Sambal Tumis Sardin Goreng

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

Kemaren dulu balik dangau (rumah kebun) sempena cuti hujung minggu.

Sampai ja kat kebun, dah hampir pukul 6 petang, dan hari hujan. Perut pula berlagu keroncong minta diisi. Perut orang Melayu macam akak ni, ofkoss kena makan nasik. So, saat-saat macam ni nak lauk yang simple dan cepat dimasak ja.

Kat dangau memang dah standby sardin ni 2,3 tin. Bahan-bahan lain pula memang akak bawa siap-siap dari rumah. Jadi, senang la kerja..

Kali ni akak teringin nak goreng dulu ikan sardin tu sebelum dimasak sambal. Tiruvasi daripada resepi @Sirap_Cheese tapi akak goreng kejap ja ya sebab ikan sardin tu meletop-letop 😂.

Sambal sardin ni, akak gu dengan telur dadar, makan pulak dengan nasi panas-panas, memang gandingan yang sangat serasi. Boleh lajak 2 pinggan nasi ni.. 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 tinbesar sardin
  2. 3 sudu besarcili kisar
  3. 2 ulasbawang putih - dihiris
  4. 3 ulasbawang merah - dihiris
  5. 1 bijibawang besar - hiris kasar
  6. 10 bijicili padi
  7. 1/2 cawanair asam jawa
  8. 1 sendukminyak
  9. secukup rasaGaram

Cara Memasak

  1. 1

    Asingkan ikan sardin dengan kuahnya.

    Panaskan minyak, goreng ikan sardin. Ikutlah nak garing ke tidak. Angkat kemudian ketepikan sebentar.

  2. 2

    Tumis bawang putih dan bawang merah sampai kekuningan, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Kemudian masukkan kuah sardin sambil kacau sebati.

  3. 3

    Masukkan bawang besar dan cili padi, masak sampai bawang dan cili layu.

    Cili tu akak masukkan sebijik-sebijik, nanti nak makan picit-picit dulu bagi keluar rasa pedas dia.

  4. 4

    Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dengan sambal. Masukkan juga air asam jawa secukupnya.

    Kemudian perasakan dengan garam garam dan serbuk perasa secukup rasa (ikut citarasa masing-masing). Boleh la padamkan api.

  5. 5

    Sedia untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Komen (3)

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
fuh ngancam sungguh tgk sambal sardin ni🤤

Resipi Sepertinya