Laksam Ikan Kembong #MaratonRaya #Ikan

Selain laksa, laksam juga merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Di olah resepinya dengan ramuan-ramuan yang mudah malah sedap hingga menjilat mangkuk! Dengan limpahan isi ikan yang meriah, santan yang pekat melikat akan menjadikan kuah laksam lebih menyelerakan.
Bagi penggemar laksam, resepi ni khas untuk anda semua. Selamat mencuba!
Laksam Ikan Kembong #MaratonRaya #Ikan
Selain laksa, laksam juga merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Di olah resepinya dengan ramuan-ramuan yang mudah malah sedap hingga menjilat mangkuk! Dengan limpahan isi ikan yang meriah, santan yang pekat melikat akan menjadikan kuah laksam lebih menyelerakan.
Bagi penggemar laksam, resepi ni khas untuk anda semua. Selamat mencuba!
Cara Memasak
- 1
Bancuhkan aduanan tepung sehingga sebati. Kemudian panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada permukaan tudung periuk/tudung tipuware bulat. Tuangkan 2 senduk adunan hingga penuh. Biarkan sehingga menggelembung (tanda dah masak). Angkat, sejukkan dan baru menggulung.
- 2
Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama sedikit garam dan asam keping. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar dan bawang putih dengan air rebusan ikan tadi. Kisarkan dalm bekas asing tulang-tulang ikan bersama air rebusan dan tapis.
- 3
Tuangkan hasil kisaran tadi ke dalam periuk. Kemudian masukkan 1 kotak santan, ladan hitam dan garam secukupnya.
- 4
Di dalam periuk kecil, panaskan minyak dan tumiskan cili kisar bersama belacan. Lalu perasakan dengan gula perang dan garam.
- 5
Bahan-bahan ulaman pula dihidang mentah dan dihiris halus.
- 6
Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Laksam Bersama Kuah Lemak Laksam Bersama Kuah Lemak
Bahan utama dari beras, dalam satu kelompok dengan laksa . Variasi berbeza adalah kuahnya. Tapi laksam ni dimakan dengan kuah lemak. Memang padu di gaul bersam ulaman dan sambal belacan. Ani Delighted -
Laksam Warisan Bujang Laksam Warisan Bujang
Laksa? Lakse? Laksam? Yee.Sayalah penggemar 3 makanan tersebut.Paling menjadi kegemaran saya adalah Laksam.Kalau di kampung saya Kota Tinggi Sedili Besar Johor, Laksam ni kami buat sebagai sarapan pagi.Jadi bila di Ipoh ni susah nk jumpa laksam so terpaksa la kite buat sendiri demi memenuhi kehendak tekak dan selera sendiri 😋 Dapur Bujang Qanda -
Laksam Terengganu (Tanpa Tepung Gandum) Laksam Terengganu (Tanpa Tepung Gandum)
Suami orang Terengganu.Tiap kali balik kampung, mesti dia minta kakaknya buatkan laksa kuah putih atau laksam. Boleh jadi murunglah pendek kata, kalau balik kampung tak pekena laksam 😂Bulan puasa jarang nampak orang jual laksam, biasanya laksa je ada di #bazarramadan. Kalau cari, biasanya orang dah beratur panjang sampai bengkang-bengkok barisan 😂Musim PKP tak boleh rentas negeri kan. Gigihkan diri buat supaya suami tak sedih bila tak dapat balik kampung. Kalau beli, alamatnya bergaduh tak cukup.Disebabkan kebanyakan kuetiau/mi laksam tu dicampur tepung gandum, saya buat sendiri je laksam. Saya suka laksam yang nipis, jadi bolehlah sesuaikan ketebalan mengikut kesukaan. Ulang buat sampai 4 kali. Sorang ambil 4 gulung. Pengsan maknya melaksam 😂#bazarramadan #goldenapron2020 #week3 Nihadriz Niha -
Laksam Kelantan Laksam Kelantan
Kalau bg mkn kt ank kcik suka nii msti dia mkn laksam xnak kuah xnk pape😂da lama mamy buat ni haa...baru save sini.. mamy_kitchen89 -
Laksam kelantan Laksam kelantan
Bismillah. Disebabkan craving yang teramatlah sangat dengan laksam ni, nak cari tak tahu dimana, kita pulun lah buat dia. Makan dengan sambal belacan yang pedas ya Allah nikmat sungguh. Alhamdulillah sedap ikut tekak kita yang agak cerewet ini lagi lagi bila bab makanan dari pantai timur. Andddd melepaskan kekecewaan sebab beli di pasar ramadan dahulu, ya Allah menangis makan Sebab kurang serba serbi. In sha Allah resepi ini mudah untuk diikuti dan dijamin sedap. Tak sedap kami tak share hampaaaaaa 🙈 Aryani Rahman -
Laksam Kedah Laksam Kedah
Day166/366/2020/Jun/14#goldenapron2020 #minggu8 #cookpadmalaysiaLaksam Kedah berbeza sedikit dengan Laksam Kelantan. Laksam Kelantan kuahnya berwarna putih namun Laksam Kedah ni kuahnya agak kekuningan sebab dimasukkan serbuk rempah kari di dalam kuahnya. Namun dari segi kulit laksam dan bahan pelengkap laksam (garnish) lebih kurang sama je 😊.Hakak masak menu ni untuk famili suami yang datang bertandang hari ahad lepas . Masak dan hidangkannya dalam kadar cepat. Jadi gambar masak pun tak berapa nak cukup 🤭🤣. Gambar utama pun sedihh sangat ehhh. Sebab hidang bagi makan, bungkus bawak balik & hantar pada jiran. Jadi yang tinggal baki adalah secoet haa😂😂😂. Nanti ada masa, hakak masak lain dan update semula yer. Untuk hari ni. Mana yang ada jela yer 😅 Salina Jalaludin -
Laksam Laksam
Menu orang Pantai Timur yang sedap, lemak dan lembut..kalau ke gerai makanan pagi, rata-rata ada jual ni dalam bungkusan plastik.Kalau nak jual tayah la berbunga2 camni lak..🤣kalau untuk menu pengantin makan beradab ok kot 🤣 tapi ni cuma standard pengantin lama je..Suami dan anak2 Uchu akan komplen kalau beli laksam terlalu tebal dan keras! Ahli keluarga boleh jadi juri. Jadi mungkin itulah hint dan kunci untuk jualan. Uchu suka buat laksamnya lembut (bukan lembik) dan tak keras.Tips:1. Pengukus mesti betul2 panas sebelum mengukus laksam supaya laksam masak bergelembung.2. Lapisan laksam hendaklah nipis sahaja.2. Santan kuah laksam dimasak tanpa pecah minyak.3. Kuah laksam jangan masam dan jangan terlebih halia. Sesetengah orang tak letak pun halia ni..serai pun tak bubuh. terpulang lah.Jika pertama kali mencuba buat laksam, cuba kukus satu lapisan nipis dahulu. Jika laksam masak bergelembung elok, tak perlu tambah air kepada bancuhan. Jika laksam dikukus tak bergelembung, padat dan nampak kering seperti tepung, boleh tambah air sedikit demi sedikit. Sesimple Loralin -
Laksam berkuah Lodeh Laksam berkuah Lodeh
#semangatmerdeka #fusionantaranegeri#goldenapronLontong, menu sarapan pagi negeri Johor yang sangat popular begitu juga dengan laksam bagi negeri Kelantan. Kita inovasikan sedikit dua menu ini.. Jadilah Laksam berkuah Lodeh. Hafiza Muaddah -
Gulai Ikan Nasi Berlauk #MaratonRaya #Ikan #Minggu3 Gulai Ikan Nasi Berlauk #MaratonRaya #Ikan #Minggu3
Jika anda yang suka gulai. Pasti akan suka dengan rasa gulai yang ada rasa masamnye ikan dan lemaknye santan itu sendiri. Rasa yang sedap lagi menyelerakan. Sesuai dimakan dengan Nasi Putih, sambal lada dan timun batang sebagai ulam. Nak makan dengan ayam goreng kunyit pun boleh.#MaratonRaya #CookpadMalaysia #PeraduanResipi #IKAN Nuharahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen