(22/3) PASTE SERBAGUNA

Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
Malaysia

- Biasa saya buat paste ni banyak-banyak. letak dalam bekas taufufa ikut keperluan sekali guna.
- Letak dalam chiller sehari awal jika nak guna. jika letak dichiller pun boleh tahan lama juga paste ini sebab pastenya telah cukup masak. jika nak lagi lama boleh frozenkan.
#misi3
#cookrace

(22/3) PASTE SERBAGUNA

- Biasa saya buat paste ni banyak-banyak. letak dalam bekas taufufa ikut keperluan sekali guna.
- Letak dalam chiller sehari awal jika nak guna. jika letak dichiller pun boleh tahan lama juga paste ini sebab pastenya telah cukup masak. jika nak lagi lama boleh frozenkan.
#misi3
#cookrace

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
25 - 30 orang
  1. setengah kilo bawang besar
  2. 1labu bawang putih
  3. 1 cawancili kisar
  4. 1 cawansos tomato
  5. 1 cawansos cili
  6. 1 cawansos tiram
  7. 1 cawanikan bilis
  8. setengah cawan kicap manis
  9. 2 cawanair
  10. garam/sesedap rasa
  11. gula
  12. 1 cawanminyak untuk menumis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Kisar bawang putih dan bawang besar.

  2. 2

    Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

  3. 3

    Masukkan cili kisar dan sedikit gula biar hingga cili cukup masak.

  4. 4

    Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, garam/sesedap rasa.
    biarkan mereneh sehingga kesemua bahan cukup masak.
    matikan api dan sejukkan.
    simpan dalam peti sejuk.

  5. 5

    Sedia untuk digunakan bila-bila masa.
    boleh kurangkan bahan di atas mengikut keperluan jika hendak buat Kuantiti yang sedikit.

  6. 6

    Paste ini boleh digunakan untuk menggoreng mee, kuewtiaw, nasi atau lain-lain. Cara inilah yang saya gunakan untuk jualan saya jadi proses memasak tidak mengambil masa yang lama.
    - Hanya letakkan paste dalam kuali, letak bahan-bahan lain seperti fish ball, udang, sotong, ayam dan lain-lain. Bila bahan yang dimasukkan dah masak masukkaan mee/keutiaw atau nasi, gaul rata. boleh tambah sayur dan telur juga. Sesuaikan rasa dan boleh tambah lagi jika pastenya tidak cukup. tambah dan gaul sahaja.

  7. 7

    Untuk memasak bihun pula, letak paste dalam kuali, tambah air dan masukkan bahan lain seperti ayam, udang dan lain-lain. bila bahan lain telah masak boleh masukkan bihun gaul rata. tambah lagi air jika bihun masih keras (tambah sedikit-sedikit mengikut keperluan). Bila telah agak lembut masukkan sayur dan juga telur. gaul rata hingga betul-betul masak dan kering.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
pada
Malaysia
Suka pada menu paling mudah dan ringkas tanpa memakan masa yang lama.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya