Sambal Bilis Terung Pipit

Masa zaman sekolah tak suka terung pipit ni, bila makan ada rasa seakan pahit.. tapi mak, abah keluarga yang lain terutama yang berumurlah kalau tengok dorang makan aduhai macam makan kacang wooo.. betapa sedapnya la haii..
Tapi kalau suruh kutip terung ni di pokok kita lah orang pertama menggedik menyibuk nak pergi.. best tau kutip terung ni, nak-nak bila terungnya banyak di pokok..ralit megutip. Satu je nak cakap daun, batang pokok tu kalau terkena kulit rasa gatal kulit.
Sekarang... hurayy kita dah tersuka boleh makan. Masak sambal tumis macam ni memang padu boleh geng dengan mak abah dan keluarga yang lain.
Terkenang Semasa Dulu 🕰
Sambal Bilis Terung Pipit
Masa zaman sekolah tak suka terung pipit ni, bila makan ada rasa seakan pahit.. tapi mak, abah keluarga yang lain terutama yang berumurlah kalau tengok dorang makan aduhai macam makan kacang wooo.. betapa sedapnya la haii..
Tapi kalau suruh kutip terung ni di pokok kita lah orang pertama menggedik menyibuk nak pergi.. best tau kutip terung ni, nak-nak bila terungnya banyak di pokok..ralit megutip. Satu je nak cakap daun, batang pokok tu kalau terkena kulit rasa gatal kulit.
Sekarang... hurayy kita dah tersuka boleh makan. Masak sambal tumis macam ni memang padu boleh geng dengan mak abah dan keluarga yang lain.
Terkenang Semasa Dulu 🕰
Cara Memasak
- 1
Bersihkan ikan bilis, goreng hingga masak angkat.
- 2
Bersihkan terung pipit, rebus hingga setengah masak angkat.
- 3
Bahan bertanda (**) dikisar halus.
Gunakan minyak goreng ikan bilis, jika tak cukup boleh tambah. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. - 4
Masukkan jus asam jawa bersama dengan garam, gula, perasa secukupnya dan sesedap rasa. Masukkan terung pipit yang telah direbus gaul merata biarkan masak sebentar.
- 5
Apabila sambal telah sejuk atau suam masukkan ikan bilis dan gaul sekata dan merata. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal bilis terung pipit Sambal bilis terung pipit
#goldenapron#minggu20#saturesepisatupohonTinggal di kampung memang mudah sangat nak dapatkan terung pipit ni.boleh kutip je tepi jalan kampung.merata tumbuh pokok terung pipit.berbeza dengan yg tinggal dibandar.nak makan terung ni pun kena beli.Sambal kegemaran encik suami.anak2 pula bila makan siap asingkan terung.mereka tak suka terung tapi suka sambal sebab ada rasa tempoyak. Lily Suryani Mohd Ali -
Sambal Hijau Terung Pipit Ikan Bilis Sambal Hijau Terung Pipit Ikan Bilis
Dah lama teringin nak masak sambal terung pipit nie tapi asyik tertangguh. Kebetulan tengah kemas pokok-pokok dalam pagar, tengok banyak pulak buah terung pipit dan pokok pula makin tinggi. Saya cantas dan ambik buah. Jadi tertunai la hajat buat menu nie. Bila masak, Ya Allah memang sedap rupanya sambal hijau terung pipit nie. Tak rasa pahit pun sebab kita kena ketuk pecahkan dulu buahnya. Jadi ramuan tu menyebabkan terung pipit tidak rasa pahit. Nanti cuba la, ratah pun sedap. Yang paling hepi, anak-anak suka makan sebab sebelum nie pernah masak terung pipit tapi mereka tak suka. Katanya tak sedap dan pahit🙊#goldenapron2020 #minggu9 Noor Hassan -
Sambal Tumis Terung Pipit Sambal Tumis Terung Pipit
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeMengimbau kembali zaman nenek moyang kita dahulu hidup dengan menjadikan tumbuhan yang ada di sekitar kampung untuk dijadikan menu untuk dihidangkan bersama seisi keluarga. Antara tumbuhan nya ialah terung pipit. Terung pipit ni senang tumbuh dan senang untuk dicari. Selain dibuat sambal tumis, ia nya juga boleh dibuat ulam mentah dengan sambal belacan. Tetapi ramai di antara cucu-cicit kami yang tak reti nak makan yang mentah. Arwah atuk dengan nenek pun kata makan berpada-pada, jangan terlebih.Sedikit info tentang terung pipit ni :-Sumber : https://fazlisyam.com/terung-pipit-2/Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut. Dapur Yusfarisyia -
Sambal terung pipit bersama udang 🍤 Sambal terung pipit bersama udang 🍤
Kebetulan tadi abah jumpa pokok terung pipit yg subur dan rambai buahnya di kebun tadi,suruh masak sambal terung pipit 🍤,apa lagi kita masak lah😂💪,sesuai makan dgn nasi panas2 lagi musim hujan ni..bertambah nasi🍚👍👍👍 Dean SR -
Sambal Bilis Terung Pipit Sambal Bilis Terung Pipit
Terus terang hakak cakap, seumur hidup ni tidak pernah sekali pun hakak makan terung pipit ni. Selalu tengok mak makan, idak ler hakak nak cuba 😅 Tapi semalam nak dijadikan cherita, adik datang rumah, dia bagi dua jambak terung pipit ni. Dia kata nak balik rumah mak hantar terung ni, tapi dia tak sempat. sebab banyak kerja. Jadi dia bagi pada kakak dia pulak. Dengan pesanan tulus ikhlas lagi jujur, ikut akak lah nak buat apa dengan terung ni. Suka2 hati sungguh kan 🤣.Jadi hakak bila dapat je terung pipit ni , terus buka Cookpad dan cari resipi yang sesuai untuk dimasak. Alhamdulillah jumpa resipi yang sangat baik & menyelerakan daripada Kak Nor Hassan. ❤️. Walaupun kalau tengok rupa sambal Kak Nor ni dengan sambal hakak buat ni macam langit dan bumi ehh 😅. Tapi dari segi rasa, ok lah sedap. Sebab untuk pertama kali cuba makan terung pipit ni. Dapat resipi sedap begini. Kiranya umpama pengalaman pertama yang baik lah & seperti jatuh cinta kali pertama gituu 🤭🤣🤣🤣🤣. Tapi serius cakap memang sedap resipi ni. Salina Jalaludin -
Sambal bilis terung pipit Sambal bilis terung pipit
Kebetulan bertandang ke rumah jiran & ternampak pokok terung pipit,buah dia boleh tahan lebat..Bila dipelawa suh ambik buat tu..CheTa ape lagi,tak lepaskan peluang😁 tu kan rezeki namanya🥰Teringat pula ade bilis dlm peti ais..maka terjadi la Sambal bilis terung pipit berasap😋 ZuitaAisyah -
Sambal Hijau Terung Pipit Sambal Hijau Terung Pipit
Semalam Ada staff bawakan Terung Pipit. Sedap juga kalau buat sambal. Tapi selalu dah masak sambal. Cari dalam cookpad Ada resepi best untuk masak terung pipit ni sekali jumpa resepi @salina_jalaludin . Terus #cooksnap dia nyer resepi. Cuma saya kurangkan cili padi lebihkan cili Hijau takut nanti sakit perut pula makan pedas-pedas ni. Nana Isya -
Sambal tumis Terung Pipit(Terung ceweng) Sambal tumis Terung Pipit(Terung ceweng)
Resepi ni dah lama masak sebenarnya Cuma tak sempat nak pos.Saya biasa panggil buah terung ceweng.Ada sesetengah tempat panggil terung belanda atau terung pipit.Dari kecik2 dulu lagi selalu makan sambal tumis terung ceweng ni.Senang didapati di pinggir2 hutan. Asal jumpa je pokok mak mesti petik buah terung ceweng bawa balik buat sambal.Dulu2 senang je nak dapatkan buah terung ceweng ni. Tepi2 jalan banyak tumbuh meliar. Sekarang ni kalau rasa nak makan melilau cari kat pasar🤭😀. Itupun nasib-nasib kalau rezeki ada babuk2 yang berjual dipasar tamu saya pasti beli.Dapat buat sambal tumis dengan ikan bilis memang sedap. Melajak makan nasi ni. 👍😋😀 Q'leenalee's Kitchen -
Sambal Hijau Terung Pipit Sambal Hijau Terung Pipit
233/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1628 #pejuang2kresipiTerung pipit ni petik depan rumah je. Jika sebelum ni hakak sambal merah. Ni buat versi hijau pulak. Dan kali ni hakak goreng terung pipit ni terlebih dahulu. Berbanding sebelum ni, hakak tumbuk dulu terung pipit tersebut bagi pecah dan masak. Ternyata kaedah goreng ni lebih sedap. Tapi tetap juga rasa pahit di hujungnya. But it’s ok. Yang penting sedap 😋 Salina Jalaludin -
Sambal Terung Campur Sambal Terung Campur
Kutip semua terung yang ada di keliling rumah mak. Kita masak sambal. Siti Aisyah Jamil -
Ikan Tamban bersama Terung Pipit Goreng Berlada Ikan Tamban bersama Terung Pipit Goreng Berlada
Ini salah satu sajian kegemaran Mima dari kecil. Mudah sangat nak membuatnya Resepi keluarga sebelah abah, uwan orang Minang atok orang Mandailing yang tinggal di Lenggeng Negeri Sembilan. Mima panggil "lauk besar", tak payah lauk lain dah kalau ada nasi panas, yang ni pun dah cukup buat makan bertambah. Lagi lama simpan ikan tamban goreng berlada ni lagi sedap rasanya.Selain tamban, boleh juga pakai ikan bilis tapi lagi istimewa lah pakai ikan tamban 👍👍 Shima Maamor -
Sambal Kentang Bilis Terung Pipit Sambal Kentang Bilis Terung Pipit
Sebenarnya terliur tengok menu sahabat cookpaders kita...kebetulan memang kentang tinggal sebiji...kawankan la dengan terung pipit yang sejemput tu...nampak jugak kemeriahan diwaktu sahur 😂 #bazaarramadan #goldenapron2020 Mamamikael Oven
Lebih Banyak Resipi
Komen