Popia Basah Homemade

Alhamdulillah.. Minum petang😊
Tak buat tak dapat pengalaman...menyembam/melenserkan tepung atas kuali..nervous, mula-malu risau.. Membayangkan kuali panas.. panjang doa sebelum mula😆 Terima kasih Allah permudahkan tugasan saya sampai siap🤲😁 sebelum ni nak buat asyik tak kesampaian.. pertama kali test.. try😄.. lps ni kalau repeat buat boleh agak dah nak kulit yang macam mana..
Taraaaa hasilnya..😋 belapa star nak kaci😂
Popia Basah Homemade
Alhamdulillah.. Minum petang😊
Tak buat tak dapat pengalaman...menyembam/melenserkan tepung atas kuali..nervous, mula-malu risau.. Membayangkan kuali panas.. panjang doa sebelum mula😆 Terima kasih Allah permudahkan tugasan saya sampai siap🤲😁 sebelum ni nak buat asyik tak kesampaian.. pertama kali test.. try😄.. lps ni kalau repeat buat boleh agak dah nak kulit yang macam mana..
Taraaaa hasilnya..😋 belapa star nak kaci😂
Cara Memasak
- 1
Kulit
Satukan bahan-bahan dan masukkan air sedikit-sedikit sambil uli 5 minit hingga dapat adunan yang licin. Perap adunan selama 2 jam di dalam peti ais. - 2
Panaskan kuali tetapi jangan terlalu panas, api kecil sahaja. (saya guna kuali non-stick). Selepas itu keluarkan adunan dari peti ais dan ambil adunan tadi lenserkan nipis di atas kuali. Biarkan seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang buat hingga adunan habis.
- 3
Sos
Panaskan sedikit miyak, tumis bawang hingga wangi masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. masukkan gula pasir, gula merah, kicap dan garam secukup rasa. Biarkan masak sebentar kemudian letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. Tutup api siap. - 4
Inti
Panaskan sedikit minyak tumis bawang masukkan udang geragau kacau.
Masukkan lobak merah, sengkuang dan perasakan dengan garam. Biarkan masak sebentar angkat inti dan sejukkan dahulu.
Bungkus/lipat popia - 5
Ambil kulit popia, sapu sos dahulu dan letak inti secukupnya. Lipat dan gulung seperti gulung popia goreng.
- 6
Untuk hidangan, letak sos pada popia dan tabur bawang goreng serta kacang tanah, sedia dinikmati.
- 7
Nota :
✅Adunan mesti pekat, jika tak pekat bila lenserkan/layangkan pada kuali kulit popia jadi tebal dan tak cantik.
✅Tak galakkan guna taugeh sebagai inti, kulit popia cepat lembap basah dan terkoyak.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Popia Basah 🇨🇳 Popia Basah 🇨🇳
Macam mane boleh lupa nak post popia basah ni?😬 For the first time in forever buat popia basah from scratch masa cabaran popia haritu. Punya lega menyandar sebab berjaya buat sampai terlupa terus nak post popia basah ni cuma post kulitnya sahaja betul2 pada saat2 akhir cabaran!🤣🤣 Pengalaman menenyeh kulit popia pada kuali sangatlah tidak dapat dilupakan..hihi. Next time nak buat lagi, tapi kaedah lain pulak. InsyaallahKulit, sos dan popia basah ini, keseluruhannya Uchu belajar dan try dari resepi Hana Hana.Sejarahnya berasal dari Fujian, China tetapi tidak asing lagi dalam kalangan Nyonya dan Melayu Nusantara. Resepinya telah berubah mengikut citarasa dan negara.#cppassport China 🇨🇳 Sesimple Loralin -
Popia Basah Qleena Style😉 Popia Basah Qleena Style😉
Cabar diri buat popia basah pulak. Sebenarnya tak pandai pun nak buat kulit popia basah ni. Ia Sangat mencabar walaupun nampak macam senang.Kena ada skill yang betul2 mahir baru dapat hasil yang cantik.Nak tenyeh sembam adunan tepung ke kuali panas tak pandai dan tak berani. Last guna berus silicon je sapu dalam non stick pan. Alhamdulillah tidak menghampakan.Menjadi juga.Takpe next time kita cuba lagi teknik tenyeh sembam adunan ke kuali tu ye.. 🤭😀 Q'leenalee's Kitchen -
Popia Basah Yani Style Popia Basah Yani Style
Lama teringin nak buat Popia Basah ni. Akhirnya berjaya buat kerana nak memenuhi Cabaran di Cookpad ni. Dapatlah nak bangga 🤣🤣🤣 kejap dengan Kakak Sulung dan Mak Sedara sebab kami bertiga memang simpan angan-angan nak buat Popia Basah ni.Jom lihat resipinya. Nur Azliani Amer -
Inti Pie Tee/Popia Basah/Popia Inti Pie Tee/Popia Basah/Popia
#TakLebih6Bahan #ResepiMudahSaje je asingkan resepi ni daripada kulit pie tee, supaya resepi pie tie tak nampak panjang sangat..😅. Lagipun inti ni boleh dipelbagaikan kegunaannya bukan sahaja untuk pie tee. Nak jadi inti popia pun boleh.. Sesimple Loralin -
Popia goreng bersira Popia goreng bersira
Saya masak ni sbb makanan kesukaan nenek saya dah seminggu dia nak .. pastu 3 kali asyik tanya makan ni lah hasilnya fargamis -
Kuah Kacang Mudah Kuah Kacang Mudah
#goldenapron2020#bazaarramadanMenu berbuka puasa baru-baru ni permintaan keluarga nak makan kuah kacang lazat dengan jemput-jemput kucai. Ok, kita tunaikan bertambah sedaplah jamu selera bila masih panas. Sambil berbuka puasa cerita kat anak-anak, kuah kacang dengan jemput-jemput nilah masa sekolah dulu mama meniaga setiap pagi sebelum loceng bunyi.. habis tau ramai yang suka.Wajib cuba, resipi nampak ringkas tapi rasanya 5 star, makan dengan nasi impit, kundas, satay terbaik. Julia ALeen Aireish -
Bebola Ubi Keledek Bebola Ubi Keledek
#cooksnaptepung#cooksnaptheme1#admincookoff#lovefromcookpadmy#cooksnap#goldenapron2020Kita ke Vietnam jommm🇻🇳🇻🇳😅Pertama kali cuba dan makan, semua cakap sedap 😋👍.. Makna lps ni boleh lah buat lagi nooo..Mencuba resipi versi international yang semestinya hebat.Ada juga cerita kelakarnya.. kami semua dah makan first round, second round ingat nak repeat lagi.. elok pergi ke meja makan tengok2 tu diaaa.. kucing ku si Leha satu2 nya puteri dalam rumah ni.. tengah sedap mengunyah bebola keledek.. hahaha .. adoiii kucing pun suka.. langsung tak jadi marah tengok macam asyik je dia makan.. sedap ubinya rasa sweet2 .. Julia ALeen Aireish -
Sos popia basah Sos popia basah
Kesinabungan dari proses membuat popia basah..Sos ni juga sesuai untuk cicahan popia goreng 0h Hana !! -
Popia Oksigen Popia Oksigen
#goldenapron2020Minum petang... bukan malas nak letak inti, tapi Inti tak ada stok dalam peti ais.. oksigen pun boleh lah, itu pun habis kena makan😁Memang sedap, semua suka pula dalam rumah ni, makan suam-suam sikit satu gigitan krupppp... kunyah krup krappp.. aduh satu tak cukup ambil lagi seketul.. sedap..Kita tabur bijan panggang bagi mewah nyummm..nanti boleh repeat lagi.. Julia ALeen Aireish -
Popia Sira Popia Sira
Faa pernah menyira popia sebelum, resipi dari Google tapi tak menjadi. Frust sgt sampai bila rasa nak makan beli je.Bila beli, kadang dapat popia inti dia hanya sehelai taugeh kecut dan secebis kasih sayang carrot. Sedih ya.Semalam teringin sangat nak makan, search laa kat cookpad. Tengok resipi menyira dari @elt4suri4 macam senang.Ok jom kita buat. Allah, menjadi. Alhamdulillah. Sedap dan dapat pujian dr family 😍.Tapi x cukup..haha. Sbb takut xmenjadi, faa buat 10 ketul je, orang nya ada 6. Haha. Takpe, dah ada resipi confirm menjadi ni, bebila faa boleh repeat.Tq @elt4suri4 😍 Kakak Faa -
-
Laksa Goreng Laksa Goreng
Selalu buat laksa kuahnya habis mee laksanya tidak habis.Bila tidak habis pasti kedalam tong sampah tempatnya.Tiap kali buang rasa ralat atau bersalah sebab buang rezeki.Jadi terfikir apa yang boleh dibuat dengan mee laksa ini.Akhirnya terfikir untung digoreng.Caranya sama seperti kita masak mee goreng.Beza mee yang digunakan sahaja.Mee Kuning rasanya lembut manakala mee laksa rasanya kenyal kenyal sedap.Mula mula makan anak anak rasa janggal,hanya saya yang makan.lama kelamaan anak anak turut menyukainya.Alhamdulillah,tiada lagi pembaziran mee laksa sekiranya kuah laksa habis.Tak percaya kelazatan laksa goreng ini boleh la cuba memasaknya.#leftover#goldenapron#saturisipisatupohon Dunia Hanya Sementara Fy
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)