Tempoyak Pucuk Ubi Petai

#goldenapron2020 #minggu14
Terasa nak makan tempoyak pucuk ubi petai. Tak lah sesusah mana nak buat tapi remeh sikit sebab nak kena potong halus. Minta en suami petik pucuk ubi, daun kaduk, daun kunyit dan daun limau purut kat kebun kebetulan ada tanam.
Pastu minta beli petai dan guna tempoyak yang beli dengan Wan Salina. Memang ratah jea la lauk nie. Tak ada lauk lain pun tak kisah sebab lauk ini memang teramat sedap😋😋😅
Tempoyak Pucuk Ubi Petai
#goldenapron2020 #minggu14
Terasa nak makan tempoyak pucuk ubi petai. Tak lah sesusah mana nak buat tapi remeh sikit sebab nak kena potong halus. Minta en suami petik pucuk ubi, daun kaduk, daun kunyit dan daun limau purut kat kebun kebetulan ada tanam.
Pastu minta beli petai dan guna tempoyak yang beli dengan Wan Salina. Memang ratah jea la lauk nie. Tak ada lauk lain pun tak kisah sebab lauk ini memang teramat sedap😋😋😅
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
- 2
Hanya ambil daun pucuk ubi kayu. Buang tangkainya. Cuci bersih dan rebus sehingga empuk. Siap rebus tapis airnya dan letak tepi
- 3
Tumbuk cili padi, ikan bilis dan bawang merah
- 4
Tumbuk juga hidup dan letak tepi dahulu
- 5
Cincang serai, potong halus daun limau purut dan daun kunyit
- 6
Potong kasar pucuk ubi yang telah direbus, daun kaduk dan potong 2 petai. Tak perlu buang kulit pun ok
- 7
Masukkan santan pekat dalam periuk, masukkan serai, daun limau purut, daun kunyit, pucuk ubi, daun kaduk, asam keping dan petai.
- 8
Masukkan air, tempoyak, garam dan gula. Masak menggunakan api perlahan dan biar mendidih lama sehingga pekat
- 9
Bila dah nampak sebati dan pekat, boleh la angkat dan hidang. Yang paling tak tahan, lauk nie boleh buat kita nak makan tak berhenti😂
Resipi Sepertinya
-
Tempoyak Pucuk Kayu Tempoyak Pucuk Kayu
232/2021/RoadTo1k/917Hakak sejenis yang tak makan tempoyak 🤭. Makanan olahan durian pun tak berapa makan juga. Tapi sejak beberapa tahun lepas, hakak tengok ada kawan2 kat fesbuk upload gambar tempoyak pucuk kayu ni. Tapi sebab tak makan kan, Jadi memang lah hakak tak cuba masak . Tapi tahun ni teringin tu makin kuat😅. Tu hakak masak juga hari ni. Lagipun ni kat rumah mak, ramai yang boleh makan kan 😝. Pucuk ubi, pucuk kaduk petik keliling rumah je. Petai hakak beli ler. Tempoyak dari dapur mak 😬 Salina Jalaludin -
Sambal Tempoyak Pucuk Kayu Sambal Tempoyak Pucuk Kayu
Assalamualaikum,harini saya nak kongsi sedikit resepi yang saya belajar dari mak mertua. Pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin. Jadi pastikan anda guna tempoyak yang sedang elok sebab itu la terletaknya kesedapan resepi ni. Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi and kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit. Aina Zty -
Sambal Tempoyak Daun Kayu #phopbylinimohd #batch17 Sambal Tempoyak Daun Kayu #phopbylinimohd #batch17
#goldenapronSambal Tempoyak Daun Kayu adalah merupakan satu masakan klasik dan tradisi orang Negeri Sembilan Zurasyima Zahari -
Lemak Pucuk Ubi Tempoyak#Durian Lemak Pucuk Ubi Tempoyak#Durian
Menu yang sedap membuka selera lemak pucuk ubi tempoyak d selitkan petai makan de gan nasi panas perghh memang terangkat bertambah la nasi kemudian ade ikan masin gelama memang sedap. Haliza Jeran -
Masak Lemak Tempoyak Masak Lemak Tempoyak
Sekarang musim durian. Bila ada durian lebihan durian Kak Long akan buatkan tempoyak simpan .#merdekapassport Nana Isya -
Sambal tempoyak daun kayu Sambal tempoyak daun kayu
SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYUASAL : NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA#merdekapassport Hani Shaimi -
28:6:25 - MASAK TEMPOYAK DAUN-DAUN KAYU 28:6:25 - MASAK TEMPOYAK DAUN-DAUN KAYU
#CookpadApron2025#Week16#cili#durian#serai#santanbanyak durian tak habis makan, saya ambil isinya masuk bekas. masih durian segar lagi ni sebab terus je masak daun kayu ni. lama sangat nak makan menu ni sebenarnay tapi tak da stok tempoyak. kali ni isi durian belum sempat jadi tempoyak kita layan je masak. Memang sedap kejadiannya kiranya durian baru ni, ada manis-manis lagi durian fresh. Dedaun ni semua ada di keliling rumah, kita petik dan masak je. Alhamdulillah mudah nak dapatkan daun-daun kayu ni keliling rumah. Hani Shaimi -
Pucuk Ubi Masak Lemak tempoyak petai Pucuk Ubi Masak Lemak tempoyak petai
#goldenapron2020Resepi dari mak mentua ❤️ Mommy Zie -
Masak lemak pucuk ubi tempoyak petai Masak lemak pucuk ubi tempoyak petai
Pucuk ubi juga adalah makanan sinonim sejak zaman berzaman..Antara sayuran yang dijadikan lauk untuk santapan seisi keluarga bersama dengan ikan masin..kalau direbus bersama garam tu sangatlah biasa di waktu susah dahulu.. cicah bersama sambal belacan, ohh nikmatnya saat ituTeringat bila pergi ke rumah nenek.. dalam tempayan pasti tersimpan bekalan tempoyak sepanjang tahun..Begitulah cara orang lama2 berjimat dengan rezeki yang dikurniakan#AugustChallenge#jiwa merdeka 0h Hana !! -
Lemak Tempoyak Udang & Pucuk Ubi Lemak Tempoyak Udang & Pucuk Ubi
Hasil mengail di pasar pagi.. dpt udang & pucuk ubi segar. Ada sikit baki tempoyak dlm freezer. Pertama kali cuba masak lemak tempoyak.. Sbb sebelum kahwin mmg tak makan tempoyak. Tak sangka sedap 😋#CookpadApron2025#Week23Bahan: Cili, Kunyit, Santan Adawiyah Mohd Sharun -
Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak
First time saya masak pucuk ubi...hihii..mesti tak percaya kan..tapi itulah hakikatnya.. Sebelum ni saya tak pernah makan, apatah lagi masak pucuk ubi. Saya mula cuba makan masa balik kampung suami saya di Kedah cuti sekolah baru ni.. Mak mentua ada tanam pokok ubi yg daun panjang2 tu dengan pokok ubi kerinting di halaman rumahnya. Mak mentua & suami suruh saya try makan..eh sedap la pulak..hahaha..mak mentua buat masak lemak..saya siap meratah dengan mencicahnya dengan sambal hijau yg saya buat. Sebelum balik rumah di Klang, mak mentua petik lagi pucuk ubi beri ke saya. Dia sempat ajar cara nak ambik pucuk tu bila nak masak nanti..iaitu ambik 3 tangkai daun dari pucuknya..yg selebihnya tu keras katanya.. Jadi saya buat masak lemak jugak..tapi saya campur dengan tempoyak utk menyedapkannya lagi..sebab tempoyak pun yg mak mentua bagi 🤭 Nor Al Fatihah -
Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis
#cooksnap#wajibcooksnap 👍👍👍Lauk yang bertambah-tambah nasi.. Petai yg suami beli kat Cameron hari tu ada lagi 5 papan & tempoyak yg mak saya beri pun ada lagi.. cuma ikan bilis dah habis stok..baru beli pagi tadi. Terliur sangat tengok Cookpaders buat sambal ni & tak pernah buat, terus saya on la untuk makan tengah hari saya..Simple & cepat di sediakan.. Suami cakap sedap 👍👍👍 bertambah2 kami makan nasi..tak payah lauk lain daa.. Terima kasih kpd Aisyah Humairah yg berkongsi resepi yg mantops ni 😍😘 Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen