Ayam reneh kicap

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Anak saya yang no.2 ni suka sangat dengan masakan yang berasaskan kicap. Baru berselera makan.

Ayam reneh kicap

Anak saya yang no.2 ni suka sangat dengan masakan yang berasaskan kicap. Baru berselera makan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 ekorayam - dipotong kecil
  2. 5 ulasbawang putih - diketuk
  3. 2 incihalia - dihiris kasar
  4. 6 tangkaicendawan shitake kering (direndam hingga lembut, hiris kasar)
  5. 2-3 sudu besarsos tiram
  6. 3 sudu besarkicap manis
  7. 1 sudu kecilserbuk masako ayam
  8. 1/2 sudu kecilserbuk lada hitam
  9. Secukup rasagaram (jika kurang masin)
  10. Sedikitminyak masak
  11. Secukupnyaair
  12. 1 bijibawang besar (potong baji)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing. Masukkan ayam.

  2. 2

    Biar air ayam keluar dan mengering, masukkan cendawan shitake. Masukkan air, kicap, sos tiram, serbuk masako ayam dan dan serbuk lada hitam. Kacau rata.

  3. 3

    Kemudian tutup dengan tudung periuk, renehkan 20 minit dengan api kecil. Kalau kuah kering sangat boleh tambah air. Kalau suka kuah pekat boleh juga tambah tepung jagung (saya xletak pun). Selepas direnehkan. Boleh masukkan bawang besar. Kacau rata dan biarkan sekejap dan tutup api.

  4. 4

    Bolehlah dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya