Laksa Johor Ayam Brand

Day9/366/2020/January
Menu ni dimasak untuk contest Ayam Brand.
Mudahnya memasak Laksa Johor menggunakan Ikan Sardin & Santan Super Light keluaran Ayam Brand. Menjadikan kerja-kerja memasak Laksa Johor saya mudah dan cepat. Ikan Sardin hanya perlu dicuci sos tomatonya, dikisar dan dicampur bahan-bahan kisar untuk dijadikan kuah. Tekstur rasa ikan sebenar masih terserlah. Manakala penggunaan Santan Super Light pun selain memudahkan kerja, ia turut memberi rasa sedap dan segar aroma kelapa walaupun lemak santan kelapa di dalamnya dikurangkan.
Kedua-dua produk ini menjadikan hidangan untuk Family Gathering saya lebih mudah dan cepat dimasak tanpa merasa sedikit pun kekurangan dari segi rasa dan aroma sebenar Laksa Johor.
Laksa Johor Ayam Brand
Day9/366/2020/January
Menu ni dimasak untuk contest Ayam Brand.
Mudahnya memasak Laksa Johor menggunakan Ikan Sardin & Santan Super Light keluaran Ayam Brand. Menjadikan kerja-kerja memasak Laksa Johor saya mudah dan cepat. Ikan Sardin hanya perlu dicuci sos tomatonya, dikisar dan dicampur bahan-bahan kisar untuk dijadikan kuah. Tekstur rasa ikan sebenar masih terserlah. Manakala penggunaan Santan Super Light pun selain memudahkan kerja, ia turut memberi rasa sedap dan segar aroma kelapa walaupun lemak santan kelapa di dalamnya dikurangkan.
Kedua-dua produk ini menjadikan hidangan untuk Family Gathering saya lebih mudah dan cepat dimasak tanpa merasa sedikit pun kekurangan dari segi rasa dan aroma sebenar Laksa Johor.
Cara Memasak
- 1
Ikan Sardin dicuci sos tomatonya dan dikisar halus.
- 2
Kisar halus serai, halia, lengkuas, bawang merah, cili kering, dan udang kering.
- 3
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi. Masukkan serbuk kari ikan. Kacau sebati. Masak sehingga pecah minyak.
- 4
Masukkan ikan sardin dan air. Masak sehingga mendidih.
Masukkan Santan Super Light, kerisik, garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan kuah seketika. - 5
Masukkan spegethi ke dalam mangkuk. Tuang kuah di permukaannya. Taburkan dengan hirisan timun, kacang panjang, limau kasturi dan taugeh serta daun selasih. Jika suka pedas, boleh letak hirisan cili padi.
Resipi Sepertinya
-
Laksa “Sardin Tin” Laksa “Sardin Tin”
#saturesipisatupohon #cookpadmalaysiaResipi ini dimasak untuk Contest "Ayam Brand" yang bertemakan Sardin Tin (9 September 2019).Menggunakan Sardin Tin jer untuk menghasilkan laksa. Ni biasanya kalau tiba2 nak makan laksa Tapi stok ikan segar tak de. Boleh guna kaedah ni. Soal rasa jangan risau. Sedap je 🥰. Di sampiang tu, penggunaan ikan sardin tin ni memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja memasak laksa. Salina Jalaludin -
Laksa johor Laksa johor
#goldenapron2020 #bazaarramadanDulu sebelum kahwin tak tau pun yang johor ada laksa johor. Yang tau laksa penang laksa kelantan. Mungkin cara nak buat tu agak leceh sikit. Sebab tu tak ramai yang pandai buat laksa johor ni. Laksa johor agak pekat. Itu disebabkan kerana dimasak menggunakan ikan dan rempah ratus yang terpilih.Lagi satu orang johor makan laksa johor ni guna spaghetti bukan guna mee biasa dan mereka juga makan menggunakan jari jemari bukan pakai sudu garpu. Laksa johor ni kategori laksa yang mahal. Menajadi hidangan istimewa pada hari raya dan dihidangkan untuk majlis tertentu.Suka makan laksa johor ni tapi nak buat tu agak bercinta sedikit. Laksa johor agak rumit sedikit berbanding laksa yang lain. Dalam resepi sepatutnya gunakan ikan parang. Tapi sebab pkp ikan paramg susah nak dapat. Jadi kita gantikan dia menggunakan ikan sardin. Rasa tak jauh beza. Tetap berlemak. Selamat mencuba.. Sue Hana -
Laksa Johor 🇲🇾 Laksa Johor 🇲🇾
Sejarah Laksa JohorLaksa Johor adalah salah satu laksa yang popular di Malaysia. Ianya penuh sejarah dan ada 'identiti' tersendiri.Di Malaysia, hanya laksa Johor saja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di 'upgrade' berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya.Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa"Tapi saya guna ikan kembung je. Pun sedap juga. Asalkan bahan-bahan kuahnya yg lain sama... Hanya beza ikan je.Orang johor wajib tau masak laksa johor ni.. Barulah orang johor.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Laksa Johor (Ikan Tenggiri dan Ikan Parang) Laksa Johor (Ikan Tenggiri dan Ikan Parang)
Kali pertama cuba masak laksa Johor guna bahan sedia ada. Memang lain la rasanya dari laksam atau pun laksa utara yang selalu saya makan. Sengaja guna 2 jenis ikan ja iaitu ikan tenggiri dan ikan parang sebab nak tahu perbezaan rasa dan aroma . Memang sedap sangat. Sampaikan terlupa nak ambik gambar sambal belacan. Elok dah habis makan, baru teringat. Ha..ha..Rezeki pulak dapat beli ikan-ikan ni hanya RM15.00 kat pasar pagi. Tu pun nasib baik cepat. Kalau tak, tinggal bekas je. Pandai orang yang jual ikan-ikan ni sebab letak siap-siap satu set. Maklum la laksa Johor tengah popular kan.Bagi saya, semua jenis laksa sedap. Punya keistimewaan dan peminat sendiri. Maka kita raikan perbezaan. Kawan-kawan yang pandai masak laksa Johor ni, saya tabik spring la sebab renyah nak jugak nak sediakan. Jom makan laksa Johor. Rose Nani Nizah Nayan -
Laksa Sardin Tin Guna Pes Frozen Homemade Laksa Sardin Tin Guna Pes Frozen Homemade
Teringin nak makan laksa penang bulan puasa nanti? Tapi risau kelam kabut? Jom buat pelbagai pes dan persiapan memasak awal-awal . Contohnya laksa sardin tin ni. Tinggal nak masuk pes dan kisar ikan sardin tin sahaja. Bulan puasa nanti, dah ada pes frozen macam ni, memang mudah dah cepat.Sesetengah orang tak minat buat pes frozen sebab freezer jadi penuh. Tapi sejak akhir2 ni Uchu suka sangat menyediakan pes frozen!Nasib baik ada 3 bijik peti sejuk termasuk peti jenis box tu. Lagipun, peti2 ni penting untuk Uchu dan husben simpan hasil berkebun suka2 termasuk durian, ikan dan ayam.Inspirasi drpd @nikliana84117/2022 Sesimple Loralin -
Laksa Johor Laksa Johor
#goldenapron #minggu12Minggu ini lambat juga Yani submit resipi goldenapron. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan urusan lain, sampai tiada idea nak masak apa. Semalam kebetulan pula perlawanan bola sepak antara negeri Johor dan Kedah yang mana keputusan akhir berpihak ke atas Johor yang memenangi gol sebanyak 3-0... Tak kisah pun pasal bola sebab Yani kira mix dari Ayah yang asal Johor & Mak yang asal dari Kedah...So Yani pun terfikir🤔🤔🤔 bagus juga ni...Sempena bola menang ni, Yani masak resipi Laksa. Laksa Kedah tu sangat disukai oleh Yani, memang kerap la masak bila teringin tapi Laksa Johor pula inilah pertama kali Yani cuba memasaknya sendiri. Biasanya Yani akan dapat makan Laksa Johor, jika mak saudara yang buat. Oklah, sempena Johor menang bola, Yani pun masakkan hidangan negeri kelahiran Yani hari ni. Jom masak! Nur Azliani Amer -
Laksa Johor Laksa Johor
Saya tertinggal untuk upload menu ini yang saya masak di kampung sebelum saya pulang kembali bertugas di negeri lain. Walaupun bukan rakyat Johor. Tapi harapnya kena dengan selera. Bahan yang saya gunakan adalah bahan yang ringkas dan mudah didapati. Berbanding dengan bahan asli yang mempunyai ramuan penyediaan yang rumit.#goldenapron2020 Mizzanem -
Laksa Johor Cara Saya 🤗😋 Laksa Johor Cara Saya 🤗😋
Tak Joho kalau tak gheti masak laksa Joho. Dulu dimomokkan laksa joho tu berlemak dan cepat muak. Sekali masak dan terus masak, omg, i’ve been cheated ! Laksa Joho ni tuan tuan dan puan puan sangatlah sedap dan tidak nyesal untuk dicoba, cuma dia sedikit eksklusif dan sedikit renyah.🤪🤗 Nurul Kefftya -
👩🍳Laksa Sarawak 👩🍳Laksa Sarawak
Tak pernah rasa Laksa Sarawak. Ini kali pertama memasak dan menikmatinya. Sungguh sedap rupanya laksa ini.Pes yang sudah tersedia membantu mempercepatkan penyediaan bahan,tanpa pes mungkin akan ambil masa untuk penyediaan sahaja.Patutlah ramai bercakap tentang pes ini iaitu Pes Laksa Sarawak Hj Manan📣📣Alhamdulillah sekali cuba terus tersukapula laksa sarawak ni. tak perlu pergi ke Sarawak untuk menikmatinya. Pes Laksa Sarawak beli dari Shopee.🤗Laksa Terengganu✅Laksa Johor✅Laksa Sarawak✅#merdekapassport6 orang Mahadiah -
Laksa sardin tin Laksa sardin tin
Kekadang bila tekak nak rasa makan laksa penang,nak cepat dan memudahkan kerja, apa lagi kita guna je ikan sardin dalam tin,buka,tuang dan kemudian hancurkan je dengan garpu S.Agama. Semudah ABC dan cepat je Boleh merasa kenikmatan laksa. Noraini Hamid -
Laksa Johor Hidangan Teragung Laksa Johor Hidangan Teragung
Laksa Johor sememangnya terkenal kerana kelainan resepi dan juga pilihan mee spageti sebagai gandingan kuah ikannya yang juga unik dengan tambahan kerisik kelapa. Jom saya kongsikan step mudah untuk masak pantas namun mampu memikat selera ramai. Faradilla -
Laksa johor Laksa johor
Laksa johor ni fav saya dia sebenarnya mudah je cuma leceh kena asingkan ikan. Kepada yang nak buat untuk makan makan family atau saja saja boleh lah cuba. Adilah Syahirah Jaafar
Lebih Banyak Resipi
Komen