Putu Halba

Sudah dua kali menikmati Putu Halba (Putu Ubi Kayu)kuih tradisi Kelantan.Kuih legend yang biasanya muncul di musim hujan.
Tidak puashati dengan putu yang kering kerana 'nipis sangat' sehingga bila dilihat bungkusannya (rm 2 untuk 4 biji), sama macam kertas dibungkus kosong tanpa isi,kita buat sendiri dengan cara paling mudah,cara kita.Janji sedap dan puas hati..Tak perlu gunakan kain untuk membungkus kuih dan tudung teko untuk membentuknya bagai,kita gunakan cawan kertas sahaja.
C.abe ke pasar membeli ubi kayu kuning segar,balik ke rumah anak dara tolong kopekkan kulit,cuci bersih dan memarutnya.Senang kerja kita!,sekejap je kuih selesai dibuat,puashati sebab dapat membuat dan sama-sama menikmatinya bersama suami dan anak.Perut kenyang hati pun senang,alhamdulillah....
#saturesepisatupohon
#goldenapron
Putu Halba
Sudah dua kali menikmati Putu Halba (Putu Ubi Kayu)kuih tradisi Kelantan.Kuih legend yang biasanya muncul di musim hujan.
Tidak puashati dengan putu yang kering kerana 'nipis sangat' sehingga bila dilihat bungkusannya (rm 2 untuk 4 biji), sama macam kertas dibungkus kosong tanpa isi,kita buat sendiri dengan cara paling mudah,cara kita.Janji sedap dan puas hati..Tak perlu gunakan kain untuk membungkus kuih dan tudung teko untuk membentuknya bagai,kita gunakan cawan kertas sahaja.
C.abe ke pasar membeli ubi kayu kuning segar,balik ke rumah anak dara tolong kopekkan kulit,cuci bersih dan memarutnya.Senang kerja kita!,sekejap je kuih selesai dibuat,puashati sebab dapat membuat dan sama-sama menikmatinya bersama suami dan anak.Perut kenyang hati pun senang,alhamdulillah....
#saturesepisatupohon
#goldenapron
Cara Memasak
- 1
Kopek kulit ubi kayu,cuci bersih.Parut halus.Masukkan ke dalam kain nipis(kain maslin),perah keluar airnya.Jangan terlalu kering perahannya untuk mengelakkan putu halba menjadi liat.Ketepikan.
- 2
Racik nipis nise @ gula melaka.Ketepikan.
- 3
Panaskan air di dalam pengukus.
- 4
Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak,masukkan ubi yang diperah tadi ke dalam mangkuk besar.Campurkan biji halba dan garam halus,gaul hingga rata.Ketepikan.
- 5
Sediakan cawan kertas.Ambik satu,isikan dengan 2 camca besar adunan ubi,ratakan dan tekan sedikit.
- 6
Masukkan 1 camca teh nise @ gula melaka.Lapis dengan 2 camca besar lagi adunan ubi.Rata dan tekan sedikit hingga rata.
- 7
Bila air di dalam pengukus menggelegak,masukkan kuih putu halba tadi.Lapis kain di bahagian bawah penutup pengukus supaya wap air tidak menitis di atas kuih.Kukus dalam 10 hingga 15 minit.Tutup api,angkat.Siap.
- 8
Hidangkan bersama kelapa parut putih.Sedap dimakan ketika masih panas bersama air teh atau kopi panas.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Putu Halba Putu Halba
Ada jiran bagi ubi kayu,mencari-cari menu berasaskan ubi kayu..Akhirnya..kita cuba kuih putu halba yang asalnya dari negeri Kelantan.Ringkas cara pembuatannya..rasa pun sedap..☺️ Muniroh Annuar -
Poli Ubi Kayu Kelantan Poli Ubi Kayu Kelantan
Masak Apa Untuk POTLUCK?.:Satu lagi Kuih tradisi Kelantan yang diperbuat dari olahan ubi kayu kuning.Resepi simple tapi sedap kegemaran kami sekeluarga. ha.lim39 -
Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Dan Gula Perang Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa Dan Gula Perang
#sarapan#goldenapronDari zaman sebelum Malaysia Merdeka lagi ubi kayu rebus amat terkenal sebagai menu sarapan harian atau ruji...Ubi kayu rebus sangat sedap dicicah bersama kelapa parut serta gula perang...menu ini amat sinonim dengan masyarakat kampung terutama para petani...kerana ubi kayu rebus boleh memberikan tenaga serta menahan diri dari lapar sewaktu sedang melakukan kerja2 berat seperti bersawah dan lain2...bagi masyarakat bandar zaman sekarang ubi kayu rebus menjadi satu menu yang legend atau rare...dibandar harga ubi kayu sangat mahal kerana dah bermacam2 jenis kuih muih serta chip pelbagai perisa di jual sebagai snek ringan...jommm saya share resipi ringkas cara saya makan dan masak ubi kayu rebus...Sory terpanjang pulak cerita saya kali ini...😘😍🤩 Aza Aaj -
Putu bambu durian Putu bambu durian
🇲🇾 Edisi Merdeka | Kuih Kita, Cara Kita 🇲🇾Putu Bambu Durian warisan lama diberi nafas baru!Gabungan klasik tepung beras dan inti gula melaka, kini dipadu dengan aroma perisa durian yang harum semerbak.Satu gigitan, rasa nostalgia & inovasi bersatu! Faizah Yahya(Mrs Peija) -
Lepat Ubi Kayu Lepat Ubi Kayu
#cookpadworlddessertSaya memang penggemar kuih tradisional. Lagi-lagi kuih lama. Nak pula kuih yang terhasil dari ubi kayu. Saya ni adalah ubi kayu lover !!!Selalunya, kalau ada kenduri atau majlis keramaian orang Melayu, pasti ada kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut. Lepat Ubi kayu adalah salah satu pencuci mulut yang popular dikalangan kaum Melayu. Tapi jangan salah sangka ya!! Orang Cina ataupun kaum Baba Nyonya pun expert bab-bab kuih seperti ini. Nampak tak kuih muih ini sangat terkenal Malaysia? Ala-ala kuih majmuk gitu.Kalau di Subang Jaya, nak mencari jualan kuih tradisional seperti ini memang susah. Kalau ada pun nasib-nasib la. Selalu terjumpa yang keras berdengkang. Ibarat selipar getah yang boleh dilipat-lipat. Kalau duduk di kampung, kuih ini memang senang nak cari. Biasanya orang kampung memang handal buat kuih muih yang tak telan dek zaman.Nak puaskan hati dan tekak saya yang cerewet ni, biar saya buat sendiri saja lah. Tak perlu nak renyah-renyah. Saya buat dengan cara saya sendiri tapi hasilnya... Wow !!! Lembut dan kenyal.Asalkan ada kemahuan dan usaha, pasti menjadi.Selamat mencuba Gyna Elenna -
Putu Mayam Ubi Kayu #chefzam Putu Mayam Ubi Kayu #chefzam
Resepi warisan ibunda,mengamit kenangan kesusahan hidup di zaman pemerintahan Jepun (sebelum merdeka) dan awal kemerdekaan.Berbagai jenis masakan dapat disediakan dari olahan ubi kayu,antaranya Putu Mayam Ulbi yang diperbuat dari parutan ubi kayu putih kukus (saya gantikan dengan ubi kayu kuning) dan dihidangkan bersama kuah santan gula merah yang dimasak bersama daun pandan.Rasanya sungguh sedap,sesuai dihidangkan sewaktu 'Minum Petang' atau ketika meraikan tetamu. #goldenapron ha.lim39 -
Putu Buluh "Tanpa Buluh"😉 Putu Buluh "Tanpa Buluh"😉
Craving nak makan putu buluh...Nak oder online tak ada pula yang jual.Makanya terpaksalah ummi buat sendiri.Dirumah tidak ada buluh acuan putu ini.Ummi pernah ternampak dalam tiktok ada yang buat putu buluh menggunakan gulungan kelonsong daun pisang.Kebetulan ada daun pisang dirumah.Ummi pun teruskan proses membuat putu buluh tanpa buluh.Sangat sedap dan puashati buat sendiri.Lepasni bila2 je nak makan boleh buat sendiri.Suka pula snak manja ummi "Rizqi" makan putu buluh ini.Terinspirasi putu buluh menggunakan daun pisang sumber idea dari youtube & tiktok. Q'leenalee's Kitchen -
Poli Ubi Kayu Kuning Poli Ubi Kayu Kuning
memandangkan dah musim hujan, maka ramai la kedai2 berderet dah start jual ubi kayu, ubi badak dan ubi2 lain. so terdetiklah nak buat poli ubi kayu yg mak sy pernah buat masa kecik dulu.cara buat sangatlah simple dan sedap. elly -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
#phopxcookpad2020 #task4 #goldenapron2020 Sebenarnya Aznie tak ada idea untuk task4 kali ni. Pagi tadi pergi pasar pagi dengan hubby. Seperti biasa setiap hari sabtu @ ahad memang kami pergi pasar untuk beli lauk stok untuk seminggu. Seronok jalan pasar pagi di Batu Gajah sekarang sebab pasar dan terbahagi kepada 2 tempat. Berwajah baru pulak, banyak sayur-sayur kampung dijual disana. Sambil berjalan dengan hubby terpandang seorang nenek tua duduk ditepi sudut. dibentangnya kain. Disusunnya sayur- sayur kampung. Disitu Aznie lihat ada sedikit ubi kayu. Cakap kat hubby nak beli ubi tu, ada sikit je lagi. Hubby senyum je. Lepas beli hubby tanya berapa ubi tu. Cakap murah je tapi bagi nenek tu rm 10. Rezeki dia. Hubby tak cakap apa diam je. Sebenarnya bila tengok nenek tua tadi Aznie teringat akan arwah onyang Aznie dulu. Masa kecil dulu selalu buatkan ubi kayu rebus makan dengan kelapa bersalut garam juga gula. ya allah rindunya moment tu.. Jadi hari ni Aznie buatkan ubi kayu rebus je untuk task. Sukanya bila lama tak makan sekali makan memang banyak Aznie makan. makan bersama hubby. sebab anak-anak tak gemar. Citarasa generasi muda sekarang memang tak sama macam dulu kan. Aznie Khasri -
Bingka Ubi Kayu (Versi Food Processor) Bingka Ubi Kayu (Versi Food Processor)
#TakLebih6BahanMusim tengkujuh dah tiba..sesuai sangatlah menu ubi kayu untuk kudapan. Selain rebus cicah gula merah dan kelapa, buat kuih bakar. Uchu mencuba resepi tanpa telur @DapurKakMuni tapi semuanya masuk food processor sahaja kemudian bakar. Alhamdulillah sedap. Sesimple Loralin -
Putu mayam Putu mayam
Putu mayam atau Putu mayong?Tak kisah lah .. janji sedap.Makanan tradisi yang masih relevan dan bertahan sehingga sekarang. Kuih ini masih menjadi juadah sampingan kegemaran rakyat Malaysia.Namun begitu cara penyediaannya agak rumit.Jika teringin sangat usah bimbang, ziana akan share bagaimana penyediaan putu mayam hanya menggunakan bihun.Rasanya sama sahaja seperti putu Mayam di jualan.#CookEveryPart3 Ziana Chesaad -
Talam Ubi Kayu Talam Ubi Kayu
Talam ubi kayu merupakan kuih tradional bagi org terengganu & sebelah pantai timur spt kelantan. Ia juga dikenali sebagai 'boko' iaitu talam @ loyang yg digunakan utk memasak kuih itu. Kalau di tempat luar, ia lebih dikenali sebagai talam ubi kayu. Cuma tekstur talam lebih firm/teguh & boleh dipotong, boko pula lebih lembik berbanding talam & di makan menggunakan sudu. Ubi dah hampir 2 minggu saya beli, akhirnya terbuat juga talam ubi kayu ni setelah sekian lama x buat. Saya kongsi kuih ini bersama jiran2..alhamdulillah jiran2 puji sedap sgt..gembira sgt rasa..😍😍 Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)