Nasi ayam mudah dan sedap

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Nasi ayam ni salah satu menu yang kerap saya masak sebab favorite anak², bagi saya menu ni mudah dan cepat, tak perlu nak fikir lagi lauk apa yang perlu dimasak.

Nasi ayam mudah dan sedap

54 orang bercadang membuatnya

Nasi ayam ni salah satu menu yang kerap saya masak sebab favorite anak², bagi saya menu ni mudah dan cepat, tak perlu nak fikir lagi lauk apa yang perlu dimasak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan ayam:
  2. 1ekor ayam (potong 4)
  3. 7 ulasbawang putih (hiris kasar)
  4. Halia (diketuk-ketuk)
  5. Air secukupnya
  6. Bahan-bahan nasi:
  7. 3 cawanberas
  8. 2 ulasbawang putih + 1 sm halia (tumbuk halus)
  9. 2 sudu makanbutter
  10. 1kiub ayam
  11. 1kulit kayu manis
  12. Air rebusan ayam secukupnya (dalam 4 cawan)
  13. Bahan-bahan sambal :
  14. 5biji cili merah
  15. 3 ulasbawang putih
  16. 2 smhalia
  17. 1sdb cuka
  18. 1sdt garam
  19. Gula
  20. Air rebusan ayam secukupnya (nak guna air biasa pun boleh)
  21. Bahan-bahan sup:
  22. Air rebusan ayam
  23. 1kiub ayam
  24. Sedikitlada sulah
  25. Daunsup
  26. Bahan-bahan sambal halia+bawang putih:
  27. Halia & bawang putih yang digunakan untuk merebus ayam
  28. Air rebusan ayam
  29. Sedikitmaggi cukup rasa
  30. Kuah kicap (Curah atas ayam):
  31. Sedikitkicap masin
  32. Sos tiram
  33. Sedikitair
  34. Minyak bijan/minyak masak
  35. Ulam-ulaman:
  36. Timun
  37. Daunsalad
  38. Tomato

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan ayam, potong 4 bahagian. Masukkan kedalam periuk, masukkan bawang putih dan halia serta air secukupnya. Rebus sehingga ayam masak. Tak perlu terlalu empuk.

  2. 2

    Panaskan kuali dan cairkan butter, masukkan kulit kayu manis, halia + bawang putih yang telah ditumbuk halus. Tumis hingga garing.

  3. 3

    Dalam periuk, masukkan beras yang telah dibersihkan, air rebusan ayam, bahan tumis dan kiub ayam. Susun ayam & masak macam biasa guna rice cooker.

  4. 4

    Kisarkan semua bahan-bahan sambal dan masak hingga pekat.

  5. 5

    Ini halia dan bawang putih yang digunakan untuk merebus ayam, blend bersama sedikit air rebusan ayam + sedikit maggi cukup rasa. Masak hingga pekat.

  6. 6

    Kuah kicap, campur semua bahan dan masak sekejap hingga mendidih. Curah atas isi ayam yang telah diasing dari nasi & dipotong.

  7. 7

    Panaskan air rebusan ayam tambah kiub ayam dan lada sulah. Siap, tabur daun sup.

  8. 8

    Hidang bersama ulam-ulaman, sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya