Nasi Goreng Nenas bersama Daging Salai#phopbylinimohd#batch18

#cookpadmalaysia
#goldenapron
#minggu10
Ada nenas. Kami sekeluarga memang suka makan nenas. Lagi-lagi yang rasanya manis dan tidak lidas.
Ada juga daging salai. Beli, kirim dengan sahabat dari Negeri Sembilan. Dari semalam, terfikir nak jadikan bahan gabungan istimewa dalam nasi goreng.
Jadinya, pagi ni teruslah bersilat di dapur, melaksanakan tuntutan hati ni.
Sedapnya makan pedas-pedas.
Boleh bayangkan gabungan rasa masam, lemak, manis dan pedasnya?
Kunyah-kunyah, telan aja😋
Jom sama-sama lihat resepi ini😉

Cara Memasak
- 1
Penyediaan bahan adalah seperti dibawah:
- 2
Sebiji bawang besar dihiris nipis.
Lain-lain bahan B ditumbuk/kisar kasar.
Saya menggunakan pengisar sahaja. - 3
Nenas- dipotong kiub sederhana besar
Daging salai- dihiris nipis/ikut kesukaan
Lobak merah- dipotong dadu. - 4
Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Tumis bawang besar yang dihiris hingga layu dan wangi.
Masukkan bahan-bahan kisar, tumis lagi sehingga garing. - 5
Masukkan lobak merah dan pecahkan telur. Biarkan telur agak-agak sedikit keras dan gaul.
Masukkan dan adukkan bersama garam dan serbuk perasa. - 6
Masukkan pula daging salai dan gaulkan.
Setelah itu masukkan nenas dan nasi.
Kacau rata sehingga bersatu semuanya. - 7
Matikan api dan sedia untuk dihidangkan🙂
Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchen. Selamat mencuba dan sila menjamu selera.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen