Paru Goreng Cili

LATIPAH NAWAWI
LATIPAH NAWAWI @KakLat
Kuala Kurau, Perak

#1post1hopev2

Menu yang menjadi kegemaran keluarga.

Paru Goreng Cili

6 orang bercadang membuatnya

#1post1hopev2

Menu yang menjadi kegemaran keluarga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25 minit
5 orang
  1. 500 gramparu lembu
  2. 1 kepingasam gelugor
  3. 1labu bawang besar dihiris
  4. 1/2 sudu tehserbuk kunyit
  5. Garam secukup rasa
  6. 1/2 sudu tehgula
  7. 1/2 cawanminyak
  8. Bahan Rebusan Paru
  9. 2 kepingasam gelugor
  10. 1 sudu tehgaram
  11. Air secukupnya
  12. Bahan A - Ditumbuk
  13. 10-15tangkai cili api
  14. 5tangkai cili merah
  15. 1/2inci halia
  16. 1labu bawang besar
  17. 3 ulasbawang putih

Cara Memasak

25 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Bersihkan paru dan rebus dengan asam gelugor dan garam selama 10 minit. Selepas itu, hiris nipis.

  3. 3

    Lumurkan paru dengan garam dan kunyit.

  4. 4

    Panaskan minyak dan goreng paru. Goreng hingga tiada lagi buih. Angkat.

  5. 5

    Tumbuk bahan A. Tidak perlu terlalu lumat.

  6. 6

    Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk. Goreng hingga separuh garing.

  7. 7

    Masukkan bawang besar yang dihiris, 1 keping asam gelugor dan paru yang telah digoreng tadi.

  8. 8

    Masak hingga garing. Perisakan garam dan gula. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
LATIPAH NAWAWI
pada
Kuala Kurau, Perak
Ibu anak 3 yang minat memasak sejak usia 10 tahun.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya