Ayam Goreng Berempah Ala MasterChef

Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
Kuala Terengganu

Mai dapat resepi ni dari kak Aza Aaj. Memang betul sedap.Tak de la boring sangat makan ayam goreng biasa je kan.
Masa tengah goreng pun suami tanya masak apa wangi ni. Anak-anak lagi la. Memang hantu ayam goreng. Nasi sepinggan cetoik' pun 3 ketul ayam 😂

#goldenapron2020

Ayam Goreng Berempah Ala MasterChef

10 orang bercadang membuatnya

Mai dapat resepi ni dari kak Aza Aaj. Memang betul sedap.Tak de la boring sangat makan ayam goreng biasa je kan.
Masa tengah goreng pun suami tanya masak apa wangi ni. Anak-anak lagi la. Memang hantu ayam goreng. Nasi sepinggan cetoik' pun 3 ketul ayam 😂

#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
1/2 ekor ayam
  1. Bahan Utama
  2. 1/2ekor ayam
  3. Bahan Kisar
  4. 1labu bawang besar
  5. 3 ulasbawang putih
  6. 3inci halia
  7. 5 batangserai
  8. 5biji cili padi (mai guna 1 biji cili besar y x pedas)
  9. 5 helaidaun limau purut
  10. Perasa Tambahan
  11. 1 sudu tehserbuk jintan manis
  12. 1 sudu tehkunyit
  13. 2sudu besar rempah kurma
  14. 1 sudu tehgaram halus
  15. 2 sudu tehgula
  16. 1/2 kgminyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Bersihkan ayam dan sediakan bahan kisar

  2. 2

    Kisar bahan kisar, tak perlu terlalu lumat

  3. 3

    Masukkan bahan kisar dan rempah-rempah perasa tambahan pada ayam. Lumur sebati dan perap sekurangnya 1 jam.

  4. 4

    Goreng api perlahan dan tutup kuali menggoreng semasa menggoreng.

  5. 5

    Dah masak keperangan, toskan.

  6. 6

    Lebihan bahan lumur ayam tu goreng la sekali. Bagi mai yang ni yang sedap. 😜

  7. 7

    Makan ngan nasi panas2 memang sedap. 👍🏻😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Maisarah Mamat
Maisarah Mamat @Mai_Belajar_Masak
pada
Kuala Terengganu
🇲🇾 I'm not able to cook fancy or complicated masterpieces. Just simple meal for my four precious kids & husband.Experimenting in the kitchen is my happiness even I'm failed 🥹
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya