Nasi Ayam

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

043/Jun2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2203 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 11 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025

Nasi ayam ni rata-rata menu kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia. Hidangan ringkas, lengkap segala khasiat dalam satu hidangan. Hidangan sebegini, makan hari2 pun tak mengapa. Sebabnya sedap 😋

Cookpad Magic Cart ( Week 11) :
🛒 Cili
🛒 Halia
🛒 Tomato
🛒 Kicap

Nasi Ayam

23 orang bercadang membuatnya

043/Jun2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2203 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 11 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025

Nasi ayam ni rata-rata menu kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia. Hidangan ringkas, lengkap segala khasiat dalam satu hidangan. Hidangan sebegini, makan hari2 pun tak mengapa. Sebabnya sedap 😋

Cookpad Magic Cart ( Week 11) :
🛒 Cili
🛒 Halia
🛒 Tomato
🛒 Kicap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
7-10 orang
  1. Bahagian Nasi Ayam :
  2. 1 ekorayam (dipotong)
  3. 3 pokokdaun bawang
  4. 1 bijibawang holland (dihiris)
  5. 1 incihalia (dihiris)
  6. 2 ketulkiub ayam (1 dalam air rebusan, 1 dalam nasi)
  7. Secukupnyagaram
  8. 2 literair
  9. 4 cawanberas basmati
  10. Bahagian Ayam Bakar : Guna Ayam yang direbus tadi
  11. 5-6 sudu besarsos tiram
  12. 5-6 sudu besarkicap
  13. Bahagian Kuah Kicap :
  14. Secukupnyaair rebusan ayam
  15. Secukupnyalebihan perapan ayam bakar
  16. Bahagian Kuah Cili :
  17. Secukupnyaair rebusan ayam
  18. 3 bijicili besar merah (dikisar)
  19. Secukupnyagaram
  20. Bahan Pelengkap :
  21. 1 pokokdaun salad
  22. 1 bijitimun Jepun (dihiris)
  23. 3 bijitomato (dihiris)
  24. Secukupnyahirisan daun bawang

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Bahagian Nasi Ayam : Ayam, daun bawang, halia, bawang putih, kiub ayam dan garam dimasukkan dalam periuk berisi air. Kacau sebati dan masak sehingga ayam empuk. Setelah masak, asingkan ayam dengan air rebusan.

  2. 2

    Beras basmati dicuci bersih dan direndam 30minit. Kemudian masukkan dalam periuk bersama-sama air rebusan ayam. Tambah juga kiub ayam dan garam untuk rasa yang lebih kuat. Masak seperti memasak nasi biasa.

  3. 3

    Bahagian Ayam Bakar : Ayam yang direbus tadi. Dimasukkan ke dalam bekas bersama-sama sos tiram dan kicap. Gaul sebati. Perap dalam 30minit.

  4. 4

    Bakar sehingga garing. Boleh guna magic pan / air fryer / bara api. Ikut citarasa. Ni hakak guna magic pan sahaja.

  5. 5

    Bahagian Kuah Kicap : Air rebusan ayam dicampurkan dengan lebihan perapan ayam bakar (Jika kurang masin boleh tanpa garam). Kacau sebati masak sehingga mendidih.

  6. 6

    Bahagian Kuah Cili : Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

  7. 7

    Cadangan Hidangan : Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Di sisinya diletakkan ayam bakar, daun salad, timun, tomato, kuah kicap, Kuah cili dan sup (air rebusan ayam). Taburkan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

  8. 8

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya