Rendang Daging Special Mak Liha

Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
KL

#NabMY#NabRaya • Esok birthday adik so kita buat rendang daging special. Nanti esok pagi baru buat nasi minyak nyumss!

Rendang Daging Special Mak Liha

#NabMY#NabRaya • Esok birthday adik so kita buat rendang daging special. Nanti esok pagi baru buat nasi minyak nyumss!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
3 orang
  1. 1 kgDaging lembu (potong dadu)
  2. 1.5 cawanair rebusan daging
  3. 3senduk minyak masak
  4. 2biji bawang besar
  5. 3 ulasbawang putih
  6. 1ibu jari halia
  7. 1ibu jari lengkuas
  8. 1ibu jari kunyit
  9. 5 batangserai
  10. 1.5senduk cili kisar
  11. 2 kepingasam keping
  12. 1/2peket kecil rempah rendang Baba’s
  13. 1/2 kotakkecil santan Kara
  14. 1.5senduk kerisik
  15. Garam
  16. Gula Melaka
  17. Gula putih
  18. Maggie Cukup Rasa

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Rebus daging yang telah dipotong dadu bagi menjimatkan masa memasak rendang. Simpan air rebusan untuk digunakan nanti.

  2. 2

    Panaskan minyak. Kisar bawang merah dan bawang putih. Tumis. Kisar halia, kunyit dan lengkuas. Masukkan dalam kuali setelah tumisan bawang wangi dan kekuningan. Kemudian, kisar serai dan masukkan dalam bahan tumisan.

  3. 3

    Masukkan cili kisar, asam keping dan rempah rendang Baba’s.

  4. 4

    Masukkan daging rebus bersama sedikit air rebusan daging. Masukkan kerisik dan santan. Gaul rata.

  5. 5

    Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Apabila hampir masak, masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit untuk menaikkan aroma wangi rendang. Dah siapp!

  6. 6

    Nota: Selepas tutup api, biarkan saja rendang atas pan supaya rendang kering sendiri dan pecah minyak dengan cantik. Jangan risau kalau awal-awal nampak berkuah macam gulai 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
pada
KL
Hello! Welcome to my humble crib👩‍🍳Tengah belajar masak-masak. Nota-nota masakan untuk survival diri. Resepi-resepi simple insyaAllah boleh ikut.Tekan # untuk lihat resepi mengikut kategori:1. Menu Malaysia: #NabMY2. Menu Raya: #NabRaya3. Menu Western: #NabWestern4. Menu Thai: #NabThai5. Menu Oriental: #NabOriental6. Menu Korea: #NabKorean7. Menu Sayur: #NabSayur8. Menu Air Fryer: #NabAirFryer9. Hi-Tea: #NabHiTea10. Minuman: #NabDrinks11. Eat Clean / Diet / 3S: #eatclean #sukusukuseparuh12. Menu Berpantang: #NabsPantangBtw, Mak Liha tu mak saya.Featured in:1. https://cookpadmalaysia.blog/2021/09/03/10-resipi-malaysia-comfort-food/
Baca lagi

Resipi Sepertinya