Rempeyek Lereng Kuali

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#cooksnaptepung #cooksnaptheme1 #goldenapron2020
Nampak #cooksnap tepung teringat tepung beras duk ada dalam almari. Buat kuih-muih lambat habis.. buat rangup-rangup garing macam ni terlajak habis sampai tak cukup hehehe..
Bila makan ralit tu yang syiok, pegang balang tak sedar clear kan.. tak sempat orang belakang.. nasib la nooo..
Antara kuih yang lejen rempeyek ni tau, dari zaman tok, nek kita dulu mereka buat lagi sedap dari kita.. Ada juga yang panggil tempeyek.. jangan risau benda yang sama nama aje orang panggil macam-macam. Ini kali penyakit "M" timbul pula.. nak guna acuan lambat habis adunan satu-satu kena buat.. nak senang lerengkan aje di kuali confirm cepat siap hahaha.. tirulah macam saya..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan : (A)
  2. 500 gmtepung beras
  3. 4 1/2 cawansantan cair
  4. Bahan : (B)
  5. 2genggam kacang tanah [nak letak lebih terpulang] - goreng dahulu jangan garing atau hangus, toskan minyak
  6. 1genggam ikan bilis - ditumbuk
  7. 5 helaidaun limau purut - diracik/hiris halus
  8. Bahan kisar : (C)
  9. 2sudu besar jintan manis
  10. 2sudu besar jintan putih
  11. 2sudu besar ketumbar
  12. 4-7 ulasbawang putih
  13. 1 cawansantan - ambil sedikit santan dari sukatan 4 1/2 cawan, masukkan semua bahan dalam blender kisarkan, ikut suka nak hancur terus ke atau sedang-sedang tidak hancur sangat
  14. Bahan : (D)
  15. 2sudu kecil garam - atau secukup rasa
  16. 2sudu besar gula - atau secukup rasa
  17. 1sudu kecil ajinomoto - optional
  18. 2biji telur
  19. 1 sudu makanair kapur

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam bahan A masukkan bahan C dan kacau, Masukkan pula bahan D dan kacau rata lagi.

  2. 2

    Masukkan bahan (B) kacau, bancuhan siap, jika ada kekurangan pada rasa boleh tambah garam & gula ikut citarasa kita.

  3. 3

    Panaskan minyak agak banyak di dalam kuali, sebelum mula lerengkan bancuhan rempeyek, basahkan/siramkan di tepi lereng kuali terlebih dahulu dengan minyak panas dari kuali yang sama

  4. 4

    Kemudian ambil dalam 2 senduk bancuhan rempeyek lerengkan bancuhan rempeyek di tepi kuali, siramkan perlahan dengan minyak dari kuali yang sama.

  5. 5

    Apabila kelihatan sedikit garing ambil sudip sisipkan dengan sudip ditepi kuali supaya rempeyek tadi lekang/tanggal dari kuali dan masak elok dalam kuali. Goreng hingga rempeyek warna keemasan cantik, angkat dan toskan minyak.

  6. 6

    Ulang step yang sama, buat hingga habis. Api sederhana sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (7)

Nur Hanieza Nadzri
Nur Hanieza Nadzri @honeyza88
semoga Allah swt perluaskan lagi pintu rezeki sis,dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻terima kasih atas resepi rempeyek ni...

Resipi Sepertinya