Sambal Tempoyak Daun Kayu #phopbylinimohd #batch17

#goldenapron
Sambal Tempoyak Daun Kayu adalah merupakan satu masakan klasik dan tradisi orang Negeri Sembilan
Sambal Tempoyak Daun Kayu #phopbylinimohd #batch17
#goldenapron
Sambal Tempoyak Daun Kayu adalah merupakan satu masakan klasik dan tradisi orang Negeri Sembilan
Cara Memasak
- 1
Pucuk ubi diasingkan dari tangkai. Pilih yang lembut daunnya. Rebus dan toskan. Daun kaduk, daun kunyit dan daun pucuk ubi dihiris halus. Ketepikan
- 2
Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali bersama tempoyak dan santan. Kacau rata dan hidupkan api. Biar hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- 3
Masukkan daun-daun yang telah dihiris tadi, petai dan ikan bilis. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Masukkan garam secukupnya dan gula. Masak sehingga petai empuk. Selamat Mencuba
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal tempoyak daun kayu Sambal tempoyak daun kayu
SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYUASAL : NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA#merdekapassport Hani Shaimi -
Sambal Tempoyak Daun Kayu Sambal Tempoyak Daun Kayu
Tiap kali musim durian, arwah mak pasti buat sambal tempoyak daun kayu ni untuk kami. Almaklum la masa ni la mewah dengan durian. Jadi segala jenis masakan pasti berasaskan durian. Kali ni saya nak share resepi sambal tempoyak daun kayu pula. #goldenapron fuzahid -
Tempoyak Daun Kayu Tempoyak Daun Kayu
#goldenapron23week,10Mula belajar masak sampal tempoyak , samasa bertugas di negeri 9. Bahkan di pasar pagi ada jual siap set daun daunan untuk masak sambal iniTapi bagi kami yang bukan asal orang negeri, jadi di kurangkan kepedasannya Ani Delighted -
Sambal Tempoyak Pucuk Kayu Sambal Tempoyak Pucuk Kayu
Assalamualaikum,harini saya nak kongsi sedikit resepi yang saya belajar dari mak mertua. Pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin. Jadi pastikan anda guna tempoyak yang sedang elok sebab itu la terletaknya kesedapan resepi ni. Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi and kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit. Aina Zty -
Tempoyak Daun Kayu Tempoyak Daun Kayu
Pertama kali makan ini, ketika majlis kenduri bertandang perkahwinan saya di Negeri Sembilan.. Terus jatuh cinta dengan resepi ini.. Resepi saya ini hanya ada daun ubi kayu sahaja.. Berbanding resepi asal ada beberapa jenis daun lagi di gandingkan.. Untuk yang belum cuba, boleh cuba resepi mudah ini ya Syuhada -
Tempoyak Daun Kayu Tempoyak Daun Kayu
Asal dari Negeri 9. Menu ini mula saya makan semasa bertugas diN9.Memang menu orang negori. Pelbagai pucuk- pucuk sayuran dimasukan. Tapi kita dibandar mengaharapkan daunan yang dijual di pasar tani @ pasar malam sahaja. Makanan ini cukup berkhasiat.#merdekapassport. 6/16 Ani Delighted -
28:6:25 - MASAK TEMPOYAK DAUN-DAUN KAYU 28:6:25 - MASAK TEMPOYAK DAUN-DAUN KAYU
#CookpadApron2025#Week16#cili#durian#serai#santanbanyak durian tak habis makan, saya ambil isinya masuk bekas. masih durian segar lagi ni sebab terus je masak daun kayu ni. lama sangat nak makan menu ni sebenarnay tapi tak da stok tempoyak. kali ni isi durian belum sempat jadi tempoyak kita layan je masak. Memang sedap kejadiannya kiranya durian baru ni, ada manis-manis lagi durian fresh. Dedaun ni semua ada di keliling rumah, kita petik dan masak je. Alhamdulillah mudah nak dapatkan daun-daun kayu ni keliling rumah. Hani Shaimi -
Tempoyak Pucuk Ubi Petai Tempoyak Pucuk Ubi Petai
#goldenapron2020 #minggu14Terasa nak makan tempoyak pucuk ubi petai. Tak lah sesusah mana nak buat tapi remeh sikit sebab nak kena potong halus. Minta en suami petik pucuk ubi, daun kaduk, daun kunyit dan daun limau purut kat kebun kebetulan ada tanam.Pastu minta beli petai dan guna tempoyak yang beli dengan Wan Salina. Memang ratah jea la lauk nie. Tak ada lauk lain pun tak kisah sebab lauk ini memang teramat sedap😋😋😅 Noor Hassan -
Masak Tempoyak Daun Kayu & Selom Masak Tempoyak Daun Kayu & Selom
1461/2023#MenuRahmahDiRumah UchuSelalunya daun selom yang Uchu kutip dari pasu dijadikan kerabu atau ulam je. Harini try buat masak tempoyak daun selom campur daun kayu menggantikan pucuk ubi. Alhamdulillah..mmg kena rasa dan tekstur daun selom dalam masakan ni.Menu ni rahmah sgt untuk Uchu sebab tak keluar modal pun untuk sayuran. Semua sayuran berdaun tu petik dari pasu tanaman sendiri. Tempoyak pun yang buat sendiri dari hasil durian pokok sendiri..alhamdulillah. Cuma top up dengan bahan2 masakan lain je. Sesimple Loralin -
Gulai Tempoyak Daun Kayu (NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS) Gulai Tempoyak Daun Kayu (NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS)
Gulai Tempoyak Daun Kayu.One of my favourite.Ya Allah, kalau ummi masak lauk ni, memang confirm akan meratah semangkuk dua.Selama ni ingat ni makanan orang Pahang.Rupanya asal dari Negeri Sembilan.Gabungan pucuk ubi, daun kadok, serai, daun kunyit dan pelbagai ulam daun kayu pilihan.Yang kadang-kadang susah nak jumpa dipasar.Kalau duk kampung, seronok.Nak makan je petik je sekeliling rumah.Rindu nak balik kampung 🥲#merdekapassport Kakak Faa -
Masak Tempoyak Daun Kayu Masak Tempoyak Daun Kayu
#goldenapron#Mingguke4#1post1hope Hazila Baharudin -
Tempoyak Pucuk Kayu Tempoyak Pucuk Kayu
232/2021/RoadTo1k/917Hakak sejenis yang tak makan tempoyak 🤭. Makanan olahan durian pun tak berapa makan juga. Tapi sejak beberapa tahun lepas, hakak tengok ada kawan2 kat fesbuk upload gambar tempoyak pucuk kayu ni. Tapi sebab tak makan kan, Jadi memang lah hakak tak cuba masak . Tapi tahun ni teringin tu makin kuat😅. Tu hakak masak juga hari ni. Lagipun ni kat rumah mak, ramai yang boleh makan kan 😝. Pucuk ubi, pucuk kaduk petik keliling rumah je. Petai hakak beli ler. Tempoyak dari dapur mak 😬 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen