Laksa johor

Laksa johor ni fav saya dia sebenarnya mudah je cuma leceh kena asingkan ikan. Kepada yang nak buat untuk makan makan family atau saja saja boleh lah cuba.
Laksa johor
Laksa johor ni fav saya dia sebenarnya mudah je cuma leceh kena asingkan ikan. Kepada yang nak buat untuk makan makan family atau saja saja boleh lah cuba.
Cara Memasak
- 1
Mula mula sediakan bahan bahan dahulu supaya senang, ikan tu dah siap direbus dan dicarik isi dia. Udang kering dah siap diblend. Bahan bahan kisar sudah siap diblend jugak
- 2
Bahan bahan kisar tadi di tumis, minyak 1/2 cawan je dah agak macam kering masukkan serbuk kari tadi. Kacau kacau kacau
- 3
Dah agak kering sikit masukkan isi ikan yang di blend dan masukkan air 3 cawan (saya guna air rebusan ikan tadi) saya masukkan udang kering dan kacau
- 4
Dah berbuih mengelegak saya masukkan santan mengikut kepekatan (laksa johor tkde kuah sangat jd try n error) dah masuk masukkn kerisik last sekali masukkan sikit bunga kantan dan daun kesum
- 5
Biar sampai mengelegak dah boleh hidang. Jangan lupa spagety dan bahan bahan seperti sambal dan ulam ulam. Selamat mencuba
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Laksa Johor 🇲🇾 Laksa Johor 🇲🇾
Sejarah Laksa JohorLaksa Johor adalah salah satu laksa yang popular di Malaysia. Ianya penuh sejarah dan ada 'identiti' tersendiri.Di Malaysia, hanya laksa Johor saja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di 'upgrade' berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya.Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa"Tapi saya guna ikan kembung je. Pun sedap juga. Asalkan bahan-bahan kuahnya yg lain sama... Hanya beza ikan je.Orang johor wajib tau masak laksa johor ni.. Barulah orang johor.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Laksa johor Laksa johor
#goldenapron2020 #bazaarramadanDulu sebelum kahwin tak tau pun yang johor ada laksa johor. Yang tau laksa penang laksa kelantan. Mungkin cara nak buat tu agak leceh sikit. Sebab tu tak ramai yang pandai buat laksa johor ni. Laksa johor agak pekat. Itu disebabkan kerana dimasak menggunakan ikan dan rempah ratus yang terpilih.Lagi satu orang johor makan laksa johor ni guna spaghetti bukan guna mee biasa dan mereka juga makan menggunakan jari jemari bukan pakai sudu garpu. Laksa johor ni kategori laksa yang mahal. Menajadi hidangan istimewa pada hari raya dan dihidangkan untuk majlis tertentu.Suka makan laksa johor ni tapi nak buat tu agak bercinta sedikit. Laksa johor agak rumit sedikit berbanding laksa yang lain. Dalam resepi sepatutnya gunakan ikan parang. Tapi sebab pkp ikan paramg susah nak dapat. Jadi kita gantikan dia menggunakan ikan sardin. Rasa tak jauh beza. Tetap berlemak. Selamat mencuba.. Sue Hana -
Laksa Johor Laksa Johor
Teringin nak makan laksa Johor.biasa makan yg adik ipar buatkan.tapi kali ini saya cuba buat sendiri pula.Ni laksa Johor versi Pahang.sedap je bagi saya bila makan(puji masakan sendiri😂) Lily Suryani Mohd Ali -
Laksa johor cookpad Laksa johor cookpad
#johor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySaya berasal dari Batu pahat,Johor,tidak pernah makan laksa johor semasa bujang dulu,sebab saya sangka kuah dari ikan pasti rasanya hanyir,tetapi saya silap..kali pertama rasa makan masa anak satu,kawan sekerja di Pontian bawak port luck (kita orang panggil kuih teriak🤭)kawan-kawan mengusik kata tak Johor lah kalau tak makan..dan itulah kali pertama saya makan..🥰sedap rupanya..licin pinggan saya makan🤭...saya terus minta resepi salin resepi..dari 2 org kawan..resepi tu saya gabungkan..dan jadilah satu resepi yang menjadi kegemaran suami,anak-anak malahan keluarga mertua saya.Tiap kali jamuan raya untuk keluarga mertua Laksa Johor pasti ada.🥰. Faridah Jaafar -
Laksa Johor Ayam Brand Laksa Johor Ayam Brand
Day9/366/2020/JanuaryMenu ni dimasak untuk contest Ayam Brand.Mudahnya memasak Laksa Johor menggunakan Ikan Sardin & Santan Super Light keluaran Ayam Brand. Menjadikan kerja-kerja memasak Laksa Johor saya mudah dan cepat. Ikan Sardin hanya perlu dicuci sos tomatonya, dikisar dan dicampur bahan-bahan kisar untuk dijadikan kuah. Tekstur rasa ikan sebenar masih terserlah. Manakala penggunaan Santan Super Light pun selain memudahkan kerja, ia turut memberi rasa sedap dan segar aroma kelapa walaupun lemak santan kelapa di dalamnya dikurangkan.Kedua-dua produk ini menjadikan hidangan untuk Family Gathering saya lebih mudah dan cepat dimasak tanpa merasa sedikit pun kekurangan dari segi rasa dan aroma sebenar Laksa Johor. Salina Jalaludin -
Laksa johor #phopbylinimohamad Laksa johor #phopbylinimohamad
Resepi fusion hari nie kombinasi tempatan dan barat. Laksa johor. Setiap negeri ada laksanya yang tersendiri. Laksa johor menggunakan mee spegeti dan kuah lemak yang pekat bersama dengan sambal belacan. Sedap menjadi menu berbuka puasa. Ila Dila -
Laksa Johor Laksa Johor
Saya tertinggal untuk upload menu ini yang saya masak di kampung sebelum saya pulang kembali bertugas di negeri lain. Walaupun bukan rakyat Johor. Tapi harapnya kena dengan selera. Bahan yang saya gunakan adalah bahan yang ringkas dan mudah didapati. Berbanding dengan bahan asli yang mempunyai ramuan penyediaan yang rumit.#goldenapron2020 Mizzanem -
Laksa Johor Kak Sham Laksa Johor Kak Sham
Membesar di Johor, tapi hanya suka laksa Johor yang mak masak je. Inilah resepinyacainxx
-
👩🍳Laksa Johor 👩🍳Laksa Johor
Kali pertama cuba Alhamdulillah menjadi. Inspirasi resipi chenom tetapi saya telah separuhkan semua bahan kerana resipi asalnya untuk 10 orang makan.Persediaan untuk memasak laksa Johor memakan masa agak lama kerana berbagai bahan yang digunakan. walaupun begitu, hasilnya sangat sedap dimakan.#merdekapassport Mahadiah -
Laksa johor ala PKP Laksa johor ala PKP
Sbb takleh balik kg puasa ni. Kita buatlaj laksa johor sndri. #sedih #rindumakabahkatkampung Eyan Aqbar Mustam -
Laksa Penang Johor Laksa Penang Johor
#semangatmerdeka#fusionantaranegeri#goldenapron#minggu5#madebyjeehan#cookpadmalaysiaAssalamualaikum semua 😊... Petang tadi saya cuba masak Laksa Penang,tapi Mee Laksa saya gantikan dengan Spaghetti yang Biasa di gunakan untuk laksa Johor. So Saya Combine them jadilah Nama Laksa Penang Johor 😁. Best tau Boleh lah di jadikan alternatif bila xde Stock Mee Laksa, Korang bolehlah Rebus spaghetti tuh....😁 Sebab Kat rumah saya selalu standby banyak Pasta 😁. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Laksa Johor Laksa Johor
#goldenapron #minggu12Minggu ini lambat juga Yani submit resipi goldenapron. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan urusan lain, sampai tiada idea nak masak apa. Semalam kebetulan pula perlawanan bola sepak antara negeri Johor dan Kedah yang mana keputusan akhir berpihak ke atas Johor yang memenangi gol sebanyak 3-0... Tak kisah pun pasal bola sebab Yani kira mix dari Ayah yang asal Johor & Mak yang asal dari Kedah...So Yani pun terfikir🤔🤔🤔 bagus juga ni...Sempena bola menang ni, Yani masak resipi Laksa. Laksa Kedah tu sangat disukai oleh Yani, memang kerap la masak bila teringin tapi Laksa Johor pula inilah pertama kali Yani cuba memasaknya sendiri. Biasanya Yani akan dapat makan Laksa Johor, jika mak saudara yang buat. Oklah, sempena Johor menang bola, Yani pun masakkan hidangan negeri kelahiran Yani hari ni. Jom masak! Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen