Ayam Percik Terengganu

Ayam Percik versi negeri kelahiran saya, Terengganu yg merupakan resepi mak saya..lama sangat tak masak ayam percik ni..tetiba rindu & teringin nak makan. Ia di panggil ayam percik kerana ayam yg di bakar akan di percik dgn kuahnya menggunakan serai yg mewangikan lagi ayam percik ni..semerbak bau satu rumah.. suami & anak2 siap bertambah-tambah makan nasi 😋😋
Ayam Percik Terengganu
Ayam Percik versi negeri kelahiran saya, Terengganu yg merupakan resepi mak saya..lama sangat tak masak ayam percik ni..tetiba rindu & teringin nak makan. Ia di panggil ayam percik kerana ayam yg di bakar akan di percik dgn kuahnya menggunakan serai yg mewangikan lagi ayam percik ni..semerbak bau satu rumah.. suami & anak2 siap bertambah-tambah makan nasi 😋😋
Cara Memasak
- 1
Sapu ayam dengan serbuk kunyit & garam. Kalau ikut resepi mak saya, dia guna kunyit hidup tumbuk dgn garam..lagi sedap. Tapi memandangkan saya tak ada stok kunyit hidup, jadi saya guna serbuk kunyit saja..saya bakar di dlm magic pan hingga separuh masak. Kalau nak bakar dgn pemanggang atau dlm oven pun boleh..
- 2
Blend bawang merah, bawang putih & halia dgn sedikit air hingga halus
- 3
Panaskan santan di dlm kuali. Kemudian, masukkan bahan2 blend & cili kering kisar
- 4
Campur serai & pes asam jawa sekali. Perasakan dgn garam & gula. Kacau sentiasa hingga kuah bertukar warna & agak pekat
- 5
Asingkan 1 cawan kuah & letak serai. Percikkan ke atas ayam yg telah di bakar tadi. Balik2kan & percik lagi hingga bersalut rata & ayam sedikit garing.
- 6
Sedia di hidangkan bersama nasi panas2
Resipi Sepertinya
-
Ikan Cencaru Percik Ikan Cencaru Percik
#GoldenApron23Selalunya saya buat ikan percik menggunakan ikan kembung..kali ni saya guna ikan cencaru pula..tetap sedapp.. Saya buat percik versi negeri kelahiran saya iaitu Terengganu...rasa lemak2 santan & wangi serainya..ikan pula di bakar dgn kuah yg menyerap pada ikan..memang sedap.. Nor Al Fatihah -
Ikan Kembong Percik Ikan Kembong Percik
Tiba2 teringatkan ikan kembong percik mak..terus teringin nak makan sebab dah lama sangat tak masak.. Ikan percik ni versi negeri kelahiran saya iaitu Terengganu yg merupakan resepi mak saya. Yang bezanya, mak saya panggang ikan di atas dapur arang, saya panggang di dlm kuali saja sebab tak ada dapur arang & alat pemanggang tu.. Rasanya sedap, lemak2.. bau serai yg wangi.. kuah percik yg pekat di percik ke atas ikan yang di panggang..sedap di makan bersama nasi panas2.. Oo..sebelum saya terlupa, kuah percik ni juga boleh menggunakan ayam ye..nak guna sotong pun boleh.. Nor Al Fatihah -
Gulai Ayam Versi Terengganu Gulai Ayam Versi Terengganu
#goldenapron2020 #week8 Gulai ayam versi Terengganu yg merupakan negeri kelahiran saya biasanya menggunakan rempah tersendiri iaitu rempah gulai & rempah masak cap bunga rose. Pada asalnya ia hanya boleh di dapati di Terengganu saja, tapi memandangkan sekarang ada permintaan, jadi ianya di jual di sesetengah tempat di luar Terengganu, memudahkan utk sesiapa yg ingin mencuba resepi gulai ayam versi Terengganu ini. Gulai ini juga boleh di gantikan dgn ayam kampung & daging, tapi ianya perlu di matikan air terlebih dulu, iaitu merebus ayam & daging bersama sedikit rempah gulai & rempah masak hingga empuk. Setiap kali saya buat gulai ayam ini, anak2 saya pasti berselera makan. Saya suka buat kuahnya sedikit pekat..sesuai di makan bersama nasi minyak @ nasi putih biasa..cicah dgn roti/roti jala pun sedapp👍😋 Nor Al Fatihah -
Gulai Daging Terengganu Gulai Daging Terengganu
Alhamdulillah dapat rasa daging korban hari ke-3 raya..saya masak gulai versi negeri kelahiran saya Terengganu..wajib letak rempah gulai & rempah masak cap Rose..ia merupakan rempah yg istimewa menyedapkan gulai & biasanya banyak terdapat di Terengganu. Memandangkan ia mendapat sambutan ramai..sekarang dah ada terjual di luar negeri Terengganu. Bila masak gulai ni mesti teringat kat mak..kalau saya balik ke Terengganu nak balik ke Klang semula, mesti mak akan bekalkan nasi minyak & gulai daging ni..gulai mak tetap yg terrbaaiikk.. Kpd Lailer boleh la try masak gulai daging ni utk memikat hati & menambahkan lagi ikatan cinta & kasih sayang dengan Jekfer 😍 Nor Al Fatihah -
Sayur Lemak Timun (Terengganu Style) Sayur Lemak Timun (Terengganu Style)
Sayur lemak timun versi negeri kelahiran saya, Terengganu ni ialah lauk lunch & dinner saya hari ni.. sedap di makan dengan nasi panas2..ikan siakap goreng & cicah sambal belacan campur tempoyak..berselera makan.. Nor Al Fatihah -
Kuih Bekang Terengganu Kuih Bekang Terengganu
Kuih bekang ni merupakan kuih negeri kelahiran saya, Terengganu. Lama betul tak makan, jadi rindu & teringin..maklumlah dah lama tak dapat balik kampung musim Covid ni.. Bekang ni di makan bersama kuah lemak yg di campur dgn ikan selayang rebus serta bawang, halia & halba sebagai aroma & penyedap kuah. Saya guna acuan bahulu saja memandangkan acuan tu je yg ada.. Saya buat kuih bekang ni utk sarapan saya sekeluarga semalam.. Nor Al Fatihah -
Nasi Lemak Sambal Ikan Aya/Tongkol (Versi Terengganu) Nasi Lemak Sambal Ikan Aya/Tongkol (Versi Terengganu)
Nasi lemak sambal ikan Aya/tongkol ni adalah versi orang Terengganu, iaitu negeri kelahiran saya. Wajib campur nisan/gula melaka yg menyedapkan lagi sambal. Saya suka makan bahagian hitam ikan tongkol tu.. Nor Al Fatihah -
Sagupal Terengganu Sagupal Terengganu
Sagupal adalah singkatan kpd sagu yg di kepal..ia adalah pencuci mulut tradisional dari negeri kelahiran saya iaitu Terengganu. Ada juga yg panggil asam gupal walaupun bahan2nya langsung tidak menggunakan asam & rasanya pun tak masam. Ianya rasa lemak manis. Manis datangnya dari inti kacang hijau & lemak dari kuahnya yg seakan sama seperti kuah ketupat sotong versi Terengganu. Ia di buat dgn cara inti kacang hijau di kepal dgn sagu & dibulat2kan..kemudian ia di kukus atau di rebus. kemudian di masukkan ke dlm kuah santan. Intinya boleh di pelbagaikan seperti kacang dhal & kacang merah tapi saya lebih suka inti kacang hijau. Ianya sedap di makan suam2 atau sejuk2 dari peti ais...satu adunan ni dpt dlm 30-35 biji bergantung pd saiz juga ye.. Nor Al Fatihah -
Laksa Lemak Terengganu Laksa Lemak Terengganu
#goldenapron2020Laksa lemak ni yg berasal dari negeri kelahiran saya Terengganu adalah kejadian semalam saya buat..jemu makan nasi hari2..sekali-sekala apa salahnya beralih selera kan..saya buat utk sarapan sampai ke petang..alhamdulillah habis licin..suami & anak2 saya suka makan..tapi kalau diikutkan..saya lebih suka laksa gandum yg kuning tu @ pun org Terengganu panggil laksa lidi. Tapi di sebabkan laksa tu dah habis stok..saya buat laksa beras ni je..pemberian drp mak saya..memang dia beri kpd saya utk buat stok..maklum la..bukannya selalu dpt balik kampung..saya suka mkn laksa ni gaul & suap dgn tangan saja..tak perlu guna sudu atau garfu..tu cara kebanyakan org Terengganu..hehe..baru la kaw kaw mkn..betul2 rasa air tangan sendiri..dengan kuahnya pekat2..di tambah pula dgn cili kering blend sebagai sambal & belacan tu..perghhh👍👍 Nor Al Fatihah -
Ketupat Sotong Terengganu 🦑 Ketupat Sotong Terengganu 🦑
Ketupat sotong ni versi negeri kelahiran saya, Terengganu. Sotong di sumbat dengan beras pulut & di masak bersama kuah lemak putih. Nor Al Fatihah -
Ayam Percik Ayam Percik
Harini cuba resepi Ayam Percik Kelantan cara saya menggunakan Air Fryer. Sepatutnya kuahnya warna light brown. Oleh sebab saya suka ia pekat dan likat. Kuahnya menjadi dark brown.#goldenapron2020#bazaarramadan Mizzanem -
Ayam Percik Terengganu Ayam Percik Terengganu
300/2021/RoadTo1k/995❤️ Negeri Malaysia : Merdeka Special CP Passport ❤️❤️ Terengganu : 3/16 ❤️ #merdekapassportResipi ni hasil Cooksnap daripada Puan Nor Al Fatihah @Mrs_Watermelon85. Ni kali pertama hakak cuba resipi ni. Sedap sangat. Lagipun kaedah masak dia bagi hakak unik sikit sebab ayam dimasak dua kali. Kali pertama dibakar untuk bagi ayam tu separuh masak. Kali kedua dibakar dengan bahan perapan. Jadi proses memasak dengan bahan perapan tu sekejap sahaja dan tidak terlalu kering. Jadi hasil ayam percik tu helok sangat rupanya. Rasa pun sedap tau 😋 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)