🍲Kari Daging Dengan Umbut Batang Pisang🍲

👍Kebiasaanya saya akan hidangkan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan.
👍Nasi akan dialas menggunakan daun pisang untuk membangkitkan bau wangi dan suasana desa.
👍Hidangan sampingan seperti kerabu dan ikan masin juga sesuai dimakan bersama.
👍👍 Hidangan ini sangat jarang ditemui dan boleh dijumpai di sebelah utara seperti di negeri kedah. Hidangan selalunya dimasak ketika ada kenduri perkahwinan di kawasan kampung-kampung.
👍👍 Hidangan ini juga dimasak ketika musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri/Hari Raya Korban) terutamanya apabila sanak saudara berkumpul bersama dan menyediakan hidangan ini secara gotong royong
🍲Kari Daging Dengan Umbut Batang Pisang🍲
👍Kebiasaanya saya akan hidangkan dengan nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan.
👍Nasi akan dialas menggunakan daun pisang untuk membangkitkan bau wangi dan suasana desa.
👍Hidangan sampingan seperti kerabu dan ikan masin juga sesuai dimakan bersama.
👍👍 Hidangan ini sangat jarang ditemui dan boleh dijumpai di sebelah utara seperti di negeri kedah. Hidangan selalunya dimasak ketika ada kenduri perkahwinan di kawasan kampung-kampung.
👍👍 Hidangan ini juga dimasak ketika musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri/Hari Raya Korban) terutamanya apabila sanak saudara berkumpul bersama dan menyediakan hidangan ini secara gotong royong
Cara Memasak
- 1
1) Masukkan minyak dalam periuk
2) Tumis rempah empat sekawan, daun kari dan bahan yang telah dikisar halus
3) Dah garing masukkan serbuk kari yang dah dibancuh dengan air
4) Tunggu sehingga pecah minyak
5) Masukkan daging yang telah dipotong dan umbut batang pisang
6) Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih
7) Periksa sama ada daging dan umbut batang pisang sudah lembut atau belum
8) Sesudah lembut semuanya masukkan serbuk perasa, garam dan kerisik
9) Biarkan mendidih seketika, tutup api
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Daging Gulai Kicap Daging Gulai Kicap
#31/521/23#GoldenApron23#Week1#Daging:Dah lama tak masak resipi aruah mak (k.ha panggil mek).Kebetulan ada daging korban masih berbaki dapatlah buat untuk hidangan hari ini.Sesuai dimakan dengan nasi putih maupun nasi berperisa.Daging Gulai Kicap ini biasanya dimasak ketika ada kenduri kahwin di kampung kami ,majlis perjumpaan keluarga dan juga hidangan untuk hari raya. ha.lim39 -
Pulut Merdeka Kari Daging Umbut Pisang Pulut Merdeka Kari Daging Umbut Pisang
Hidangan Pulut bersama Kari sangat sinonim sebagai juadah sarapan.Kali ini saya olah kari daging bersama umbut pisang.Saya pilih umbut pisang hutan.Sepokok pisang telah berjaya ditumbangkan😃Terasa macam makan gulai kenduri pun ada... Jom kita masak #merdeka2020 #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Gulai Batang Pisang Gulai Batang Pisang
#goldenapronPak mertua saya tebang pokok pisang. Dia perisi batang sehingga tinggal umbutnya yg bahagian dalam batang pisang. Ia boleh dijadikan ulam mentah atau dimasak bersama daging. Selalunya orang2 utara dijadikan salah satu hidangan semasa kenduri kahwin.Jom cuba resepi ini. Rasakan keenakannya. Hamidah binti Mokhtar -
Gulai Kawah Batang Pisang Gulai Kawah Batang Pisang
177/2022/RoadtoWorldRecipes/1295Hakak dan suami masak gulai semasa kenduri doa selamat adik hakak pindah rumah baru. Lama dah ni, Januari lalu.. Hahaha 😆. Saje jela masak, buat tambah-tambah lauk katering. Biasalah hakak, memang selalu aje buat-buat rajin lah kan 🤭 Pokok pisang hutan ni ambil kat rumah Mil. Daging pulak ambil kat rumah mak hakak. Kiranya mak sponser ler. Kami hanya memasak sahaja..Alhamdulillah feedback yang diterima amat baik. Macam famili adik ipar hakak orang Terengganu, 1st time katanya makan guai batang pisang ni. Teruja habis. Siap makan bertambah-tambah lagi. Jumpa hakak dan sungguh-sungguh cerita teruja dia tu 🥰Tak kurang juga dengan pihak katering, siap tapau bawak balik. Rasanya lepas ni mau, dorang pun belajar buat gulai ni & jadikan salah satu daripada menu katering dorang gamaknya 😂 Tapi pastikan tanam dulu pokok pisang hutan. Sebab pisang ni yang paling ngam dibuat gulai. Pisang jenis lain, ada jenis yang pahit tau batang dia tu. Jadi ghisau pas masak tak boleh makan pulak 😌.Disebabkan ini untuk kenduri, gambar utama yang ada hanya yang dalam tray hidangan tu jela. Idak sempat hakak nak berfikir untuk tangkap gambar macam biasa-biasa tu. Tapi nak share juga moment tu di Cookpad. Boleh tengok di masa akan datang nanti. Alhamdulillah untuk nikmat ni 🥰❤️ Salina Jalaludin -
Gulai Daging Batang Rias (Umbut Pisang) Gulai Daging Batang Rias (Umbut Pisang)
225/2024 (1778/2K)Global Apron Challenge 21: Warisan#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:Umbut, cili, buah keras, pelaga, asam keping, gula melakaAlhamdulillah..pertama kali masak sendiri gulai daging umbut pisang ni. Setelah lama tak merasa. Sedapnya menu warisan ni.Terima kasih pada sahabat cookpaders yang berkongsi tips espc @salina_jalaludin dan @yatiefy Cara proses, cara buang getah, cara masak..maklumlah pertama kali nak proses dan masak sendiri..Uchu tambah buah keras walaupun menggunakan kerisek memandangkan gulai utara ni tak gunakan santan. Buah keras dapat beri rasa lemak-lemak segar, memekatkan kuah dan beri tekstur gulai lebih baik.. Sesimple Loralin -
Gulai Rias Pisang /Batang Pisang Gulai Rias Pisang /Batang Pisang
#merdekapassport KedahMenu Gulai Rias Pisang Ni menu orang Kedah.Ia terkenal di daerah Baling.Menu ini biasa jumpa ketika kenduri kawin.First makan saya terus jatuh cinta. Dunia Hanya Sementara Fy -
Kari Daging Kari Daging
#goldenapron#saturesepisatupohonKari daging sedap dinikmati tidak mengira sama ada waktu pagi, makan tengah hari mahupun makan malam. Boleh dihidangkan bersama nasi dan juga menu sampingan lain seperti roti jala mahupun roti canai. Harini saya ingin kongsikan kari daging yang mudah dan ringkas di sediakan. Jom cuba🤗NurDiana Rosli
-
Kari Daging Kari Daging
#goldenapron2020Saya peminat daging, tak kisahlah masak apa sekalipun. Kalau ada daging, menu tu la yang akan saya ambil dulu.Kali ni saya nak share resepi kari daging yang selalu saya buat untuk keluarga saya. Inshaallah sedap. HeheheheSaya suka letak kerisik sebab kuah akan menjadi sedikit pekat dan rasa lebih sedap.Kari daging juga lebih sedap bila air dari daging dibiarkan kering ketika proses menumis bersama daging supaya kuah kari kita nanti tidak berbau hamis.Selamat mencuba. Zarns Dir -
Kari Ayam Pekat Kari Ayam Pekat
#unique2u#goldenapron2020Salam dan hi semua. Mesti korang hairan kenapa kari ayam ni unique? Sebenarnya sebagai Sabahan atau keluarga saya, kami jarang makan kari ayam melainkan untuk Hari Raya atau Raya Haji. Pelik kan😅 Kami menganggap hidangan ini istimewa dan patut dimakan bila ada perayaan. Hidangan ini bukan sahaja ada ayam dan kentang tapi ada karot juga. Jadi tidak perlu tambah gula kerana karot sudah manis. Selamat mencuba! Joanneezah Neezm -
Kari Daging Sos Spageti Kari Daging Sos Spageti
Ini bahan rahsia saya kalau saya buat kari. Biasanya saya akan tambah sos spageti bila buat kari ayam atau daging. Kuah kari akan jadi lebih pekat dan rasa masam sos spageti tadi akan menambah selera orang yang makan. Sangat sesuai untuk dimakan dengan roti, roti canai, capati, nasi dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk mencuba. Hehe 😁. #goldenapron2020 Cikgu Faez -
Ayam Peratal Ayam Peratal
Menu ini dimasak sebagai ganti ayam rendang yang dihidang sewaktu Hari Raya pertama saya. Jemu makan rendang, lontong dan lemang yang berasaskan santan.Kali ini cuba menu masakan india yang sesuai dimakan dengan nasi himpit dan lemang di musim raya pkp ini.#goldenapron2020 Mizzanem -
Gulai umbut kelapa bersama udang Gulai umbut kelapa bersama udang
#bazaarramadanWeek3#goldenapron2020Week2Masakan yg hampir dilupakan oleh generasi sekarang. Jika ditanya pasti anak era sekarang rasa janggal dengan menu ini. Suatu ketika dahulu gulai umbut kelapa sgt dikenali dan dihidangkan di majlis majlis perkahwian di kampung kampung.Apakah itu umbut kelapa? Umbut kelapa sebenar adalah dibahagian pucuk daun atau dimana buah kelapa berada , disitu la bahagian umbut kelapa . Bahagian luar kulit perlu di potong dan dibersihkan dulu untuk dapat bahagian dalam umbut yang lembut . Rasa umbut ni berlemak , manis sikit dan ranggup. Tapi bila dah dimasak rasa umbut ni seperti ubi ,memang sedap. Jom tgk cara penyediaannya. Ziana Chesaad
Lebih Banyak Resipi
Komen