Rendang Daging Asli Minangkabau

Puteh Comey
Puteh Comey @cook_112555554

Saya kongsikan resipi turun temurun keturunan arwah mak saya orang minangkabau. Resipi Istimewa ini saya belajar dari arwah mak saya. Saya halalkan resipi saya ini untuk yang nak meniaga ataupun masak untuk keluarga. Semoga pahala mengalir buat arwah mak saya dan arwah abah saya. Aamin Aamin yarobbal alamin.

Rendang Daging Asli Minangkabau

Saya kongsikan resipi turun temurun keturunan arwah mak saya orang minangkabau. Resipi Istimewa ini saya belajar dari arwah mak saya. Saya halalkan resipi saya ini untuk yang nak meniaga ataupun masak untuk keluarga. Semoga pahala mengalir buat arwah mak saya dan arwah abah saya. Aamin Aamin yarobbal alamin.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

8 Jam
1 Kilo Daging
  1. Bahan Blender Basah:
  2. 15 bijiBawang Kecik Rose
  3. 3 bijiBawang Besar
  4. 6 bijiKunyit Hidup
  5. 3 inciHalia
  6. 3 bijiBuah Keras
  7. 3 inciLengkuas
  8. 20 tangkaicili kering pedas (rebus/rendam dulu dalam air panas baru blend)
  9. Bahan Campak:
  10. 5 batangserai dititik
  11. 5 helaidaun salam
  12. 3 helaidaun kunyit
  13. 15 helaidaun limau purut
  14. 3 batangkulit kayu manis
  15. 15 bijicengkih
  16. 6 bijibunga lawang
  17. 6 bijibuah pelaga
  18. Bahan Blender Kering :
  19. 3 sudu besarketumbar
  20. 3 sudu besarjintan manis
  21. 2 bijiBuah pala
  22. 1 KiloDaging

Cara Memasak

8 Jam
  1. 1

    Masukkan 1 Kilo santan segar. Masukkan semua bahan blender basah dan bahan campak. Masak santan guna api sedang sampai santan mendidih dan kental.

  2. 2

    Bila santan dah mendidih dan pekat (2 jam proses kacau santan), masukkan bahan blender kering, kacau sebati semuanya agar merata. Selepas itu masukkan Sekilo daging yang telah dicuci bersih.

  3. 3

    Teruskan merendang (kacau rendang) sehingga terbit minyak (minyak yang keluar dari santan segar). Proses keluar minyak ini di panggil Kalio ataupun rendang basah. 4 jam proses merendang ini. Boleh masukkan garam, gula, ajinomoto secukup rasa.

  4. 4

    Setelah rendang keluar minyak ataupun Kalio, pasang api paling kecil dan teruskan merendang sehingga rendang mengering dan berubah warna jadi hitam (2 jam proses mengeringkan rendang). Setelah rendang minang siap dimasak, biarkan rendang sejuk dulu dalam kawah. Dah sejuk barulah boleh rendang minang di simpan dalam peti sejuk. Rendang minang ini tahan lama, tak mudah basi sebab santan telah dimasak lama. Dan Istimewanya rendang minang ini ialah semakin dipanaskan semula, rasanya semakin enak.

  5. 5

    Rendang minang ini boleh di makan bersama nasi putih, nasi impit, ketupat, ketupat palas, pulut kuning, lemang, roti gardenia. Boleh tengok video saya share di tiktok saya KUMBANGHITAM28. Selamat Mecuba resipi Istimewa saya ini!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Puteh Comey
Puteh Comey @cook_112555554
pada

Carian Teratas bagi

Komen (4)

Resipi Sepertinya