Kari ayam pekat simple

hannashafik
hannashafik @cook_112088771
jenderam hilir dengkil

mama dan papa dan cik suami saya suka sangt kari pekat ii .. ini resepi dari mamaku .. jadi saya ingin berkongsi resepi dari mama tercinta saya untuk awak ii yg tersayng dan semoga bermanfaat 🥰

Kari ayam pekat simple

mama dan papa dan cik suami saya suka sangt kari pekat ii .. ini resepi dari mamaku .. jadi saya ingin berkongsi resepi dari mama tercinta saya untuk awak ii yg tersayng dan semoga bermanfaat 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

(ikut size hidangan)
2-3 orang
  1. 4/5 ketulayam mentah
  2. 1 bijibawang merah (ditumbuk/dihiris)
  3. 2 ulasbawang putih (ditumbuk atau dihiris)
  4. 3 batangdaun kari
  5. 3sekawan (bunga lawang,kayu manis,cengkih
  6. 2 suduserbuk kari daging
  7. 2 bijikentang (potong 4)
  8. 1/2carrot
  9. 1/2 mangkukair
  10. secukup rasagaram
  11. 1 sudu kecilajinamoto
  12. 1/2 kotaksantan
  13. 1 sudusos tiram

Cara Memasak

(ikut size hidangan)
  1. 1

    Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris atau ditumbuk sehingga naik bau

  2. 2

    Selepas bawang naik bau, letakkan sos tiram, 3 sekawan dan daun kari.

  3. 3

    Selepas beberapa saat, masukkan serbuk kari sambil kacau. jangan biarkan, takut nanti hangit. kalau nmpk mcm kering sngt, tambhkan minyak, tapi jangn smpai berkuah plk minyak tu.

  4. 4

    Selepas itu kacau sebati sehingga pecah minyak.. pastikan sentiasa kacau sebab kalau tak kacau, rempah kari tu boleh hangit dan menjadi pahit. masak smpai jadi lebih kurg mcm dlm gmbr di bawah.

  5. 5

    Selepas pecah minyak, masukkan ayam, air, kentang dan juga carrot. api biau sedang, tak besar dan tak kecik.

  6. 6

    Tutup periuk. bagi ayam masak bersama kentang dan carrot.

  7. 7

    Selepas 15 - 20 minit direbus, cuba tekan kentang dan carrot, sekiranya sudah empuk, bermakna ayam sudah masak. kalau kentang dn carrot belum empuk, bermakna ayam itu belum masak. jadi kena tunggu sampai kentang dan carrot tu empuk baru bole ke step seterusnya.

  8. 8

    Selepas ayam, kentng dan carrot sudh masak, masukkan ajinamoto (kurang lebih ikut citarasa sendiri)

  9. 9

    Selepas itu, boleh masukkan santan dan garam secukup rasa.. santan masukkan jangan api besar, nnti pecah santan dan smbil masukkan santan sambil kacau.. jng biarkan tidak kacau.. cair pekat bole adjust mengikut citarasa cuma yg ni kn kari ayam pekat jdi sebolehnya jng dicairkan sngt😆.. klu rse cair tmbh lg santan, klu rse pekat bole tmbh air skit.. jng bnyk sngt tmbh tkut jdi gulai.. 😆

  10. 10

    Hbis masuk santan, dalam 20 ke 30saat masak da bole tutup api.. inilah al hasil kari ayam pekat kiterr !! 🥰🥰 selamat mencuba tawww !!! nk sedap tmbh kn ulam seperti timun,salad atau kcang botol.. jangn lupa sambal belacann tawww 🥹🥹🥰 tak padu la takde sambal belacan kann !!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
hannashafik
hannashafik @cook_112088771
pada
jenderam hilir dengkil
shuke masak apa ii saja .. best sngt mencuba macm ii kan 🥰🥰🥰
Baca lagi

Resipi Sepertinya