Barobbo Sabah

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#MerdekaPassport
:
Sarapan Pagi ini,sedap.Alhamdulillah semua suka,licin.Lain kali kena masak lebih sedikit baru boleh makan puas-puas.
Barobbo salah-satu makanan tradisi suku kaum Bugis di Sabah terutama di bahagian Sandakan dan Tawau Sabah.
Barobbo- Bubur Nasi Jagung yang biasanya dimasak dengan Jagung Pulut.Namun sekarang lebih banyak yang menggunakan Jagung Manis yang lebih mudah didapati menggantikan Jagung Pulut.
Barobbo biasanya dibuat ketika ada pertemuan keluarga seperti sewaktu musim cuti.
Sedap dimakan ketika masih panas dan biasanya dihidangkan untuk Sarapan Pagi.
:
Inspirasi resepi B.Orang Sabahan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A:
  2. 150 gramBeras Panjang (k.ha guna Faiza Basmati Par Boiled)
  3. 1 helaiDaun Pandan disimpul
  4. 1 camcakecil KFC Garam Gunung Saji
  5. 2 literair
  6. Bahan B (tumbuk halus):
  7. 1/4biji bawang Holand
  8. 1biji Bawang Merah Ros
  9. 2 ulasbawang Putih
  10. 2 kepinghalia
  11. Bahan C:
  12. 1 tinKernell Jagung Manis Adabi (tapis buang airnya)
  13. 150 gramDada Ayam (potong dadu)
  14. 1-2 camcakecil KFC Serbuk Lada Sulah
  15. 2 camcakecil KFC Garam Gunung Saji
  16. Bahan D;
  17. 250 mlair
  18. 15ekor Udang Segar (isi sahaja)
  19. Bahan lain:
  20. 1/2ikat (1/2 cawan)Kacang Panjang (dipotong kecil)
  21. 4genggam Daun Bayam (k.ha guna Bayam Brazil)
  22. Sambal Cili Padi (lihat resepi)

Cara Memasak

  1. 1

    Siapkan bahan-bahannya.

  2. 2

    Cuci bersih beras,rendam 20 minit.
    Buang air rendaman,bilas.Toskan
    Masukkan semua bahan A dan B ke dalam periuk,masak hingga mendidih dan beras setengah kembang.

  3. 3

    Masukkan bahan C.Masak lagi.
    Bila bubur kelihatan pekat,masukkan bahan D- air.Biar mendidih baharu masukkan udang.Balik-balikkan hingga udang berubah warna.

  4. 4

    Masukkan Kacang Panjang.
    Masukkan Daun Bayam Brazil.Gaul hingga bercampur-rata.
    Seimbangkan rasa.Siap.

  5. 5

    Hidangkan.
    K.ha sediakan juga Sambal Cili untuk yang suka rasa bubur sedikit pedas.
    Sedap dimakan ketika masih panas.

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen (2)

Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
Sedapnya nampak.. tak pernah mkn nnti nak try 😋

Resipi Sepertinya