Ayam Masak Merah

Dapoq Kak Del
Dapoq Kak Del @Adel_Adila81

#goldenapron2020 #minggu16

Menu yang selalu kak del masak untuk anak-anak kerana kesukaan mereka. Bila tanya ayam nak masak apa? Nilah antata jawapan mereka.

Senang kak del tak perlu nak fikir menu lain dah.

Jom tengok resepi.

Ayam Masak Merah

4 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020 #minggu16

Menu yang selalu kak del masak untuk anak-anak kerana kesukaan mereka. Bila tanya ayam nak masak apa? Nilah antata jawapan mereka.

Senang kak del tak perlu nak fikir menu lain dah.

Jom tengok resepi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30-45min
4-5 orang
  1. Bahan Goreng
  2. 1/2ekor ayam dibersihkan dan dipotong 7/8 bahagian
  3. 2sdb serbuk kunyit
  4. 2sdt garam
  5. 3 cawanminyak masak
  6. Bahan Tumis&Kuah
  7. 3 ulasbawang putih racik halus
  8. 2 ulasbawang merah racik halus
  9. 1/2biji bawang besar hiris nipis
  10. 2inci halia diketuk
  11. 2 helaidaun pandan disimpul
  12. 1kulit kayu manis
  13. 1bunga lawang
  14. 2bubga cengkih
  15. 3buah pelaga
  16. 1/2 cawanminyak masak
  17. 2sdb minyak sapi
  18. 20tangkai cili kering yang direndam air panas dan dikisar
  19. 2sdb sos cili
  20. 2sdb sos tomato
  21. 1sdb gula melaka/nise
  22. 1/2sdt garam
  23. 1/2 cawanpati santan
  24. 2sdb kerisik kelapa
  25. 200 mlair
  26. Hiasan
  27. Bawang goreng
  28. Daunsup/bawang

Cara Memasak

30-45min
  1. 1

    Satukan ayam, serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati. Panaskan minyak masak. Setelah minyak panas goreng ayam separuh masak dan ketepikan.

  2. 2

    Gunakan minyak gorengan ayam tadi sebanyak 1/2 cawan dan tambah minyak sapi tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu dan baik bau. Masukkan 4 sekawan dan daun pandan.

  3. 3

    Masukkan cili kisar masak hingga garing dan masukkan sos cili dan tomato. Masukkan pula air dan kerisik kelapa. Biarkan sedikit mendidih.

  4. 4

    Tambah ayam yang digoreng tadi. Masukkan gula melaka, santan dan garam. Biarkan sebentar hingga sebati semua kuah dan ayam.

  5. 5

    Sedia dihidangkan bersama hiasan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapoq Kak Del
Dapoq Kak Del @Adel_Adila81
pada

Komen

Resipi Sepertinya