محشي كرنب-Stuffed Cabbage Rolls- Mahshi Kobis

Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
Australia

Makanan kegemaran suami. Diceritakan pada saya, ini adalah salah satu dari makanan kegemaran yang dibuat oleh ibu mertua. Saya pun berusahalah mencari dan belajar resepi dari mula. Gambar² resepi ini adalah dari gambar awal saya kongsi di Facebook iaitu beberapa bulan selepas kami berkahwin. Oleh itu, gambar nampak agak comot sedikit. Hehehe. Mahshi sebenarnya senang dibuat dan sedap dimakan cuma mengambil sedikit masa. Bahan2 nampak banyak tapi tak banyak pun sebenarnya.

محشي كرنب-Stuffed Cabbage Rolls- Mahshi Kobis

3 orang bercadang membuatnya

Makanan kegemaran suami. Diceritakan pada saya, ini adalah salah satu dari makanan kegemaran yang dibuat oleh ibu mertua. Saya pun berusahalah mencari dan belajar resepi dari mula. Gambar² resepi ini adalah dari gambar awal saya kongsi di Facebook iaitu beberapa bulan selepas kami berkahwin. Oleh itu, gambar nampak agak comot sedikit. Hehehe. Mahshi sebenarnya senang dibuat dan sedap dimakan cuma mengambil sedikit masa. Bahan2 nampak banyak tapi tak banyak pun sebenarnya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2-6 orang
  1. untuk mahshi
  2. 1biji kobis- ikut suka besar mana
  3. Segenggam daging cincang-boleh abaikan kalau nak vegetarian
  4. 1 1/2 cawanberas- direndam 15 minit
  5. Sedikitdaun ketumbar dicincang halus
  6. 2 ulasbawang putih
  7. rempah mahshi
  8. 2 tspjintan putih
  9. 1/4 tspkunyit serbuk
  10. 1 tsplada hitam
  11. 1 tspserbuk cili
  12. 1 tspgaram masala
  13. Secubit serbuk kulit kayu manis
  14. Garam secukup rasa
  15. untuk salsah tomato
  16. 3biji tomato direbus dan diblend
  17. 1biji bawang Holland
  18. 2 ulasbawang putih
  19. 1 tsplada hitam
  20. 2 tsptomato paste
  21. Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan sedikit minyak Dan rempah bersama Beras, daun ketumbar, bawang putih, daging. Gaul sebati dan ketepikan.

  2. 2

    Potong bahagian bawah kobis macam ni.Didihkan air bersama garam Dan masukkan kobis.pastikan semua bahagian masak sehingga lembut.

  3. 3

    Ceraikan daun kobis dengan berhati-hati ye nanti koyak pula😬.

    Potong dua bahagian Dan buang bahagian yg keras macam dalam gambar.

    Jangan buang bahagian kobis yg Tak digunakan. Boleh digunakan sebagai alas(base) dalam periuk semasa nak masak nanti.

  4. 4

    Bentuk kan campuran beras tadi macam ni atau mana2 yang bersesuaian dan balut kobis macam popia. Ada sesetengah orang, mereka akan balut lebih kurus macam jari jemari.

  5. 5

    Tumis seketika bawang Holland+bawang putih.
    Masukkan tomato yg diblend Dan tomato paste.
    Masukkan Lada hitam bersama garam Dan gula. Kalau agak pekat boleh tambah air. Akhir sekali blend sekali lagi.

  6. 6

    Selain salsah tomato
    Boleh juga guna air asam jawa+tomato paste+garam+gula+ Lada hitam ATAU 2 Tbsp tomato paste dibancuh dengan air dan garam ATAU Pomegranate Molasses garam dan air ATAU stok ayam+ air.

  7. 7

    Curahkan salsa tomato dalam periuk berisi kobis yang dah dibalut

  8. 8

    Selain kobis boleh juga guna tomato, zucchini, Lada benggala,terung Dan apa2 yg boleh disumbat😀

    Boleh dimasak secara atas dapur atau oven cook. Saya masak dalam 20-30 minit api sederhana. Boleh tengok kalau Beras Dan daging tu da masak tutup api tu. Yang tomato sahaja tu saya masak pakai oven. Kalau pakai periuk, saya suka letakkan piring kecil di atas Mahshi untuk elakkan Mahshi naik ke dasar periuk.

  9. 9

    Boleh dimakan macam tu je atau cicah yogurt atau perah limau untuk lebih kick lagi.

    Selamat mencuba🌹🌹

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
pada
Australia
🌸Orang 🇲🇾 menetap di 🇦🇺🌸🇲🇾💖🇸🇩🌸Suka memasak, membaca, membuat kraftangan
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya