Moussaka (Greek Eggplant Lasagna)🇬🇷

FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17

Moussaka atau musaka adalah hidangan orang yunani..ianya berasal dari perkataan Arab "saqqa"...
ianya menggabungkan bahan bahan yang berbeza mengikut negara
Ada yang di buat dari daging kambing..dan ada juga dari daging lembu..
Ada yang menggunakan tomato dan terung sebagai lapisan..dan ada yang menggunakan kentang dan terung sebagai lapisan..
Kali ni Alin buat versi Greek..iaitu gabungan terung dan kentang..

Untuk pertama kali Alin rasa menu ni..adalah dari hasil air tangan seorang kawan satu sekolah yang baru pulang ke Malaysia wktu tu..setelah 5tahun sebagai "embassy of Malaysia" di Bern, Switzerland.
Dia membuat menu ni sebagai jualan sewaktu balik bertugas ke Putrajaya .
Jadi menu ni sangat kena dengan tekak Alin..

Walaupun resepi ini tidak sama dengan resepi asal moussaka..tapi Alin tidak mengubah bahan utamanya..hanya Alin tambahkan sedikit bahan kerana biasalah tekak melayu kan..nak jugakkk😆😆

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 bijiterung mini(hiris bulat dan setebal lebih 1cm)
  2. 2 bijikentang (hiris bulat dan setebal lebih kurang 1cm)
  3. 5 sudu besarsos tradisional pasta kimball
  4. 1 sudu kecilthyme leaves
  5. 1 sudu kecilpaprika
  6. 1 sudu kecilgaram dan gula
  7. 400 gramdaging kisar
  8. 1 bijibawang Holland (cincang)
  9. 3-4 ulasbawang putih (cincang)
  10. Sos putih /bechamel sos
  11. 225 mlsusu full cream(Dutch lady)
  12. 1 sudu besarbutter
  13. 3 sudu besartepung gandum
  14. 1 kepingcheddar cheese
  15. 1/2 sudu kecilgaram
  16. 1 sudu kecilserbuk lada hitam
  17. Bahan sampingan
  18. Mozarella cheese secukupnya
  19. Parsley kering

Cara Memasak

  1. 1

    👉letakkan sedikit minyak.jangan banyak..hiris kentang dan goreng sampai kekuningan..ketepikan

  2. 2

    👉terung jugak hiris.dan goreng sehingga kekuningan.ketepikan..

  3. 3

    👉Tumis bawang besar Holland dengan bawang putih sampai naik bau.
    👉kemudian masukkan daging kisar..
    👉Masak sampai daging mengeluarkan airnya dan dagingnya masak elok..
    👉Kemudian Tapiskan sebentar untuk membuang air daging tadi.

  4. 4

    👉 masukkan semula ke dalam kuali..
    👉Masukkan thyme leaves, garam dan gula

  5. 5

    👉masukkan serbuk paprika/serbuk cili jika tiada,
    👉Kacau sebati dan masukkan sos pasta tradisional kimball/prego..kacau lagi dan ketepikan sebentar

  6. 6

    Bechamel Sos
    👉 Cairkan butter..kemudian masukkan susu..kacau dengan api perlahan

  7. 7

    👉Masukkan tepung gandum,kacau atas ape perlahan.sentiasa kacau untuk mengelakkan dari berketul..letakkan garam

  8. 8

    👉masukkan cheddar cheese dan serbuk lada hitam..kacau sampai sedikit pekat..dan boleh tutup api..

  9. 9

    Untuk melapis..
    👉Sediakan bakeware yang kapasiti 1.25L/boleh guna loyang petak bersaiz 7cm
    👉masukkan kentang..susun di permukaan bawah..
    👉 Kemudian letakkan inti daging..xperlu penuh..

  10. 10

    👉 Kemudian letakkan bechamel sos..
    Pun tidak perlu penuh..sekadar nya saja
    👉 Taburkan mozzarella cheese

  11. 11
  12. 12

    👉susun terung pula ke atas lapisan tadi,dan ulangi step,letak inti..tuang sos bechamel dan Mozarella cheese

  13. 13
  14. 14

    👉susun kentang lagi sekali dan sos di tuang semua sampai meliputi keseluruhan bahagian atas.

  15. 15

    👉taburkan mozzarella cheese dan parsley kering..bakar 180'c api atas bawah selama 15minit..(bergantung pada oven masing-masing)
    👉Kemudian tutup api bawah dan on api atas saja dengan suhu 200 selama 5 minit..

  16. 16

    It's doneeeeee😆😆😆

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
FZ Adzlin
FZ Adzlin @NOADZ17
pada
A recipe has no soul. You, as the cook must 𝙗𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙨𝙤𝙪𝙡 to the recipe - Thomas Keller-Memasak adalah minat alin yang kedua..Minat utama adalah aktiviti seperti hiking, zumba, dan jogging. Kebanyakan resepi alin.. Adalah dari resepi alin sendiri, dari family dan family mertua, dan dari rujukan sumber socmed seperti YouTube, Blog, Apps, dan Facebook. Setiap orang ada seni dalam setiap masakan.. Alin enjoy duduk dalam komuniti cookpad.. Di mana alin boleh explore lagi ilmu tentang masakan👍👍👍
Baca lagi

Resipi Sepertinya