Nasi Liwet Sunda

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Nasi Liwet berasal dari Indonesia. Saya mengambil inspirasi menu sebagai cooksnap daripada cookpad Meithya Rose. Sebahagiannya saya olah sedikit melalui carian google dan instagram.

Pertama kali mencuba, rasanya sangat enak, baunya harum dan mudah disediakan. Kaedah masakan ini sangat ringkas dan tidak rumit. Ada setengah nasi liwet menggunakan santan dan tidak. Tapi terpulang mengikut selera anda. Sedap dihidangkan bersama sambal, ulam-ulaman, tempe atau tauhu goreng, ayam/ikan goreng atau dibakar. Ataupun dimakan begitu sahaja.

#goldenapron2020
#cooksnap
#myfirstrecipe2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5-6 orang
  1. 300 gBeras Basmathi (dicuci bersih)
  2. 4biji bawang kecil rose (dihiris)
  3. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  4. 1inci lengkuas (dihiris)
  5. 2 batangserai (diketuk)
  6. 1biji cili merah besar (dipotong serong)
  7. Beberapa biji cili padi
  8. Daunlimau purut
  9. Daunbay / daun salam
  10. Beberapa biji petai
  11. Segenggam ikan bilis (digoreng)
  12. Sedikitgaram
  13. Sedikitserbuk secukup rasa
  14. Air untuk masak nasi

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan untuk tumisan nasi.

  2. 2

    Sementara itu, cuci bersih ikan bilis dan goreng hingga keemasan. Lebih sesuai guna ikan bilis mata biru.

  3. 3

    Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum. Kemudian masukkan cili, cili padi, lengkuas, daun limau purut dikoyakkan dan daun bay. Setelah beberapa ketika masukkan biji petai dan sedikit secukup rasa. Gaul sebentar. Masukkan beras basmathi yang dicuci bersih. Gaul sebati.

  4. 4

    Setelah sebati. Masukkan beras yang digaul tadi ke dalam rice cooker. Tambahkan air seperti memasak nasi biasa (anggaran 1 ruas setengah jari). Masuk sedikit garam dan gaul sebati. On suis dan tutup periuk.

  5. 5

    Setelah nasi masak. Gemburkan nasi dengan menggunakan chopstick untuk elakkan patah. Taburkan ikan bilis yang digoreng di atas nasi.

  6. 6

    Hidangkan nasi liwet bersama sambal belacan / sambal penyet. Tempe dan tauhu goreng. Ulam-ulaman timun, daun kemangi, hirisan kobis. Ayam / ikan / sotong (goreng / bakar)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar👩🏻‍🍳My kitchen is my lab🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi

Komen (3)

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Ini Nasi liwet khas dari tanah Sunda tempat kelahiran saya 😁

Resipi Sepertinya