Ayam Masak Bawang

#84/940/2026
#940/1000
#CookpadApron2026
Rasa Macam Kedai
:
Dahulu dekat Mydin Hypemart berhampiran rumah ada satu Restoran Mamak dekat situ.Selalulah juga singgah makan-makan lepas siap 'bershopping' barang dapur.Ayam Masak Bawang dekat situ memang sedap,tambah-tambah makan dengan Nasi Beriani Telur,gu pula dengan Bendi Celup Tepung @ dengan Kobis Goreng Kunyit.Sekarang restoran tu dah tak ada,tak pasti pula kenapa padahal pelanggan selalu penuh setiap kali dibuka,pindah tempat kot.
Rindu dan dah kempunan nak makan Ayam Masak Bawang,cubalah masak sendiri pula.Anak dan encik suami kata sedap dah macam makan kat Restoran Mamak tu dahulu.Alhamdulillah.

Cara Memasak
- 1
Potong kecil ayam.lumur dengan serbuk kunyit dan garam himalaya hingga rata.perap dalam 20 minit.ketepikan.
- 2
Bawang besar dihiris nipis.panaskan secukupnya minyak masak,goreng bawang hingga kekuningan / garing.angkat dan toskan.ketepikan.
- 3
Dalam minyak yang sama,goreng ayam yang telah diperap tadi.goreng 1/2 masak sahaja.angkat,tos dan ketepikan.
- 4
Keluarkan sebahagian minyak masak bekas goreng ayam,tinggalkan secukupnya untuk menumis.tumis rempah 4 sekawan bersama daun pandan dan daun kari hingga wangi / naik bau.
- 5
Masukkan bahan kisar (bawang merah,bawang putih dan halia).kacau hingga naik bau.
- 6
Masukkan serbuk rempah kari ayam & daging,serbuk cili,serbuk jintan putih,serbuk jintan manis.
- 7
Masukkan serbuk ketumbar,kacau rata.tumis hingga kering.masukkan sedikit air,tumis lagi hingga kering.ulangi proses 2 - 3 kali hingga pecah minyak.
- 8
Masukkan sos makanan laut,sos tomato dan sos cili,kacau rata.masukkan air tapis.masakkan kiub pati ayam.masak hingga mendidih.
- 9
Masukkan ayam goreng.perasakan dengan secukupnya garam himalaya dan gula perang masak dalam 10 - 15 minit hingga kuah pekat sedikit.seimbangkan rasa.
- 10
Masukkan bawang goreng tadi,kacau rata.masak dalam 5 minit lagi.tutup api,siap.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen