Kuah Kacang

Nana Isya
Nana Isya @nanaisya
Alor Setar, Kedah

Kuah kacang sedap di makan bersama satey , nasi impit, gado-godo, cucur udang dan lain-lain. Biasa kuah kacang tak letak serai lengkuas tapi kali ini Kak Long buat kuah kacang letak serai lengkuas. Rasa sedikit berbeza dia ia lebih sedap kerana bau serai lengkuas itu sendiri.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45minit
9orang
  1. 250 gkacang tanah
  2. 15 bijicili kering
  3. 3 ulasbawang merah
  4. 1 ulasbawang putih
  5. 5 batangserai
  6. 1 incilengkuas
  7. 2 ketulgula melaka
  8. 1 sudu kecilgaram
  9. 3 suduminyak

Cara Memasak

45minit
  1. 1

    Sangai kacang tanah. Buang kulit. Blend sederhana kasar.

  2. 2

    Letak sedikit minyak. Gorengkan bawang merah, bawang putih dan cili kering.

  3. 3

    Di dalam blender masukkan serai lengkuas, bawang merah, bawang putih dan cili kering tadi. Blend halus.

  4. 4

    Masukkan minyak tumis bahan yang di blend tadi. Biarkan bahan tadi masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah di blend tadi. Tambahkan air. Gaul sebati. Perisakan gula, garam. Biarkan mendidih. Dah siap tutup api dan hidangkan bersama nasi impit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nana Isya
Nana Isya @nanaisya
pada
Alor Setar, Kedah
Mama kepada dua orang puteri. Suka memasak. Memasak adalah satu terapi. Suka try new resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya