Asam Pedas Daging

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Menu ni memang memikat hati keluarga, mencuit hati betul. Bila time hampir nak masak anak buah Aznie datang kedapur. Setahu Aznie dia tidur kat bilik sebab penat balik dari sekolah. Sama la jugak dengan anak dara Aznie. Terkejut tiba-tiba dengar suara bertanya. ''mak ngah masak apa , sedap betul bau sampai kebilik". katanya. ''mak ngah masak Asam Pedas Daging je" cakap kat dia. Tak pernah lagi makan asam pedas daging katanya. "Tak pe nanti sikit lagi siap Puteri boleh makan" cakap kat dia. Tengok dari riaksi muka dia memang teruja sangat tu. Best anak buah Aznie surang ni memang geng mak ngah dia la. Segala macam dia makan. Petai, sambal belacan ngan tempoyak memang fav sangat. Sekarang tak de la makan sesorang sebab dah ada geng😂. Time makan tu seronok tengok dia makan, sedap katanya . Siap ratah la. Kakak Melur dengan abang Faril pun sama. Tak lupa juga hubby, siap cakap nanti boleh masak lagi macam ni. sedap, pekat memikat. Alhamdulillah
#MerdekaMonth

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kilodaging (rebus hingga lembut)
  2. 2 bijibawang sederhana besar (blander)
  3. 5 bijibawang kecil (blander)
  4. 5 ulasbawang putih (blander)
  5. 10ke15 biji cili kering (rebus dan blander)
  6. 3ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blander)
  7. 2 incilengkuas (blander)
  8. 1 incihalia (blander)
  9. 1 1/2 incibelacan (blander)
  10. 1 kepinggula melaka
  11. 1/2 cawanair asam jawa
  12. Sebatangserai dikeduk
  13. 3 helaidaun limau purut
  14. Segengam daun kesum
  15. secukupnyaGaram & air
  16. 8 bijiTomato ceri

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus daginghingga empuk dan lembut.

  2. 2

    Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan2 yang dah siap blander.

  3. 3

    Masak sehingga bahan2 betul2 masak & garing dengan api yang perlahan.

  4. 4

    Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka,

  5. 5

    Gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul2 kering.

  6. 6

    Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.

  7. 7

    Kemudian bolehlah masukkan tomata. Kacau rata, dan bolehlah ditutup api dapur

  8. 8

    Sedia untuk dihidang.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ditulis oleh

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Resipi Sepertinya