Kuih Tepung Puli Melaka

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

🇲🇾Merdeka Special Cp Passport🇲🇾
❤Melaka:
#merdekapassport
#secretchallengemerdeka

Kuih Tepung Puli lama dah rasa nak mencubanya sebab tertarik dengan kecantikan kuih ini.Tetapi belom berkesempatan..Kebetulan tema kali ini kuih tradisi atau kuih popular untuk negeri2 dalam Malaysia sempena menyambut bulan kemerdekaan ,Saya pilih kuih Tepung Puli ini mewakili negeri Melaka negeri bersejarah.Warna kuih juga saya warnakan sempena warna bendera Malaysia 👍😍Menurut sumber kajian yang saya baca Kuih tepung puli adalah kuih tradisi Negeri Melaka.
Bila saya sudah mencubanya ternyata saya suka dengan rasanya yang seakan2 kuih lapis tetapi sedikit liat kerana ia menggunakan tepung pulut.
Jom tengok resepi lengkap dibawah.

Inspirasi resepi: @Mrs_Watermelon85
Tq Nor👍❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gramtepung pulut
  2. 1 1/3 cawantepung ubi
  3. 1 cawangula putih
  4. 1 cawansantan kotak(kara)
  5. 1/2 cawanair
  6. (campur menjadi 1 1/2 cawan santan)
  7. 1/2 sudu tehgaram halus
  8. Pewarna pilihan:
  9. Merah
  10. Kuning
  11. Biru

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan tepung pulut,tepung ubi,gula dan santan serta garam halus.Gaul sebati.

  2. 2

    Tapis kedalam bekas dan bahagi kepada 4 bekas berasingan.setiap bekas lebih kurang 250ml.

  3. 3

    Warnakan satu persatu pewarna pilihan.Untuk tepung puli merdeka saya guna perwarna biru,merah dari pati ros dan kuning dari kordial jagung.Jadi bukan sahaja berwarna malah ada rasa yang sedap.

  4. 4

    Sediakan loyang sapu sedikit minyak,tuang adunan menutupi dasar loyang kukus 5 minit.
    saya guna pan pizza untuk kukus adunan tepung puli lebih mudah.kemudia tuang pula lapisan warna kedua.jangan terlalu tebal.cukup sekadar ia merata.kukus lagi 5 minit.angkat dan sejukkan.Teruskan kukus untuk warna lain pula dan seterusnya hingga selesai.

  5. 5

    Dah sejuk gulung kemas dan ketepikan.

  6. 6

    Boleh juga dibalaut menggunakan daun pisang yang dilayur terlebih dahulu.Tak balut daun pisang pun boleh je.

  7. 7

    Potong menggunakan pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak elak melekat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (18)

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Cantik leen.. Nanti nak buat jugak la 😁

Resipi Sepertinya