Ramuan

  1. 1.5 kgIkan Selayang
  2. 6 bijiBawang Besar -bawang banyak mmg sedap
  3. Belacan Tumbuk Tanjung Dawai (paling padu) -boleh beli di shopee
  4. 1 inciHalia
  5. 1 sendukLada Kering kisar (boleh lebihkn kalau suke pedas)
  6. 10-15 kepingAsam Keping (anggaran 10-15 keping)
  7. 2 ikatDaun Kesum
  8. 4-5 batangBunga Kantan (belah 2/4)
  9. 1 tinbesar Sardin
  10. Ulam
  11. Timun (hiris)
  12. Salad (hiris)
  13. Bawang besar (hiris)
  14. Cili Padi (hiris)
  15. Limau Kasturi (potong 2)
  16. Telur Rebus

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus Ikan Selayang dengan 1 keping Asam Keping. Sebentar sahaja. Sekadar air menggelegak, tutup api. Air rebusan jgn buang. Kita nk pakai utk kisar ikan.

  2. 2

    Asingkan isi ikan & tulang. Kisar halus ISI Ikan Selayang dengan air rebusan serta Sardin (ikan & kuah). Masukkan dalam periuk.

  3. 3

    Kemudian, kisar tulang ikan pula & tapis. Masukkan dalam periuk. Kisar lagi & tapis lagi (ulang sampai tulang ikan jd putih). Buang tulang tersebut.

  4. 4

    Kisar Bawang Besar, Halia & Belacan. Belacan anggaran ¼ dari size ni.

  5. 5

    Masukkan semua bahan dalam periuk. Kuah Laksa Penang tak pekat & tak cair. Jd, air boleh agak sendiri ye 😊

  6. 6

    Perasakan dengan Garam. Reneh Kuah Laksa bagi lama. Dlm 2-3 jam.

  7. 7

    Kuah Laksa lagi sedap bila dipanaskan semula (perangat). Masak harini, makan esok. Lg kaw kuah dia bak angggg!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Adawiyah Mohd Sharun
pada
Johor - Selangor
Surirumah separuh masa - Surihati pengarang jantung merangkap chef peribadi encik suami ⚘
Baca lagi

Resipi Sepertinya