Paprik Ayam #phopbylinimohd #batch18

Zaman universiti dulu, saya sepenuhnya makan makanan yang dibeli sebab tinggal di asrama & dilarang memasak. Paprik Ayam adalah salah satu menu yang kerap saya order.
Bila dah kahwin, saya pun mula merajinkan diri ke dapur, mencuba resepi baru. Selalu sangat buat ayam goreng, saya cuba mencari resepi Paprik Ayam pula.
Memang tak susah nak buat lauk Paprik Ayam. Bahan-bahan pula kebanyakan yang memang dah sedia ada di dapur.
Jom, saya beritahu resepinya. إن شاء الله menjadi punya, terasa macam makan di kedai hari-hari. 🤭🤭🤭
#phopbylinimohd #batch18
#PhopByNuraliyahMn #cookpad #phopbylinimohdbatch18
#goldenapron

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Boleh rujuk gambar untuk panduan bagi yang baru nak berkenalan dengan barangan dapur.
- 2
Potongkan ayam kecil-kecil, lebih kurang saiz satu ruas ibu jari. Bilas bersih dan toskan.
- 3
Tumbukkan bahan bertanda *. Sayur-sayuran dipotong kecil-kecil. Sebaiknya, jangan dicampurkan sayur yang sudah dipotong, kerana sayur akan dimasuk satu-persatu.
- 4
Mulakan memasak. Masukkan kira-kira 10-15 sudu minyak masak ke dalam periuk. Apabila minyak panas, masukkan ayam. Gaulkan seketika dan masukkan bahan * yang ditumbuk tadi. Gaulkan, dan biarkan ayam menjadi separa masak.
- 5
Masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Gaul rata bahan dengan ayam dan kemudian masukkan air sehingga cukup menenggelamkan ayam.
- 6
Masukkan lobak merah dahulu dan biarkan selama 30 saat. Kemudian masukkan kacang buncis, bunga kobis dan jagung kecil. Gaulkan rata.
- 7
Tutup periuk sehingga kacang buncis kelihatan sudah berubah warna.
- 8
Masukkan bawang besar dan daun limau. Gaulkan dan biarkan mendidih sebentar. Perasakan dengan garam jika perlu. Siap untuk dihidang!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen