Kerabu beko,kulit ubi dan bayam brazil

Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
Kota Bharu, Kelantan.

#leftover #goldenapron
Kalini hakak guna 3 lebihan makanan iaitu ikan goreng,kulit ubi kayu, dan sambal belacan.

Lebihan ikan goreng tengahari, kalau dah tak lalu nak makan, boleh la buat kerabu. Sama juga ubi kayu yang hakak rebus pagi tadi. Kulit ubi hakak tak buang. Rebus sekali dengan ubi. Simpan kulit yang dah rebus tu masuk peti ais dulu. Teringat salah seorang cookpader pernah buat kerabu kulit ubi juga. Tak elok la kan kita membazir buang kulit ubi tu 🤭🤪. Petang boleh buat kerabu untuk makan malam. Sambal belacan pulak selalunya akan ada banyak lebih. Tak berbaloi kan nak buat sikit. Lebihan sambal,masuk jar dan simpan masuk peti. Boleh guna untuk masakan lain juga.

Kelainan hakak kalini tak guna santan. Santan dah habis. Survival mode on. Pakai apa yang ada. Susu pun boleh ganti santan 🤭.

Kerabu beko,kulit ubi dan bayam brazil

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kepingbuah beko
  2. 1 batangubi kayu diambil kulit putih lapisan kedua sahaja
  3. 1genggam bayam brazil
  4. 3ekor ikan selayang goreng
  5. 3biji bawang merah
  6. 3/4 cawankelapa parut (boleh ganti kerisik sudah siap proses)
  7. Secubit garam
  8. Secubit gula
  9. Secubit lada hitam
  10. 1/2 cawansusu full cream
  11. 1biji limau nipis
  12. 4biji cili padi atau 3 sudu sambal biasa atau sambal belacan

Cara Memasak

  1. 1

    Buah beko dibakar terlebih dahulu. Potong dua jika terlalu panjang. Kulit ubi hendaklah direbus terlebih dahulu. (saya dah rebus pagi tadi bersama ubi)

  2. 2

    Ambil bahagian isi ikan sahaja/ buang tulang dan kepala. boleh juga guna lebihan ikan goreng atau ikan rebus lain.

  3. 3

    Goreng kelapa hingga sedikit kekuningan dan tumbuk hingga halus.

  4. 4

    Masukkan bawang dan isi ikan. Tumbuk sehingga lumat

  5. 5

    Buah beko dikikis buang bahagian hitam/hangus. Bahgian tepi kiri kanan buah beko juga dipotong (buang). Hiris halus dan rendam seketika dalam air garam supaya tidak terlalu pahit.kemudian tos. (Sekiranya tidak suka pahit,boleh perah sedikit dengan genggam hilangkan jus)

  6. 6

    Potong halus kulit ubi yang telah siap direbus

  7. 7

    Potong daun bayam brazil atau ambil bahagian daun sahaja.

  8. 8

    Campurkan buah beko,kulit ubi kayu,bayam brazil ke dalam mangkuk yang lebih besar. Masukkan bahan yang sudah ditumbuk lumat tadi. Masukkan garam dan secubit serbuk lada hitam

  9. 9

    Masukkan susu dan secubit gula

  10. 10

    Akhir sekali,perah limau nipis dan masukkan sambal belacan.

  11. 11

    Kacau sebati dan siap. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
pada
Kota Bharu, Kelantan.

Komen

Resipi Sepertinya