
Challenge ini telah tamat
Cookpad Apron 2026: Pagi-Pagi Dah Sedap!
Pagi-pagi perut dah berkeroncong, mestilah kena start hari dengan sarapan yang sedap! Jom sertai challenge Pagi-Pagi Dah Sedap! dan kongsikan resipi sarapan pagi kegemaran korang. Entah tu nasi lemak, roti canai, mee goreng, kuih-muih tradisional, atau apa sahaja yang biasa tersaji di meja makan korang setiap pagi, semua diterima! Takde yang susah, resepi simple pun sangat dialu-alukan. Jom tunjukkan yang sarapan pagi buatan sendiri tu lagi sedap dari beli luar! 🍳☀️
Tema Minggu Ini: Pagi-Pagi Dah Sedap!
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi sarapan pagi kegemaran korang
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 11-17 Mei 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada Cookpad Apron Challenge. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan







































