Sanggar Pappek/Geprek (Pisang Penyet)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#merdekapassport
Pertama kali melihat resipi ni apabila cookpader MAMY NURUL @cook_26670591 post agak lama juga dan pertama kali juga tahu ini nama makanan tradisi suku kaum Bugis di Sabah.
Saya pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba nya. Memang sedap apabila dipadankan dengan sambal tomato ala sambal ayam penyet.
Secara kebetulan ada sesisir pisang Raja yang masih muda. Teringat ada 2 biji lebihan buah tomato di dalam peti sejuk, kira nya memang “on” la nak buat resipi ni. Pisang telah digoreng untuk kali yang kedua, jadi penyediaan untuk bahan sambal nya pula. Bila buka peti sejuk tengok buah tomato pula takde, adui! macam mana pula takde? Pada hal malam tadi tengok memang ada. Rupanya suami dah guna untuk masak sup. Nak ke kedai semata-mata nak cari tomato memang suami tak nak la. Hmm.. 🧐🤔ada buah anggur dan buah cranberi di dalam peti sejuk untuk diganti dengan tomato. Wah! Tak sangka, sedap juga rupa nya. 😅

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1sisir pisang Raja muda
  2. Air secukup nya
  3. 1sudu kecil garam
  4. 1/2kilo minyak masak
  5. Sambal Tomato
  6. 3biji bawang merah
  7. 1 ulasbawang putih
  8. 3biji cili padi Thai
  9. 1/2inci belacan
  10. 1/3 cawanminyak masak
  11. 2biji tomato (sy gantikan dgn 5 biji buah anggur (buang biji) dan 7 biji buah cranberi)
  12. 1/2sudu kecil garam
  13. 1/4sudu kecil serbuk perasa
  14. 1sudu besar gula

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas kulit pisang dan rendam di dalam air yang dicampur garam untuk mengelakkan pisang jadi bertukar warna. Panaskan minyak masak dan goreng pisang jangan lama ye kerana pisang akan digoreng lagi sekali nanti. Toskan minyak.

  2. 2

    Apabila pisang sudah mula suam, ambil sebiji pisang dan letakkan di atas sekeping plastik dan lipatkan plastik menutupi pisang. Ambil apa-apa sahaja benda berat (saya guna anak lesung batu) untuk memenyetkan pisang. Penyet senipis yang boleh (saya tak penyet terlalu nipis) ikut suka memasing la ye.

  3. 3

    Panaskan lagi minyak masak tadi dan goreng pisang lagi sekali hingga garing. Sementara itu panaskan sedikit minyak masak dan tumis bahan-bahan sambal hingga naik bau. Angkat dan masukkan ke dalam lesung batu/blender. Tumbuk jangan terlalu lumat cukup sekadar hingga semua nya sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (6)

Ariey Rieyna
Ariey Rieyna @Ariey93
Uishhhh lama tak makan pisang papek ni... sedapnyeeeeeee nnti nk try

Resipi Sepertinya