit kita boleh goreng kailan bersama ikan masin.Bila kita tambah sos ikan,sos tiram dan minyak bijan ,sekurang2nya rasa pahit itu dialihkan kepada rasa sos2. Ini adalah satu ‘trick’ untuk menipu deria rasa.

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
3 orang
  1. 2ikat sayur kailan - dibersihkan dengan air garam dan dipotong asing daun dengan batang
  2. 1 kepingikan masin (ikan tenggiri jeruk dalam botol)dipotong kecil2
  3. 3biji bawang merah (potong halus)
  4. 3 ulasbawang putih (potong halus)
  5. 4biji cili api- ditumbuk /dititik
  6. 2sb sos tiram
  7. 1sb nampla- sos ikan Thai
  8. 1sb Minyak bijan
  9. Air secukupnya

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan

  2. 2

    Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing. 

    Masukkan bawang, cili padi dan goreng sehingga layu.  

  3. 3

    Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
    Masukkan pula nampla dan terus kacau. 

    Akhir sekali masukkan batang kailan, goreng layu diikuti oleh daun.
    jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air. 

  4. 4

    Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.  

    Siap untuk dihidang.

    Nota: Tidak perlu garam kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya