Ikan Siakap Stim Limau Simple

assalamualaikum hai semua, lama saya menyepi kini ramadhan saya datang kongsi resepi. harini berbuka puasa dgn apa ada je dekat dapur alhamdulillah. resepi ikan siakap stim limau ni mudah untuk diikuti. bahan takbanyak tapi rasa dia marvelouse cukup semua masam manis penambat selera🥳 boleh cuba
Ikan Siakap Stim Limau Simple
assalamualaikum hai semua, lama saya menyepi kini ramadhan saya datang kongsi resepi. harini berbuka puasa dgn apa ada je dekat dapur alhamdulillah. resepi ikan siakap stim limau ni mudah untuk diikuti. bahan takbanyak tapi rasa dia marvelouse cukup semua masam manis penambat selera🥳 boleh cuba
Cara Memasak
- 1
Basuh bersih ikan siakap dan kelar sikit then susun dlm tray utk kukus. Sumbat hirisan halia & serai yang dititik ke dlm perut ikan. pastikan takda air ya.
- 2
Kukus ikan dalam pengukus selama 15-20 minit.
- 3
Step seterusnya, kita buat kuah untuk siraman ikan. masukkan ½ cawan air + 1 kiub ayam + 2 sudu gula pasir. masak sampai larut. lepastu sejukkan dulu
- 4
Langkah seterusnya, cincang 6 ulas bawang putih + 6 tangkai cili padi merah. setelah air yg dididihkan tadi sejuk, masukkan bahan yang dicincang ke dalam kuah. kemudian masukkan 1 biji perahan air limau + 1 sudu sos tiram + 2 sudu sos ikan thai + hirisan sepokok daun ketumbar ke dalam kuah tadi. masukkan perasa juga jika suka.
- 5
Setelah ikan siap, siram kuah tadi keatas ikan then kukus semula ikan selama 3 minit. lepastu siap !!! mudah kan. selamat mencuba semua 😍🫶
Resipi Sepertinya
-
Ikan Siakap Stim Limau by Rahsia Quali Ikan Siakap Stim Limau by Rahsia Quali
Mesti korang rindukan nak makan dekat kedai tomyam?? Jom ler try resepi ikan siakap stim limau ni! #phopxcookpad2020 Rahsia Quali -
Siakap Stim Siakap Stim
26/2021/RoadTo1k/711Siakap stim ni menu berbuka puasa isnin lalu. Hari tu terlalu banyak kerja, jadi hakak fikir sediakan menu berbuka yang simple2 cukup lah. Ni pun dah cukup membuka selera ketika berbuka puasa. Penggunaan bahan yang ringkas, tempoh memasak yang singkat dan pastinya jauh lebih sihat menggunakan kaedah mengukus sebegini. Salina Jalaludin -
Siakap Stim Limau Siakap Stim Limau
#goldenapron2020Selalu makan siakap stim limau direstoran tomyam.Kini saya dah tahu cara masak sendiri Siakap Stim Limau.Tapi kita tak perlu kukus cuma lebih mudah rebus. Cg Zila Zoom -
Siakap Stim Limau Siakap Stim Limau
Resepi ni Cikna dapat daripada kedai makan siam kat Penang. Siakap stim limau dia sedap sangat.Selalu kalau pi situ, kami order menu ni saja cukup dah makan dengan nasi.Rasa masam-masam pedas tu memang kena dengan selera tekak kami.Masa tengah makan tu selalu Cikna intai tempat depa masak. Nak tengok depa masak macam mana.Balik buat selalu tak jadi. Last sekali terus tanya tokey dia masak stim tu macam mana..hehe Erna Hezreen Hamzah -
Siakap stim limau Siakap stim limau
Buat pertama kali siakap stim by emi😚😚😚#goldenapron2020 Emi Syahira -
Ikan Siakap Stim Limau Ikan Siakap Stim Limau
#bazaarramadan #week6 #goldenapron2020 #week5 Disebabkan teliur sangat tengok ig sorang kawan baik ni buat juadah ikan stim. Maka gigihla saya buat jugak menu ikan stim demi memenuhi kehendak perut. Eh! Kemain kan turutkan aje kata hati perut nak makan apa. Ni lauk feveret bila pergi makan kat kedai thai. Kira ni macama ikan stim ala thai. Nti tgk la apa rasanye nanti. Masa sy tulis resipi ni ikan masih menunggu giliran untuk dikukus. Dan dapat rasa bila masuk waktu berbuka nanti. Jap lagi lepas burpp sy update lg apelah rasa ikan stim versi saya sendiri ni kan. Ternyata sedap n bertambah2 makan nasi nye. Tapi ada rasa pahit skit mungkin sebab sy letak hirisan bulat limau nipis tu. Kalau boleh jangan letak ye hanya perag aje jus limau nipis. Selamat mencuba! Nunees -
Ikan Siakap Stim Limau Mudah #phopbylinimohd #batch18 Ikan Siakap Stim Limau Mudah #phopbylinimohd #batch18
Di rumah saya, anak-anak berlima masih kecil dan tak suka makan pedas. Takkan asyik nak makan ayam goreng je kan?Saya teringat beberapa tahun dulu sewaktu pertama kali makan ikan siakap stim limau. Waktu itu, keluarga ramai-ramai berkumpul di restoran untuk makan malam bersama. Antara lauk yang dicadangkan oleh pekedai yang sesuai untuk kanak-kanak adalah siakap stim limau, sebab tak pedas.Sedap rupanya, dan sangat menepati rasa anak tekak saya dan juga anak-anak. Tapi bila membayar, telan air liur juga harganya!Selepas kejadian itu, saya cuba mencari resepi di internet, dan memasak sendiri di rumah. Ada anak yang memuji, “Mak masak sedaplah, macam di kedai!”Mak mana yang tak kembang kan? 😬😬😬Sejak dari itu, menu ini menjadi salah satu menu wajib untuk dihidangkan buat suami dan anak-anak.Okay, tak nak buang masa lagi. Ini dia langkah demi langkah untuk menyediakan Siakap Stim Limau yang mudah tapi sedap!Selamat mencuba.#phopbylinimohd#batch18#PhopByNuraliyahMn#cookpadmalaysia#phopbylinimohdbatch18#goldenapron Nuraliyah Mn -
Siakap stim limau (ikan) Siakap stim limau (ikan)
Ikan siakap ialah jenis ikan air tawar dan laut. Daging ikan siakap yang sangat lembut jika dimasak menjadikan ikan ini sangat digemari dikalangan orang ramai. Sekarang masanya anda mencuba memasak ikan siakap dengan resepi stim limau ala thai ini.resepi sangat mudah anda tidak lagi ke restaurant yg mahal untuk menikmatinya!! Puspasela MK -
Pla Kapong Neung Manao - Siakap Stim Limau Pla Kapong Neung Manao - Siakap Stim Limau
Saya olah sikit resipi online.Pla kapong ni maksudnya ikan siakap, manao maksudnya limau nipis. Teringat masa mengandung sebelum ni, memang inilah lauk yang saya boleh makan. Makanan berminyak, berempah semua jadi pedih ulu hati. Cuma masa tu saya tak letaklah cili. Mau berguling sakit perut hehehe.Cili Thai (2)Daun ketumbar (1)Gula nisan (2)Halia (1)Ikan siakap (3)Limau nipis (1)Serai (1)Sos nampla (2)Sos tiram (1)Tomato (1)15 points#GlobalApron2024 #challenge33 #aTasteofThai Nihadriz Niha -
Siakap Stim Susu Siakap Stim Susu
136/2024 (1681/2K)Eat2HealUntuk challenge kali ni, sebab tak berapa sihat, dengan kepala rasa ting tong je, Uchu tetap masak ikan siakap. Tapi entahlah..masak tu masak, rupanya masak siakap tanpa gabungan bahan kedua dari list. Uchu masak siakap stim susu. Pastu edit kunun nak masukkan ke banner week 9, baru perasan siakap tu takde partner rupanya. Simpan draf. Harini baru ada mood nak tulis resepi.Demam dan badan tak berapa sihat macam ni, takde selera dah nak makan gulai ke apa..stimkan ikan dengan kuah masam-masam macam ni, ada jugak selera nak makan. Alhamdulillah.. Sesimple Loralin -
Asam Pedas Ikan Kembung #maratonraya #ikan #mingguKe3 Asam Pedas Ikan Kembung #maratonraya #ikan #mingguKe3
Menu yang sangat menyelerakan saat berbuka kerana rasa masam2 pedas kuahnya Norida Alias -
Siakap Steam Sos Limau Siakap Steam Sos Limau
Suka anak-anak dengan lauk hari ni. Yang bongsu siap ulang-ulang cakap sedap la ikan tu ummi, ada masam-masam, manis sikit.Sebenarnya jarang sangat saya masak steam2. Hari ni pi market beli ikan siakap, memang target nak masak steam dengan sos lemon. Kebetulan pula dah siap cookmark resepi cookpader @salina_jalaludin.Masa proses penyediaan bahan baru perasan yang saya beli adalah sos limau, bukannya sos lemon 😅.Maka, jadilah resepi hari ni siakap steam sos limau. Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)