Kerabu Kerang

#goldenapron
#mingguke22
#saturesipisatupohon
Pagi-pagi mama dah kejutkan dari tidur.Temankan dia ke pasar katanya.Dah sah-sah saya akan mengheret segala barang yang dibelinya. Saya cukup kenal mama, kalau dia kata “nak tengok-tengok je” pun saya tidak percayakannya. Dia memang suka membeli belah. Bila tahu anak-anaknya pulang ke rumah, pasti dia nak masak sedap-sedap.
Saya beli kerang, memang niat nak buat kerabu untuk mama. Bila sampai kerumah setelah mengheret barang di pasar,saya sediakan bahan-bahan untuk membuat kerabu. Mama jeling je sebab dia takut sangat saya guna dapurnya. Seolah dia takut saya nak tumpahkan garam dia atau nak buat kacau bilau.cehhhh..Tapi sikap dia yang risau orang lain masuk ke dapurnya tu sama seperti saya. 😅
Saya hanya buat kerabu kerang hari ni. Hidangan yang lain semua disiapkan oleh mama. Saya cuma order saja menu untuk hari ni dan membantu membersihkan dapur serta menyusun lauk pauk.
Cuaca hari ni agak panas, sesuai sangat menu kerabu kerang dimakan bersama tomyam dan sayur pucuk paku goreng belacan.Oh tak lupa ada jus Apple.
Ya Allah sedapnya rezeki yang kau berikan.
Syukur alhamdullillah perut saya kenyang sampai susah nak bangun.

Cara Memasak
- 1
Kerang dibasuh,direbus,dikupas kulit. Dalam satu mangkuk, lecek hancur bawang putih, cili padi bersama sos ikan dan gula merah.
- 2
Masukkan bawang merah, serai, tomato dan daun ketumbar. Masukkan juga kerang kemudian gaul rata dan perahkan jus limau nipis. Perasakan secukupnya. Sedia dihidang!!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kerabu Kerang Kerabu Kerang
Sesi meratah kerang bertemankan ais kosong.. Sampai meleleh air hidung pedasnya 🤤 Maisarah Mamat -
Kerabu Kerang Kerabu Kerang
#perakpenang #1september #CookpadMY#CookpadPotluck #DutaCookpad #5sesi3negeri1memori #CookpadMalaysiaMenu kerang rebus tu biasa, kita cuba buat Kerabu Kerang pulak. Baru terasa kelazatan masam, manis, pedas dan sedapnya kerang bersama-sama bahan kerabu ☺️ Salina Jalaludin -
Kerang rebus ala thai Kerang rebus ala thai
Susah nak dapat kerang segar di Ranau. Jadi hari ni bila da dpt kerang ni terus rasa nk buat resipi yg mudah tapi sedap @RASA _KITCHEN -
Kerabu Kerang Ala Thai Kerabu Kerang Ala Thai
#goldenapron #minggu23 #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat Cookpadders CN. 🙋♀️🥰Nampaknya CN sudah berada di hari akhir bagi peraduan #GoldenApron ini. Alhamdulillah. Sepanjang 23 minggu CN konsisten menyediakan menu untuk rujukan sahabat semua. Diharapkan ia memberi manfaat ya. ♥️Untuk menu terakhir ini, CN kongsikan resipi Kerabu Kerang Ala Thai yang sememangnya viral sejak setahun lepas. CN seorang penggemar kerang. Dan apabila dibuat kerabu, bertambah-tambahlah CN suka dan jatuh cinta 😂Resipi Kerabu ini CN ambil dari Google saja. CN olah mengikut citarasa sendiri. CN gunakan gula perang sebab dirumah memang sudah terdidik menggantikan gula kastor dengan gula perang untuk menjaga kesihatan. Maklumlah CN ni comel orangnya 😆😍Sejujurnya bagi CN, Kerabu Kerang Ala Thai ini memang sedap dan menyelerakan. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Ramuannya pun mudah dibuat. Jadi CN harap kawan-kawan dapat mencubanya nanti ya. Terima kasih kawan-kawan kerana menyokong CN selama 23 minggu di Golden Apron ini. Semoga kita dapat bertemu lagi di cabaran Golden Apron 2020 yang akan datang. Insya Allah Aamin.🤲Terima kasih dari hati ♥️#CNdidapur #sejakMei2019 #7bulan Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Kerabu Maggi /YUM MAMA Kerabu Maggi /YUM MAMA
Pertama kali saya makan kerabu Maggi/YUM MAMA (dalam bahasa Thailand) di rantau panjang sempadan Thailand, di sebuah pasar malam. Saya tengok betul-betul orang yang berniaga tuh buat kerabu Maggi, dan saya practice Kat rumah dengan cara saya. Finally sampai berjaya membuat kerabu Maggi dengan Rasa yang sebiji sama Dengan orang jual😁😁😁. Dan akhirnya saya pun sering buat kerabu Maggi kat rumah. Karena Stock Seafood dah kandas 🤣🤣🤣 akhirnya saya buat kerabu Maggi yang Simple je...🤣🤣 biasa kalau ada sotong, udang, dan cendawan telinga,lagi MELETOP....😁. Okey guy's let's get Cooking....😘😘😘 Jeehan Kitchen -
-
Kerang Masak Kicap Pedas Kerang Masak Kicap Pedas
Resepi ni mama saya selalu masak kalau nak makan kerang. Rasanya cukup semua! Pedas, manis, masin😊 Sangat simple dan bahan pun mudah je nak cari dkt mana-mana pasar Nadhirah Roslan -
Kerang rebus & pencicah Kerang rebus & pencicah
Jalan- jalan di tamu ternampak org jual kerang. Terus teringat nak buat kerang rebus ni. Jarang orang Ranau buat resipi macam ni sbb tu klu teringin kena rajin buat sendiri di rumah😂 @RASA _KITCHEN -
Kerabu Kaki Ayam Kerabu Kaki Ayam
#goldenapron2020Sejak duduk kedah ni, banyak menu kerabu yang sedap-sedap untuk dicuba n rasa. Yang paling sedap menu ini, kerabu kaki ayam. Lini Gandai May -
Kerang Masak Kicap Kerang Masak Kicap
Sebelum nie reti makan kerang rebus, kerang sambal dan kerabu kerang. Apa kata kita cuba masak kerang masak kicap. Sedap weiii. Tak percaya, cuba la masak dulu. Memang terangkat! #goldenapron #1post1hope Noor Hassan -
Kerang Lemon Asam Limau Kerang Lemon Asam Limau
Teringgin sgt nk makan kerang, bila jumpa kerang gemuk & harga pun berpatutan so kita cuba 1 KG kerang. Jadi maka terhasillah menu ini. Bila scrol FB, terjumpalah pensyarah masak kerang, ashhhh saya pun cam teringgin plak nak mkn kerang, kebetulan jumpa kerang gemuk, jadi terhasillah hidangan ini dengan sos lemon YAKIN.🤭🤩 #resepiusna2021 Kitchen Usna cute & cantik😅辛胡思娜 -
Kerabu Mangga Thai Ikan Patin Crispy Kerabu Mangga Thai Ikan Patin Crispy
#bazaarramadan #minggu3#goldenapron2020 #minggu2Bila bulan puasa kerabu adalah salah satu menu untuk naikkan selera makan. Jadi bila teringat makan kerabu mangga dekat hatyai, maka saya usahakan la juga buat kerabu tersebut tetapi saya tukar menggunakan ikan patin bukannya ikan keli. Rasanya pun lebih sedap lagi kerana isi dia yang banyak dan lebih crunchy. Boleh la rakan-rakan lain mencubanya ☺️. Aziela Amin
Lebih Banyak Resipi
Komen