4:1:24 - Phad phed ayam

Azam tahun ni nak buat 1H1R macam tahun lepas. Alhamdulillah tahun lepas dapat lengkapkan walau ada menu yang terpaksa dimasak di luar negara. Memandangkan next week pun saya akan berada di luar kawasan selama dua minggu, maka bila ada kesempatan untuk mengupload resepi maka saya upload awal2 lah.
Jumpa resepi dari negara jiran ni. lebih kurang macam rendang pun ada. Ada kelainan sikit dalam menu ni bila dia org letak sekali kacang panjang. Kebetulan memang ada kacang panjang dalam peti ais.
Teringin sangat nak buat, walau yang ada kat rumah ni cuma ayam tua je. Kita layan lah juga cuma masak lama sikitlah. Memang sedap guna ayam tua ni.
Bila rasa sedikit memang kena betullah dengan tekak saya. Siap masak terus makan. Saya makan dengan roti. Memang terbaik dan senang je memasaknya.
#NewYearNewMenu
#PhadPhedAyam
#HaniShaimi
4:1:24 - Phad phed ayam
Azam tahun ni nak buat 1H1R macam tahun lepas. Alhamdulillah tahun lepas dapat lengkapkan walau ada menu yang terpaksa dimasak di luar negara. Memandangkan next week pun saya akan berada di luar kawasan selama dua minggu, maka bila ada kesempatan untuk mengupload resepi maka saya upload awal2 lah.
Jumpa resepi dari negara jiran ni. lebih kurang macam rendang pun ada. Ada kelainan sikit dalam menu ni bila dia org letak sekali kacang panjang. Kebetulan memang ada kacang panjang dalam peti ais.
Teringin sangat nak buat, walau yang ada kat rumah ni cuma ayam tua je. Kita layan lah juga cuma masak lama sikitlah. Memang sedap guna ayam tua ni.
Bila rasa sedikit memang kena betullah dengan tekak saya. Siap masak terus makan. Saya makan dengan roti. Memang terbaik dan senang je memasaknya.
#NewYearNewMenu
#PhadPhedAyam
#HaniShaimi
Cara Memasak
- 1
Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit - goreng dan toskan.
- 2
Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga pecah minyak.
Masukkan asam keping dan daun limau purut - gaul sebati.
Masukkan ayam dan tutup biar hingga ayam empuk. - 3
Masukkan gula dan sesedap rasa/garam.
Masukkan kacang panjang gaul sebentar dan matikan api. - 4
Sesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan.
Resipi Sepertinya
-
8:4:24 - Kuah kacang 8:4:24 - Kuah kacang
#RamadhanMonthChallenge4#RayaPrepKuah kacang ni adalah antara menu yang akan saya masak terlebih awal sebelum menjelangnya hari raya. Bila semua kita yang kena masak dan bila makin tua tenaga makin berkurangan maka masak awal dan frozenkan je lah jalan penyelamat.Kalau makan ketupat tanpa kuah kacang serasa macam tak lengkaplah pulak. Larat tak larat kuah kacang mesti kena buat. Kuah kacang ni kena letak minyak lebih sikit baru jadi cantik masaknya, cuma bila nak makan tu pandai-pandailah asingkan minyaknya tu ya. Memang kurang sihat bila masak guna minyak banyak, tapi kalau tak banyak sambal jadi kurang sedap dan seakan rasa mentah kacangnya. Hani Shaimi -
21:4:24 - Rendang Negeri Sembilan 21:4:24 - Rendang Negeri Sembilan
#GlobalApron2024#Challenge7#OpenHouse#Ayam (1)#CiliPadi (1)#Santan (1)Anak buah masak rendang dan bawak balik kampung masa raya hari tu. Bila saya makan rasa sedap sangat. Bila tanya letak apa, dia kata ni rendang Negeri Sembilan, letak semua bahan macam masak rendang biasa tu cuma tak letak bawang. Haaa...!!! betul ke tak da bawang saya tanya, ya betul memang dia biasa masak macam tu. Bila goggle tengok rendang N9 tengak ada juga yang ada letak bawang dan ada juga yang tak letak. So masa buat open house ahad lepas saya try lah buat yang tanpa bawang. Walau mula-mula macam rasa krik krik sikit, tapi try jugalah. Memang betul menjadi. Lagi senang tak payah nak guna banyak bahan. Lepas ni memang maintain lah saya masak rendang macam ni. Cuma bila dah kalut-kalut dan kepenatan lupa nak ambik gambar platting cantik-cantik. Nasib ada gambar dalam kuali dan dalam periuk yang sempat diambil. On je lah masukkan dalam cabaran kali ini. Step masak ada juga ambik gambar sikit-sikit.Kalau suka pedas boleh lah lebihkan cili padi atau cili kisar tu. Hani Shaimi -
11:9:24 - Mee Kari kerang dan kacang panjang 11:9:24 - Mee Kari kerang dan kacang panjang
#MalaysiaMonthKira orang melayu memang suka makan Mee Kari. Chinese pun Ada Mee Kari juga. Cuma Mee Kari dia orang biasanya Ada Kerang, Terung dan kacang panjang.Kali ni kami buat gabungan melayu Chinese lah ya. Hani Shaimi -
10:2:24 - Sotong masak hitam campur kacang panjang 10:2:24 - Sotong masak hitam campur kacang panjang
Pernah share sotong masak hitam ni. Cuma kali ini kita tambah Kacang panjang sebagai kawannya. Sotong masak hitam ni saya suka kuahnya memang manis. Orang kata Hitam Hitam Di Tampuk Manggis. Sungguh pun Hitam Ku pandang Manis. Walau tengok rupa tak semenggah sebab hitam. Tapi bila dah hirup kuahnya memang Non stop makan. Hani Shaimi -
29:4:24 - Ayam masak rose 29:4:24 - Ayam masak rose
#GlobalApron2024#Challenge8#Potluck#Ayam (1)#Tomato (1)Jom potluck. Bawak satu lauk sorang. Ada 20 orang meriah meja. Macam ni lah yang biasa kami buat bila nak buat makan2 di opis. Kali ni saya masak Ayam Masak Rose pulak. Asyik2 rendang je kan kita tukar sikit menu kali ini. Memandangkanmasa nak masak saya kehabisan cili kisar maka saya menggantikannya dengan cili flakes. Hani Shaimi -
24:9:24 - Ayam kicap 24:9:24 - Ayam kicap
#SeptemberChallange#MalaysiaMonthSeperti yang Kira maklum orang-orang memang suka makan kaki Ayam masak kicap. Cuma caranya mereka goreng Dulu kaki Ayam tu kemudian Baru mereka masak. Oleh kerana cuma Ada sepasang je kaki Ayam tapi tekak ni nak Makan Ayam kicap maka Kira on je lah walau campur2 dengan bahagian lain. Yang penting sedappp. Bahagian mana pun tak pa.Dan tekak melayu Ni kalau tak da pedas memang tak sah kata orang, so Kita tumbukkan Cili Padi bagi lg umphhhh Rasa nya masak Ayam kicap ni. Hani Shaimi -
30:12:23 - Teresek kacang panjang 30:12:23 - Teresek kacang panjang
1st time makan bila kawan orang Kelantan bawa ke opis. Dia kata ni menu special orang-orang Kelantan. Macam sambal goreng jawa pun ada bila saya rasa dan tengok. Cuma versi ni ada rempah kari dan ketumbar. Asyik teringat2 keenakan nya terutama hati dan mempedal ayam tu yang cukup mesra bersalut dengan rempah-rempahnya. Maka buat jugalah sendiri bila dan terliur tu. Memang amat menyelerakan.#Dupe Hani Shaimi -
15:1:25 - Asam Pedas Ikan Jenahak Campur Kaki Ayam 15:1:25 - Asam Pedas Ikan Jenahak Campur Kaki Ayam
#GlobalApron2024#Challenge45#Terung 🍆#asamjawa (1 point)#cili (1 point)#kunyit (1 point)#terung (BAHAN WAJIB - 1 point)Memandangkan ada balance kaki ayam yang telah siap direbus, maka saya campurkan sekalilah dalam menu ini. Sedap je bila ada gambungan ikan dan kaki ayam ni. Hani Shaimi -
Ayam ungkep Ayam ungkep
Masak ayam ungkep ni sama je macam masak rendang cuma tak letak santan je. Especially nak raya haji ni sesuailah masak ayam ni makan dengan ketupat atau nasi impit. Menu mudah masuk je semua dalam kuali cuma tumis sedikit je. Nanti bolehlah lailer masak kan untuk jekfer bila habis PKP nanti Hani Shaimi -
2:1:24 - Ayam varuval 2:1:24 - Ayam varuval
Ternampak dlm Tik tok ada perempuan India tu masak lauk ni. Tengok versi dia ni mudah sahaja. Bahan pun ada so kita on je lah walau ada derhaka sikit sebab tengok sekali lalu je so saya masak main agak2 je lah. Yang pasti menu ni memang sedap.#NewYearNewMenu#AyamVaruval Hani Shaimi -
22:6:24 : Kaki Ayam masak ala thai 22:6:24 : Kaki Ayam masak ala thai
Meratah je lah lauk ni tak makan dengan nasi. Memang sedap gabungan rasanya pedas, masam, manis, masin semua cukup. Biasa kaki ayam ni masak sup, kari je kan. Resepi ni asalnya guna isi atau kepak ayam. Tapi sebab kat rumah ni yang ada cuma kaki ayam, so saya on je lah dengan kaki ayam ni. Hani Shaimi -
25:3:25 - Ayam diungkep 25:3:25 - Ayam diungkep
#Ramadhan2025Challange3#ReadyForRayaMula-mula cadang nak masak rendang ayam tua ni. Tapi bila pergi kedai nak beli santan yang biasa saya guna tu biasa harga RM3.80, ni nak raya harganya naik sampai RM4.90. Terbantut nak masak rendang, jadinya kita tukar masak ungkep jelah tak perlu guna santan. Masak awal2 frozenkan untuk bawak balik kampung raya ni. Masak awal2 sebab bila umur dah makin banyak ni dah tak larat nak masak sekali harung semua jenis lepas tu dalam kuantiti yang banyak. Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)