
Cookpad Apron 2026: Dari Pokok Pisang
Tak sangka kan, satu pokok pisang je dah boleh hasilkan macam-macam masakan yang sedap! Jom sertai challenge Dari Pokok Pisang dan tunjukkan kreasi masakan korang guna mana-mana bahagian pokok pisang. Nak guna buah pisang, jantung pisang, umbut pisang, atau balut dengan daun pisang pun boleh. Pokok pisang dah sedia, tunggu apa lagi? 🍌✨
Tema Minggu Ini: Dari Pokok Pisang
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi dari pokok pisang: buah pisang, jantung pisang, umbut pisang, atau balut dengan daun pisang pun boleh.
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 22-28 Jun 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada Cookpad Apron Challenge. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan





































