
Challenge ini telah tamat
Cookpad Apron 2026: Rasa Macam Kedai
Pernah ke korang makan kat luar pastu terus rasa nak masak balik kat rumah? Kalau pernah, challenge ni memang sesuai untuk korang! Jom kongsikan resepi yang terinspirasi daripada kedai makan kegemaran korang, entah dari mamak tepi jalan, kopitiam, restoran keluarga, mahupun gerai pasar malam. Buktikan yang masakan rumah pun boleh sedap tau! 🍽️
Tema Minggu Ini: Rasa Macam Kedai
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi yang terinspirasi daripada kedai makan
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 27 April-3 Mei 2026
Cookpad Apron Challenge dah masuk minggu ke-5! Anda masih boleh dapatkan apron hijau eksklusif Cookpad walaupun terlepas Challenge minggu-minggu lepas, sebab anda hanya perlu kumpulkan 32 poin daripada 33 minggu yang akan datang 😉 Baca cara lengkap untuk sertai kat sini ya! Jom ajak kawan-kawan yang belum join supaya boleh dapat apron sama-sama!
Cara untuk dapatkan Cookpad Apron 2026:
✅ Terbitkan sekurang-kurangnya 1 resipi setiap minggu sepanjang tempoh Cookpad Apron Challenge 2026
✅ Resipi ikut tema challenge dan guna hashtag #CookpadApron2026
✅ Kumpul min. 32 poin sepanjang tempoh Cookpad Apron 2026
✅ Anda hanya boleh dapat maksimum 1 poin seminggu, walaupun muat naik lebih daripada 1 resipi
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026 (37 minggu)
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan








































