Nasi Goreng (Guna Perencah Garlic Bharta)

Bharta ialah satu Indian Dish, mempunyai gabungan sayur (contoh bawang dan terung) dan rempah (yang kuat baunya), dimasak bersama dan ditumbuk.
Ada satu resepi yang saya jumpa namanya Garlic Bharta. Ia adalah gabungan minyak mustard, bawang besar, cili kering, bawang, garam dan daun ketumbar yang digoreng dan ditumbuk. Garlic Bharta ini sedap dimakan dengan nasi panas.
Jadi, saya gunakan dengan bahan-bahan yang ada di dalam dapur. Saya tukarkan minyak mustard dengan minyak masak canola. Saya tak masukkan daun ketumbar.
Saya dah cuba makan dengan nasi sahaja. Memang sedap. Tetapi saya teruskan masak dengan menggunakan perencah tadi untuk menghasilkan Nasi Goreng (Guna Perencah Garlic Bharta).
#CookpadApron2025
#CA2025
#Week10
#NasiSejuk
#Ayam
1. Ayam
9. Nasi sejuk
Cara Memasak
- 1
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan cili padi.
Angkat dan tumbuk sebentar.
Kacau dengan sedikit garam. Siap Garlic Bharta. Saya cuba makan dengan nasi, memang rasanya sedap! - 2
Kemudian, masukkan ayam ke kuali tadi. Kacau sehingga masak dan ketepikan dalam kuali.
Masukkan telur. Kacau sehingga masak.
Kemudian, masukkan nasi dan garam. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. - 3
Tambahkan daun bawang. Kacau rata. Siap.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Carian Teratas bagi
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Bubur Nasi Kepak Ayam Bubur Nasi Kepak Ayam
Saya memang suka cara masak Bubur Nasi Simple, oleh sis Nrsbrina ( @sabrinaismail ) . Saya suka bubur yang tak ada tumis.Jadi saya olah resepi ini dengan meletakkan bahan pantry lain seperti kepak ayam, telur masin dan avocado. Saya juga guna gabungan nasi dan beras serta saya ganti daun sup dengan daun ketumbar.Maka terhasillah Bubur Nasi Kepak Ayam. Alhamdulillah, sedap.#GlobalApron2024#challenge12#tiruvasi#AvocadoKepakAyamTelurAsin1. Avocado (3 point)7. Kepak ayam (1 point)17. Telur asin (2 point) Alia Ali -
Nasi Goreng Cina Nasi Goreng Cina
Nasi Goreng Cina. Simple, tapi sedap.2. daun bawang (1 point)11. minyak bijan (1 point)#GlobalApron2024#challenge27#chinesefood Alia Ali -
Nasi Butter Garlic (Mentega dan Bawang Putih) dan Daging Tetel Masak Dua Cili Nasi Butter Garlic (Mentega dan Bawang Putih) dan Daging Tetel Masak Dua Cili
Nasi Butter Garlic ini sedap, rasanya lemak lemak macam tu. Ada pula Daging Tetel Masak Dua Cili yang pedas. Sedap sangat.Nasi Butter Garlic ini, juga sesuai dimakan dengan sup bebola ayam dan ayam salut tepung.#GlobalApron2024#challenge9#familyfave#DagingMentegaBeras2. Daging (3 point)11. Mentega (1 point)12. Beras (1 point) Alia Ali -
Jemput-Jemput Ikan Bilis, Ayam dan Kentang Jemput-Jemput Ikan Bilis, Ayam dan Kentang
Tempoh hari, saya ada masak Jemput-Jemput Ikan Bilis, Ayam dan Kentang untuk sarapan.Biasanya kalau guna nasi untuk jemput-jemput, ada yang kisar nasi, tapi untuk resepi ini saya tak buat sedemikian.Jadi, tekstur lain sikit, di mana bahan-bahan adunan tak melekat antara satu sama lain sangat berbanding adunan yang dikisar.Jadi, saya pastikan minyak panas, baru ambil adunan guna sudu besar dan letakkannya dengan terdapat jarak antara satu sama lain.Jemput-jemput ini sedap apabila makan dengan sos cili.#GlobalApron2024#challenge17#sukahati1. Ayam (1 point)7. Kentang (1 point)17. Serbuk Cili (1 point)13. Nasi sejuk (1 point) Alia Ali -
Nasi Goreng Perencah Adabi Nasi Goreng Perencah Adabi
Tukang masak kerejanya enteng... Bangun pagi masak nasik goreng... Heyy..Sarapan yang paling mudah disediakan.Guna pulak perencah ready made...Ketung-ketang.. Ketung-ketang.. Siapp.. Norashikin Rahmat -
Jemput-Jemput Guna Nasi Ayam Hainan Jemput-Jemput Guna Nasi Ayam Hainan
Eh eh, dalam senarai #week18, ada tepung dan kulit ayam lah. Kebetulan dah pernah buat resepi guna dua bahan ini.Tempoh hari, pertama kali masak nasi ayam hainan guna kulit ayam. Sedap tau, sebab nasi tu macam nasi di kedai fast food, rasa lemak lemak masin macam tu.Lepas habis makan, ada ekstra nasi ayam hainan, maka simpan lah dalam peti sejuk. Macam biasa, suka buat eksperimen jemput-jemput, terhasil lah resepi JEMPUT-JEMPUT GUNA NASI AYAM HAINAN 😂. Layan je lah, hehehe.Resepi nasi ayam hainan saya olah dari Google. Resepi Jemput-Jemput, saya main agak-agak je 😃.#goldenapron23#kulitayam#tepung Alia Ali -
Ayam Masak Paprik (Guna Sambal Tumis) Ayam Masak Paprik (Guna Sambal Tumis)
Tajuk challenge kali ini, warisan. Jadi, saya nak wariskan resepi Ayam Masak Paprik (Guna Sambal Tumis), sebab anak solehah suka.Tempoh hari, saya ada masak ekstra sambal nasi lemak yang saya simpan dalam peti sejuk. Masa scroll internet, saya nampak ada satu resepi sambal, dia letak buah keras dan belacan. Jadi, saya nak cuba lah masak guna sambal tumis sedia ada.Saya tambah bahan-bahan lain seperti serai, daun limau purut, tomato, belacan, perahan limau kasturi, gula dan garam ke dalam sambal tumis itu. Tiba-tiba, rasa macam Ayam Masak Paprik. Alhamdulillah, sedap 😍.#GlobalApron2024#challenge21#warisan2. asam keping (1 point)3. ayam (1 point)4. buah keras (2 point)8. cili (1 point)12. daun limau purut (1 point)18. limau kasturi (1 point) Alia Ali -
Soto Ayam Sempoi Soto Ayam Sempoi
Yang ini resepi Mak saya, Soto Ayam Sempoi. Banyak langkah disingkatkan sebab nak masak dan makan cepat. Contoh, ayam dipotong bersama tulang, tak perlu nak siat ayam. Jadi macam kita tengah makan sup ayam dengan nasi himpit, gitu.#GlobalApron2024#Challenge7#OpenHouse#AyamTauhuCiliPadiAyamTauhuCili Padi Alia Ali -
👩🍳Nasi Goreng Seafood 👩🍳Nasi Goreng Seafood
▫️Misi Mempelbagaikan gorengan nasi .Nasi goreng seafood menggunakan perencah yang terdiri dari gabungan seafood seperti udang, sotong, dan ketam .Resipi 381/2022 Mahadiah -
Nasi Goreng Ikan Bilis Pedas Letak Jemput-Jemput Jagung Nasi Goreng Ikan Bilis Pedas Letak Jemput-Jemput Jagung
Mula-mula buat jemput-jemput jagung. Ada ekstra jemput-jemput, masukkan dalam nasi goreng.Saya ambil inspirasi dari mee rojak mamak yang letak kuih rojak.Sedap juga bila dapat rasa jemput-jemput jagung dalam nasi goreng. Dapat rasa banyak tekstur dalam satu gigitan.#GlobalApron2024#challenge42#menucuticuti6. ikan bilis (2 point)15. telur (1 point)16. tepung gandum (1 point) Alia Ali -
👩🍳Nasi Goreng Telur Hancur Quick Fix 👩🍳Nasi Goreng Telur Hancur Quick Fix
Nasi sejuk dah ada. Stok telur memang sentiasa ada didapur tak pernah putus. Stok Sayur pula bergantung ikut hari. Kebetulan ada pakchoy, jadi kita guna apa yang ada.Bawang putih pula sudah ada siap dikupas. Ambil dan ketuk je tak perlu hiris kalaulah menghiris itu mengambil masa🤭.Sebenarnya jika guna serbuk perencah nasi goreng, kebanyakan bahan sudah ada didalamnya, seperti bawang, bawang putih, serbuk lada sulah, ikan bilis, garam… pendek kata jika tak tambah apa2 pun sudah cukup rasanya. Tetapi untuk meriahkan lagi nasi goreng, kita tambahlah sedikit bahan yang kita ada.Didapur sy pula, serbuk perencah nasi goreng adabi sentiasa ada stok, hanya pilih nak masak nasi goreng apa..Memang dapat siap in less than 10 minutes… bersilat didapur kerana nak makan cepat🤭#Quickfix#OctoberChallenge2265/3K408/2024 Mahadiah -
Nasi goreng cabai kering Nasi goreng cabai kering
Kalau kisah nasi goreng cabai kering ni pernah viral pada tahun 2019 tak salah Ziana , sedangkan nasi goreng ni selalu jer kita makan ketika masih zaman kanak kanak lagi.Boleh kita katakan nasi goreng yg tak lapuk dek zaman.Nasi goreng cabai kering ada pelbagai versi . Ada yg suka rebus dulu cabai kering dan ditumbuk bersama bawang. Ada juga yang hanya digunting halus.Bagi Ziana lebih sedap direbus dan ditumbuk kasar bersama bawang.Disebabkan nampak @kamarullah hantar resepi viral ni terus rasa nk buat juga resepi ni . Sebenarnya nasi goreng ni mmg kegemaran Ziana pun.#ResepiViral Ziana Chesaad
Komen