Pes Gulai Ikan Terengganu (Stok Frozen)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#FrozenApaSebelumBerpantang (1)
#FamilyMealPlanning
#Frozen
8/2022

Ini bukanlah cabaran dari Cookpad. Sekadar perkongsian dari Uchu sebagai persediaan sebelum berpantang bersalin nanti. Uchu tak buat frozen lauk berpantang bersalin sebab Insyaallah ada orang lain (Confinement Lady) yang akan uruskan makan minum ibu berpantang nanti.

Yang Uchu risaukan ialah anak2 dan suami nak makan ape nanti..takkan asik nak membeli kan?. Oleh itu, bermula pregnancy minggu ke-32 semasa hujung tahun lepas, Uchu dah mula sediakan pelbagai stok frozen dan pes frozen. Cuma tinggal, husben Uchu nak masukkan lauk sahaja, masuk santan jika perlu, masak atau reheat dan perasakan semula jika perlu.

Sambil memasak lauk pauk bermula minggu ke-30 tu, Uchu terus lebihkan pesnya untuk difrozenkan. Dalam minggu ke-35 Uchu akan membeli lauk pauk untuk sekalikan dan match dengan pes yang telah disediakan. Jadi takdelah awal sangat perlu beli lauk basah untuk frozen tu. Biasanya akan beli daging dan ayam terlebih dahulu. Minggu persiapan terakhir baru masukkan ikan. Tetapi bila nak masak nanti ketika Uchu dah dalam pantang, Uchu akan minta husben sediakan masakan ikan terlebih dahulu. Sebab tak suka ikan dibeku lama2.

Perkongsian sekadar memberi idea kepada yang memerlukan..lepas ni ada lagi stok frozen yang Uchu akan share.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 hidangan (2 pek frozen)
  1. Bahan Kisar
  2. 2biji bawang besar
  3. 4 ulasbawang putih
  4. 2inci lengkuas
  5. 1inci halia
  6. 2 sudu makanrempah gulai Cap Ros
  7. 2 sudu tehrempah masak Cap Ros
  8. Perasa
  9. 6 sudu tehKFC garam Himalaya
  10. 4 sudu makangula
  11. 1 sudu makangula merah/nise
  12. Ajinomoto (optional)
  13. Bahan dipek bersama
  14. 4 batangserai (diketuk)
  15. 2 kepingasam gelugor
  16. Bahan diperlukan ketika memasak hidangan kemudian
  17. 1 kotaksantan 200ml (untuk satu hidangan)

Cara Memasak

  1. 1

    Sangai bahan kisar sehingga agak kering. Perasakan. Sejukkan ke suhu bilik.

  2. 2

    Bahagikan pes kepada dua dan pek dalam zip lock bag dan tambahkan serai dan asam keping. Tutup kemas. (Uchu tak sangai sekali supaya rasanya lebih segar bila masak kemudian)

    Labelkan dan sedia difrozen.

  3. 3

    Masukkan santan ketika masak nanti. Kemudian masukkan ikan, terung/timun/bendi dan perasakan jika perlu.

  4. 4
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Resipi Sepertinya