Gulai Ayam Kelantan 💠🐔

Nurul Kefftya
Nurul Kefftya @sambaldope
Johor

Memang suka makan nasi gulai Kelantan tuu. Lawan ngan timun ngan air lada dia. Tulah selalu beli buat breakfast. Tapi kalini kita try buat sendiri gulai tu, takde rempah gulai darat atau guna kerutuk, kita ganti ke rempah kari daging dan kurma sedikit. Alhamdulillah, boleh buat rindu rindu. 🤗❤️ Resepi kredit to @syimayusof

Gulai Ayam Kelantan 💠🐔

Memang suka makan nasi gulai Kelantan tuu. Lawan ngan timun ngan air lada dia. Tulah selalu beli buat breakfast. Tapi kalini kita try buat sendiri gulai tu, takde rempah gulai darat atau guna kerutuk, kita ganti ke rempah kari daging dan kurma sedikit. Alhamdulillah, boleh buat rindu rindu. 🤗❤️ Resepi kredit to @syimayusof

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 orang
  1. 5-6ketul ayam
  2. 1 batangkayu manis
  3. 2biji buah pelaga
  4. 2biji bunga lawang
  5. 1 sudu makancili kisar
  6. 3 sudu makanserbuk kari daging / ayam, saya guna cap O
  7. 1 sudu makanrempah Kurma/ optional
  8. 1/2 cawanair asam jawa
  9. 1kecil santan kotak
  10. Garam dan gula
  11. 1 sudu makangula merah / perang
  12. 1 sudu makankerisik
  13. 5 cawanair, ikut awaklah nak pekat ke cair mana
  14. Bahan Kisar
  15. 5biji bawang merah kecil
  16. 2 ulasbawang putih
  17. 1hiris nipis halia
  18. 1hiris nipis lengkuas
  19. 1 batangserai, potong kepada 3
  20. 1 sudu makanrempah sup, ikut resepi guna ketumbar dan jintan putih

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan kisar. Bawang and the geng and the cili kisar.

  2. 2

    Tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang pada minyak agak sedikit. Minyak agak agak nak tumis jer. Masukkan bahan kisar bawang.
    Tumis hingga naik harum.

  3. 3

    Masukkan cili kisar satu sudu dan masukkan serbuk kari dan kurma.

  4. 4

    Masukkan air asam jawa dan kacau.Masukkan ayam.

  5. 5

    Gaul ayam biar sebati dengan rempah, api sederhana sahaja. Tutup periuk dan reneh ayam selama 20 minit. Bagi ayam tu mix together with the spices and lembut.

  6. 6

    Tuangkan santan selepas 20 minit macam tu, nak 25 minit pun boleh, lagi lama lagi lembut, tapi jaga air dialah, takut kering. Perasakan yah dengan gula dan garam.

  7. 7

    Last sekali, masukkan kerisik. Rasa balek apa yang kurang, api slow, tutup sikit tudung periuk, masak sampai ayam betul betul lembut.Siappp ❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nurul Kefftya
Nurul Kefftya @sambaldope
pada
Johor
Hai , saya anak emak 🤗
Baca lagi

Resipi Sepertinya